Tuesday 19 September 2023

MENU EXOTIC: AYAM HUTAN,KIJANG & UDANG SAWAH

Ni cerita 30 Ogos  masa balik Kedah hari tu.

 
Saya masak Sup Ayam Hutan..

Ayam hutan ni abang saya balik.Katanya dapat kat kebun sawit rumahnya.Dibawanya balik sekor tanpa buang isi perut.Kita pun gunakanlah skill siang ayam yang dah lebih 20 tahun tersimpan.Duku zaman remaja masih pandai siang ayam.La ni  kan beli kat pasar depa dah siap siangkan..Nasib baik bulu ayam tu dah siap cabut..hihihi


Ayam hutan saiznya memang kecik sahaja..
Sebelum ni Pakcik selalu beli ayam hutan kalau tau kami nak balik.Tapi yang Pakcik beli tu,ayam hutannya dibela bebas dalam kebun getah.Yang kali ini abang saya kata depe tahan jerat dalam kebun sawit.Ayam hutan liar.Ayam hutan ni kalau nak cam dia senang ja..Dia ada pakai "subang putih"..hihihi


Ni pulak daging kijang goreng kunyit.Pun dagingnya abang yang bawa balik


Ni bukan menu exotic la..tapi sehari dua yang lepas kecoh juga pasal harga dia RM13 tu...tapi tu special la..Telur Dadar Thai.Yang saya masak ni telur dadar marhain ja.


Ni pun exotic jugak ni .
Udang bendang goreng kunyit.
Udangnya halus-halus sahaja tapi sedap dan manis sebab udang segar yang masih hidup.


Haa...udangnya masih melompat sebelum dimasak.Pun abang saya yang bawa balik ni.
Udang ni dulu-dulu banyak membiak kat bendang dan parit di kampung.Selalilunya udang bendang ni dibuat inti pulut udang.Selalu juga mak buat kerabu udang ni yang mentah + pucuk janggus.Kalau musim banjir,arwah ayah tahan tuaq(lukah) kat gelong-,gelong batas bendang tu...memang penuh tuaq.Biasanya maknakan buat pekasam udang @ mak sebut budu udang.Kami yang anak-anak pula akan cucuk udang segar tu  berderer pada lidi kelapa hingga meliut.Pastu bakar udang tu pada bara api lepas mak masak nasi...uii...sedap dan sangat nostalgia.
Tapi la ni payah dah nak nampak udang ni kat bendang & parit...Bukan sebab dah pupus tapi sebab saya sendiri dah tak turun ke sawah dan parit🤣

18 comments:

  1. kalau ayam hutan saya dah biasa makan dari kecik. tapi kijang, udang sawah tu tak pernah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kijang rasanya ni 2nd time...Rusa dan ayam hutan selalu juga..Kijang payah sikit nak dapat kan...

      Delete
  2. Oh, baru tau kat sawah pun ada udang ya. Aih, rindu pulak nak makan Pulut Udang Kola Kete. Daging kijang, ayam hutan tu semua sy tak pernah makan. Bila baca bab tangkap ayam hutan guna jerat tu, teringat novel Tamar Jalis ke apa nama novelis seram tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la balik Kole Kete...
      Siri Bercakap Dengan Jin,.tulisan Tamar Jalis tu pernah menjadi fenomena kan zaman kita muda...hihihi

      Delete
  3. Wahhh ini betul² eksotik ni Mak Cella 😋
    Sy tak pernah makan ayam hutan, tapi dulu² arwah Pak selalu tahan jerat tangkap burung; burung punai, burung puyuh, burung lau dsbnya.
    Ya, udang bendang tu sedap. Manis² kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ayam hutan yang kali ni memang saiz burung punai ja ni PH...punai lagi sedap..burung dia oun cantik kan...

      Delete
  4. seronoknya kak, udang tu bila bandingkan dengan bawang memang halus sungguh... kijang tak pernah dana makan kalau rusa, ayam hutan dan landak pernah la makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Dana.
      udangnya besar aikit ja dari udang geragau ...Warna pun lut sinar .Udang dewasa paling besar pun saiz udang kering ja
      Tapi rasa dia sedap.

      Delete
  5. Betul2 exotic ni umi cella.. semua tu asing bg kak lin.. xprnh mkn pun.. xprnh tau pun kat bendang sawah ada udang.. tu yg seronok baca blog umi cella.. tau mcm2.. 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat bendang pun ada udang K.Lin..
      Tapi saiz kecik la.Biasanya udang beremang dipermukaan air dan keplanya menjunjung sampah atau ranting kayu yang hanyur.Mudah untuk kita nampak pergerakan udang tu

      Ketam pun ada kat sawah tapi kami tak makan laOrang Siam dwpa suka. ketam bendang.Depa suka buat jeruk ketam tu & masukkan dalam somtam

      Delete
  6. x pernah makan ayam hutam but tau ayam hutan memang kecik2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ayam hutan lebih kecil berbanding ayam biasa.Telurnya pun saiz telur gred E kot...hihihi

      Delete
  7. Sedapnya ayam hutan masak sup. Saya pernah buat, lama merenihnya.
    Saya pernah makan daging kijang. Orang kata rasanya kijang lebih sedap dari rusa. Sewaktu abang sepupu saya jadi manager Estet Danum lama dulu, dialah yang hantar bahagian peha kijang ke rumah kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu..
      Pada tekak saya pun kijang lebih sedap dan uratnya lebih halus berbanding rusa..

      Delete
  8. saya suka aroma masa melayur ayam tu best wangi ja terkenang zaman kecik2 dulu atok suruh cabut bulu ayam itik yang dia sembelih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Saya pun suka bau tu...dai macam satu nostalgia kan...
      Kalau kat Kedah...ayam kat pasar semua depa layur dulu.Penjual ayam memang ada dapur khas untuk layur ayam..semua pakat layur dulu sebelum jual

      Delete
  9. Sedapnya kijang, dh pernah makan masa preggykan dania, landak pun dah pernah makan..ayam hutan pernah makan sekali gak..liat skit isinya sebab liar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..
      Kijang lagi sedap kan...
      isi lembut dan lebih manis dagingnya

      Delete