Thursday 27 October 2022

DEEPAVALI-SEMPAT BALIK KEDAH SAT : SAMPAI DEMAM-DEMAM

Selasa tak berupdate kan..Rabu dah taip lupa publish....hihihi

Sejak bulan lepas berbelah bahagi samada Cuti Deepavali nak balik Kedah ke atau taknak balik..

Konon deside takmau balik.Final,Ahad pagi sebelum subuh....dah masuk sempadan Negeri Perak..hihihi


Sejak dari Sungai Perak memang tekan minyak ja nak kasi sampai cepat.Badan dah panas membahang tapi kaki dan tangan sejuk membeku..


Menjelang tengahari dah masuk dalam rumah @ Kedah.Mak takda,nasib baik kunci ada.Terus cari bantal..selimut tebal dan huhuhuhu...sejuk menggigil.Makan ubat pun takmau kebah..Hingga esoknya masih tak kebah..Kepala berdenyut..air hidung jernih  menitis..meleleh tanpa sedar..mata membengkak.Nak pi klinik ..cuti Deepavali ...kan


Tak boleh jadi,minta mak belikan kelapa muda..Pi farmasi beli ubat baru..


Alhamdulillah,rasa beransur baik sebelum bertolak pula balik KL..


Sebab balik sekejapan sahaja...Sempat la masak dan makan sekali sahaja kat rumah mak.Sekali.lagi makan kat rumah Achik.Achik masak Sup Tulang  bagai nak kasi berpeluh..Tapi bila tekak pahit...nak snap pic pun lupa...hihihi..hanya pic yang saya masak ja ada..


Betik Muda Tumis Pedas..
Demam-demam,masak tetap on.Mak takda,saya capai 2 biji betik muda kat pokok belakang dapur.Jadilah...

BETIK TUMIS PEDAS

1 biji betik muda/mengkal-kupas kulit dan sagat kasar.

Minyak,garam,secubit gula


Bahan Tumbuk:
7 cili padi Bangladesh
5 bawang merah
3 bawang putih
Sejemput bilis bersih
1 ketul kecik kunyit

1. Betik disagat kasar@ cincang halus

2. Panaskan minyakt dan tumis bahan tumbuk hingga naik minyak

3. Masukkan betik & kacau seminit dua. Jangan masak lama supaya masih kekal rangup. 

4. Sesuaikan rasa



Ikan Masin Goreng Bawang & Cili Putih Sabah.
Ikan masin tu selongkar peti ais mak,banyak stok ikan masin..
Cili Putih Sabah...petik saja kat kebun kecil mak di belakang dapur.Buah lebat tidak termakan mak sorang



Ulam Rebus-rebus..
Juga saya hanya petik serba sedikit kat kebun kecil mak belakang .
Banyak ulaman menghijau sebab musim hujan.
Tapi saya hanya petik 4 jenis sahaja.

1. Pucuk Ubi Rebus
2. Betik Muda Rebus
3. Pucuk Keledek Rebus
4. Pucuk Kaduk Rebus


Cicah ngan Cabai Picit..
- 10 cili padi hijau
- 5 cili padi merah
- 1 biji limau nipis-ambil jusnya
- ½ sudu kecik garam
- 1 sudu kecik belacan.
- ¼ cawan air 

1. Masuk semua bahan dalam mangkuk

2. Mulakan meleyek belacan hingga larut.

3. Patah-patahkan cili sambil dipicit-picit hingg semua cili habis.

*Sesuai sebagai cicahan  ulam rebus dan ikan bakar.


24 comments:

  1. Ishhh..tu macam kite demam haritu. Tangan kaki sejuk. Menggigil². Memang tido je jawabnya. Bangun pun sebab urus dua kenit tu.
    Balik kampung, masak simple lauk kampung pun boleh buat selera datang kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya ramai yang alami simptom macam tu yer...Aduiii..rasa nak segera sembuh walaupun hakikatnya sakit itu pengahpus dosa..Baru Allah bagi ujian sikit dah rasa tak tahan..Alhamdulillah Allah kurniakan Syafakillah..🤲🤲🤲

      Delete
  2. laluan Sungkai menghala utara kerap jemmm. kena stanby roti siap-siap hehehe.. waduhhhhh semua menu sedap belaka! meleleh ayaq lioq! =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masa saya balik tak jem..Mungkin sebab bertolak awal pagi.Sampai sungkai belum pukul 7 pagi .
      Tapi katanya hari Jumaat & Sabtu jem teruk..

      Delete
  3. Dalam tak sihat tu boleh drive sampai kampung mama cella. Sedap lauk mama cella masak. Suka lauk betik muda tumis pedas dengan ulam ulaman. Untung ada tanaman dekat rumah, nak makan petik je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sambung drive dari Sg Perak ja..Sebelum tu Adah drive...hihihi

      Delete
  4. Balik kampung seorang ke tu? Alhamdulillah, kalau demam dah kebah. Bila ingat balik masa kita demam hari tu, betullah, rasa macam serba tak kena semua sendi dan deria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...SK pun rasa macam tu jugak ke...
      Ramai rupanya demam macam tu..
      Saya balik berdua dengan Adah..Tapi dia dapat drive separuh jalan saja sampai pukul 9 saja..
      Hihihi...saya cerita tak habis rupanya

      Delete
  5. kuatnya akak dalam demam2 boleh drive smp ke Kedah tu..berjangkit dgn cella ke kak?
    Alhamdulillah auto dpt recharge energy bila jmp mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...rasanya sebab saya cuai..
      Saya korek makan isi kelapa muda bekas Cella dah minum airnya.Saya sayang nak buang sebab Cella tak nak makan isinya..
      Akhirnya mendapat la...huhuhu

      Delete
  6. demam pun masak dgn gigih 👌👌

    ReplyDelete
  7. Syukur.. Allah swt jaga umi cella spnjg perjlnan.. slmt g n blk.. gigih blk kedah ni msti bersebab.. padahal mak xde.. siap selongkar peti ais mak.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      syukur kehadrat Allah..
      Sebenarnya dari KL Adah yg drive tapi sampai Sg Perak saja..Lepas Sg Perak baru sy drive sbb Adah kena kerja..
      Mak pula takda tu sebab mak balik kampung kerana taktau saya akan balik..
      Saya cerita banyak lompong agaknya..🙏

      Delete
  8. Aduhai kalau hidung dah meleleh....mata bengkak, memang rasa tak selesa sungguh. Walaupun demam, masak tetap on ye Mama Cella. Jadi terapi rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...masalah saya ni tu la...🤭🤭tu payah nak kurus

      Delete
  9. sedapnya menu kampung camni... memang x toleh kiri knn kalau sy dpt ikan masin mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kakmim..
      sesedap mana lauk lain...ikan masin kena juga ada

      Delete
  10. tengok lauk betik muda tu baru teringat masa kekecik, kalau gaji tu macam belum jumpa jalan pulang... arwah mama memang guna je apa yang ada dikeliling rumah utk jadi lauk. mama tumis betik muda gini pedas2... ehhhhh kita pinjamlah resipi ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Ammi...Tapi alter la ikut selera sendiri.Ada yang suka pedas dan sebaliknya

      Delete
  11. Ya allah..x kuat tengok menu akak tu ha...scroll lelaju baca sepintas lalu..air asam cili picit tu..allahurabbi...terliur!!

    ReplyDelete