Friday 28 June 2024

SENDUDUK PUTIH

 

Pernah tak lhat senduduk putih?


Inilah bandingan bunga senduduk putih dan senduduk biasa.
Kalau senduduk pink purple tu mudah jumpa dipinggir jalan atau belukar kan?



Warna daun dan buahnya juga berbeza walau bentuk hanpir sama..
Bunga dan buahnya berjambak iaitu dalam satu tangkai ada banyak bunga atau buah.



Ni pula bandingan buahnya...
Yang atas tu buah senduduk putih...
Warna buah lwbih cerah dan isinya pun merah muda...


Dua dua jenis senduduk ni bila masak..buahnya akan pecah dan menampakkan isi dalamnya...


Senduduk biasa buahnya kemerahan manakala isi hanpir hitam tapi bila dimakan melekat warna kebiruan pada lidah..

Zaman kanak-kanak dulu di kampung,buah senduduk memang jadi kudapan.Buah banyak terutama di permatang sawah padi ..Rasa buahnya manis dan dan sedikit sahaja rasa  pedar .Makan sampai lidah dan gigi jadi biru kehitaman....
hihihi...
Tapi kalau isi  buahnya yang masak tu kena pada pakaian memang hitam & basuh pun tak hilang..

Katanya buah senduduk yang hitam tu bagus untuk ubati ulser mulut dengan cara menyapu pada ulser..

Daunnya pula selalu digunakan untuk campuran rebus telur pindang dan  juga di campur dalam rebusan pucuk betik untuk kurangkan rasa pahit .

Pucuknya dikatakan bagus untuk perawatan dalaman wanita..Wallahua'lam...

Senduduk putih,saya tiada info
Pokok senduduk putih ni saya rakam di halaman rumah Kak Mudz..senduduk purple pink tu pokoknya meliar tumbuh tepi court bola keranjang di tempat kerja..

Video senduduk ni ada saya share kat youtube channel saya 




Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

5 comments:

  1. Tak pernah tengok senduduk putih. First time nampak di sini.

    ReplyDelete
  2. Rasanya senduduk putih pun ada khasiatnya juga. Tapi Sy tak pernah tengok pokok/bunganya lagi.
    Ya, ingat dulu² makan buah ni gigi jadi hitam haha

    ReplyDelete
  3. pernah dulu tanam.. senduduk putih n senduduk merah.. tp senduduk putih dah mati.. senduduk merah tu dh x tanam dah..

    ReplyDelete
  4. taktahu pula senduduk biasa ni boleh dimakan. haha

    ReplyDelete
  5. pernah dengar nama tapi tak pernah tgk pokoknya hihihi

    ReplyDelete