Sunday 19 February 2023

TUMBUHAN LIAR: TIMUN TIKUS BOLEH DIMAKAN

 

Timun tikus..
Ramai yang kenal timun tikus.Tapi ramai juga yang belum kenal kan?



Sebelum cerita timun tikus ni ada cerita lain.Semalam punya semalam,hampir saya terkurung.Ceritanya dok ralit siapkan kerja tak sedar semua orang dah balik.Tengok-tengok kat depan tu semua parkir dah kosong.Terus kemas-kemas kunci pintu bilik saya & masa nak turun tu.

Sampai saja tangga ofis lavel 1 ,tengok-tengok dah bermangga.Aduh,sudah..macamana ni..?
Tinjau kat pondok jaga,nampak kelibat dua orang guard dalam pondok.Puas saya memanggil,tak ada respon.Nasib baik ada save nombor salah sorang  guard tu,..Call,nasib baik berjawab.Bila cakap saya terkurung kat tangga ofis,pecah la ketawa depa.
Kata depa nampak parkir dah kosong,ingatkan semua dah balik.Lagipun dah lewat petang.
Hmmm betul la jugak.Parkir semua kosong sebab kebetulan saya parking kat belakang dekat tangki air sebelah pokok cermai tu.Kata depa,nasib baik depa tak pi meronda atau pi solat kat surau.Kalau tak alamatnya tidur la kat depan ofis tu..hihihi



Masa jenjalan nak ke kereta di  belakang tu la saya nampak pokok ni..
Macam pokok timun tikus.


Bila diamanati...
Ya betul..
Pokok timun tikus.
Ada beberapa biji buahnya sebesar hujung kelingking..

Pokoknya menjalar atas pokok bunga ni.

Rupa pokoknya seakan pokok timun juga cuma daunnya kecil dan licin tak berbulu.


Bunganya kuning dan comel.


Saya petik buahnya dan ..
Inilah saiz buahnya yang comel tu.
Bila dipecahkan berdetup bunyinya dan bila dikunyah rangup prup prup prup.
Rasa dan baunya sebiji rasa dan bau timun biasa tu.Cuma masa mula gigit ada little sour macam rasa timun tua yang orang buat gulai tempoyak tu.

Bila saya google rulanya ada dua versi timun tikus ni.Ada sejenis lagi yang buahnya lebih besar saiz jari telunjuk dan bunganya pula putih macam bunga markisa.
Saya share link youtube
DUA JENIS TIMUN TIKUS tu sebagai info bersama.

6 comments:

  1. Sy tau pokok ni tp tak pernah makan buahnya...
    MC tau dak timun mekah? Buah dia lebih kurang ibu jari dan berbelang² mcm kulit tembikai. Dulu ada di kg saya, kami buat snacking time main aci ligan :D

    ReplyDelete
  2. Waktu kecik-kecik dulu selalu berebut dengan adik-beradik kalau jumpa buah timun tikus yang tumbuh di semak-semak bawah pokok getah. Dua hari lepas saya terjumpa lagi tumbuh di pagar sebelah pondok jaga di sekolah. Yang jenis satu lagi tu yang besar sikit saya pernah makan. Ada kawan bagi.

    ReplyDelete
  3. Tau nama, tapi tak pernah tengok depan mata (atau tak perasan 😄) dan tak pernah makan. Comel sungguh saiznya.

    Cemas & geli hati jugak kisah hampir terkurung tu 😅

    ReplyDelete
  4. masa kecik biasa jumpa timun tikus nih, ada 2 jenis... pernah jumpa yg rasa sebijik macam timun biasa cuma saiz kecik dan ranggup sangat. Kisah hampir terkunci dalam pejabat tu memang kelakar kak, itulah ralit sangat buat kerja ya.

    ReplyDelete
  5. Aduh, kalau sy mahu nangis tu kecemasan.

    ReplyDelete
  6. Alamak...SA pernah terkunci...masa kerja kat tempat lama dulu dan SA juga pernah terperangkap dalam lift...timun tikus yang SA pernah tengok yang ada dijual di pasaraya...ke SA salah...hehehe

    ReplyDelete