Thursday 16 February 2023

KERABU PUCUK GAJUS + SARDIN & LAUK MANDAI

 Hari tu Ros ada bagi secekak pucuk jangguih(gajus)Memang dalam kepala dah plan nak buat Kerabu dengam Sardin 


KERABU PUCUK GAJUS + SARDIN

1 cekak pucuk gajus

1 tin kecil sardin( saya guna mackerel)

½ bawang besar hiris

½ limau nipis

5 cili padi merah.

Sikit belacan (jika nak bau melekat kat tangan🤭)

garam gula secukup rasa.


1. Pucuk gajus hiri halus atau kasar ikut selera.

2. Lenyek kasar sardin.Sos pun ambil juga

3. Campur dan gaul semua bahan.Sesuaikna rasa.


Hasilnya...


Memang sedap menjilat jari..
Ini adalah salah satu lauk nostalgia keluarga saya 
Dulu kalau musim kemarau semua pokok gugur daunnya termasuk pokok gajus.
Bila hujan,semua pokok mengeluarkan pucuk beserta bunga termasuk pokok gajus.( Kira musim bunga la)
Sebelum bunga keluar,mak dan juga orang kampung saya memang akan ambil peluang petik pucuk gajus yang sedap dijadikan ulam bukan sahaja dimakan bersmaa nasi tapi pucuk gajus juga sedap dijadikan ulam laksa.
Selain itu,menu popular ialah kerabu pucuk gajus + sardin.Memang banyak pucuk dari sardin la kerana sardin dikira lauk special dan agak mahal bagi kami.Kalau tak salah saya masa tu  tahun 80-an setin kecil sardin King Cup harganya 45sen kat kampung saya.Kalau kat pekan hargatnya 40 sen sahaja.
Cuma masa kanak-kanak mena la suka ulam..Rasa macam spoil betul bila sardin yg sedap tu mak campur ulam.
Seingat saya juga sardin yang masuk dalam rumah kami mak hanya masak 2 menu  sahaja.Kalau tak masak tumis dengan suhun bubuh kuah setengah periuk,mesti mak buat kerabu dengan pucuk gajus.Pucuk gajus pula kalau tak kerabu dengan sardin...mesti kerabu dengan udang bendang yang mentah.Memang udang mentah yang tak dimasak.Udang tu besar sikita dari udang geragau tapi memang dimakan mentah.Biasa mak-mak ja suka.Anak-anak akan cucuk udang berderet pada lidi dan bakar atas bara api..Sedap sungguh.
Ok..itu duluuuu...Lama dulu zaman kanak-kanak dan remaja.hihihi


Saya juga goreng jeruk  kulit cempedak @ mandai bersama bilis,cili dan bawang..



Telur mata goreng+ bawang dan cili..tuang kicap mentah...

Memang tiada istah diet kalau makan lauk begini.hihihi


10 comments:

  1. Ya ampun !! Ada rumah kosong nak di sewa tak sebelah menyebelah rumah awak ? Hahahaha~ Terliur !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..ada..ada..
      rumah bujang sebelah ni mencari rakan sewa🤭
      Mai la kita makan ulam berjemaah

      Delete
  2. sama ngan atie, nak jugak jadi jiran...love sgt lauk2 kg mcm ni...dappp & very2 rare...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom MA...
      Nanti boleh kita makan ulam sama-sama

      Delete
  3. nak buatlah...macam simple.
    kalau saya buat ni confirm terkejut husband tetiba bini dia pandai masak pakai ulam ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...
      Silap-silap lepas ni hari-hari dia pulak request masak ulam hari-hari..hihihi

      Delete
  4. Ni satu lagi menu yang saya tak pernah tahu. Rasanya mamaCella dah boleh buku berkenaan menu2 tradisi. Menarik dan rare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna ulam lain pun boleh Ujie..
      Pucuk putat,pucuk selom bagai.
      Paling takda,daun salad pun boleh,cuma daun salad tak beraroma la.

      * blog ni kira buku resipi saya jugak la untuk simpan menu dan resipi lama yang saya tau

      Delete
  5. Yang saya ingat sardin ayam brand saiz kecil harga 65 sen.
    Mandai tu...termimpi-mimpilah saya malam ni!

    ReplyDelete
  6. Ya rabbi....memang la rosak segala diet kalau ini la lauk kat rumah...mandai tu SA x pernah makan kak

    ReplyDelete