Saturday 25 February 2023

SARAPAN PULUT KACANG vs KOPI O PANAS

Dah seminggu tak update blog ni & tak jenguk. Sepanjang minggu ni kat tempat kerja..hanya menumpukan kerja-kerja fizikal & tak usik PC.Kerja -kerja fizikal ni memang penat badan tapi seronok kalau kena dengan team.Dah lama tak dapat team yang sekepala.Seminggu ni walau kerja dah macam buruh kontrak tapi happy.Pepagi semangat,tengahari keluar lunch.Balik,sambung buat kerja.Sampai rumah,mandi & makan.Dah beberapa hari juga lepas maghrib,saya dah dibuai mimpi.Dinihari,orang lain bertahajjud,saya baru nak solat Isya'..hihihi.


Agak lama semangat kerja merudum.Ni baru kembali bertunas.Harapnya semangat terus mekar hingga ke garisan penamat 2031 .Itupun kalau keadaan mengizinkan dan  umur panjang...hihihi


Kena siapakan juga kerja  ikut masa kerana minggu depan plannya nak balik kampung sekejap.Caiyok💪

Kerja beres baru tenang nak bercuti a.k.a balik kampung


Hari ini saya sarapan Pulut Kacang.Bersama secangkir kopi 0 panas.
Seminggu suntuk saya sarapan nasi lemak bungkus bersama team kerja kami.

Setiap pagi saya singgah lain-lain gerai nasi lemak bungkus dan beli 10-12 bungkus sebagai sarapan sebelum memulakan kerja.Sayangnya,saya langsung tak ingat nak snap.

Pic ni by Terrence.Terrence ni Sabahan dari suku kaum Kadazan.Katanya lagi berselera makan bila prensentation menarik.Hihihi
Dia teruja bila setiap pagi saya letak nasi lemak dalam bakul buluh ni bersama sesikat pisang.Kemudian saya bancuh kopi O dan selesai sarapan.Kami bertujuh sahaja.Empat perempuan dan tiga lelaki.Kami perempuan makan sorang sebungkus dan yang lelaki sorang 2 bungkus.Pisang juga minggu ni dah 3 sikat selesai kami belasah Betul-betul mengerah kudrat.


Pagi ni tak makan nasi lemak tapi tapi tu la ..makan pulut la pulak..lagi berganda kalori...hihihi


Saya masak pulut kacang.
Dah lama tak masak pulut.Padahal biasanya dalam sebulan beberapa kali juga saya akan masak pulut kerana semua suka,terutama pulut kuning.Kalau pulut kacang ni saya sorang ja suka.Jadi,kalau nak makan pulut kacang,saya juga akan masak pulut plain tanpa kacang  untuk anak-anak 

Pulut kacang ni sebenarnya pulut lemak aka pulut kukus yang digaul dengan santan bergaram.Lemak dan sedap.

Cuma saya tambahkan kacang mata hitam aka kacang ketupat ni.Pulut dan kacang saya rwndam berasingan dan kukus sebelah menyebelah.

Untuk resipi dan cara masak pulut kacang ni boleh rujuk old post
PULUT KACANG..kat sini


Sepatutnya digandingkan dengan rendang atau sambal bilis.Tapi pagi ni saya gandingkan dengan ikan pekasam goreng dan sambal sardin.


Harusnya ditemani kopi O panas.

Manikmati kepalan pulut lemak betkacang,dicubit sikit ikan pekasam dan dicicah sambal sardin memberikan kombinasi yang sedap ditekak saya.





9 comments:

  1. Sibuk rupanya dia. Patutlah tiap kali singgah sini sunyi sepi. Tapi memang bestlah kalau dah penat kerja, dapat tidur lena sepanjang malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la...
      Bila dah makin muda ni...makin sibok pula🤣

      Delete
  2. ingatkan akak dah balik kampung diam je...

    ReplyDelete
  3. Fuhhh.. seminggu kerahan tenaga, okeylah tu dapat upah Pulut Kacang Berlemak, hehehe. Tahun tu, tahun pencen ke, Mak Ngah? Ke.. sepatutnya nak taip hujung tahun 2023?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...memang kerah tenaga dan keringat..
      Tapi tak juga kurus🤭
      Perancangannya 2031..Tapi takdirnya tak tau la..
      Boleh jadi lagi awal,boleh jadi lagi lambat🤣

      Delete
  4. Memang menarik presentation nasi lemak dalam bekas buluh tu la.

    Teringin jugak nak rasa pulut lemak berkacang tu kalau jumpa orang menjual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak feel makan ketupat kacang ni Ujie..hihihi
      Mula nak buat Pulut Pagi Kelantan..nyoq pula takdak...

      Delete
  5. Patut la dah semingu akak x update...sibuk rupanya..nampak menarik pulut tu walau SA x makan pulut

    ReplyDelete