Wednesday 15 February 2023

NASI GORENG JERUK DABAI


Masak Nasi Goren Jeruk Dabai.

Hari tu ada buat JERUK BUAH DABAI


Alhdulillah masih elok walau tak simpan dalam peti ais pun..
Ada 2 botol.Seboto nak bawa balik untuk mak kat Kedah.
Sebotol lagi untuk diri sendiri.
Sebelum-sebelum ni pernah dah masak NASI GORENG JERUK BUAH DABAI..kat sini
 dan juga KAT SINI
Tapi biasa saya masak dengan cara masukkan buah dabai dalam rencah nasi goreng atau goreng jeruk dabai bersama nasi.

Baru ni saya dapat ilmu baru bila terjumpa perkongsian dari salah seorang Sarawakean.
Katanya sebelum goreng,nasi tu digaul bersama buah dabai @ jeruk dabai hingga rata.Kemudian,baru digoreng bersama rencahnya.


Saya pun ikut tips berkenaan.
Jeruk dabai dilenyek dan gaul dengam nasi putih yang sudah disejukkan.

NASI GORENG JERUK DABAI
2mangkuk nasi
15 biji jeruk dabai
5 cili padi merah ( hiris)
1  genggam bilis bersih
1 pokok daun bawang
2 bawang putih
² bawang merah
Minyak,garam,perasa

1. Lenyek jeruk dabai dan gaul dengan nasi yang telah disejukkan 

2. Panaskan minyak
Goreng bilis dan ketepikan

3. Tumis bawang mwrah,bawang putih dan cili hiris.

4. Bila garing masukkan nasi yang dah gaul dengan jeruk dabai.

5. Kacau gaul hingga naik wap.Tambah garam & perasa & gaul rata.

6. Sesuaikan rasa.Tabur bilis goreng dan daun bawang.Siap

Hasilnya memang lebih menarik dan lebih sedap kerana jeruk dabai meresap dalam nasi.


Tapi tu la...
Saya tamak...
Saya guna 15 biji jeruk dabai untuk 2 mangkuk nasi
Sedap sangat kerana jeruk dabai lebih terasa.



Makan pula dengan keropok ikan Trengganu
Bersulam Kopi O cap gantang made in Kedah.
Tiga negeri bersatu dalam satu menu..


8 comments:

  1. Wah, seronoknya emak dia nanti dapat sebotol jeruk dabai dari Mama Cella.

    ReplyDelete
  2. still x leh bayangkan rasa buah dabai ni..emmmm
    kalu jumpa mesti beli ni

    ReplyDelete
  3. Baru terfikir…15 biji untuk 2 mangkuk nasi, macam banyak je. Takpelah tamak, demi menikmati rasa yang lebih nikmat 😁

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan jeruk dabai ni tp sy percaya kalau MC cakap sedap tu memang sedaplah kan...sbb selalu try resepi MC semua sedap-sedap haha...

    ReplyDelete
  5. nasi goreng raja buah borneo ni kak...tambah pula kalau ada terubok masin aiyeee nyaman tok

    ReplyDelete
  6. Budak-budak makan tak? Kalau di rumah sy mesti tak laku.

    ReplyDelete
  7. nampak menarik ni....x pernah rasa lagi...tapi SA suka nak mencuba kalau jumpa kat mana-mana

    ReplyDelete
  8. camno lah rasanya buah dabai yg rege kayangan tu kak oi... ituah 15biji memang betul2 pueh hati tu, kalau niaga tu rugi sebab buah dabai mahal hehhehheeh

    ReplyDelete