Saturday 4 June 2022

MASAK RENDANG DAGING ADABI- PENUTUP RAYA 6

 Semalam kami berempat buat penutup raya 6 sebagai meraikan mereka habis puasa 6 penghujung Syawal minggu lepas.


Walaupun kami tak ramai di atas kayangan tapi kami selalu ada kebersamaan bila diperlukan.

Saya masak Rendang Daging Adabi.


RENDANG DAGING ADABI.
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.


2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit.


** Saya masak 2kg++ daging untuk bawa makan bersama dan juga tinggalkan kat rumah.


Separuh bawa untuk makan bersama.

Ruby masak kuah kacang

Yati bawa Sambal Bilis

Shifa rebus nasi impit dan bawa serondeng daging,limau serta tembikai.

Makan tidak begitu nikmat kerana berebut masa,maklumlah hari Jumaat banyak kerja nak dibereskan.

Apapun Alhamdulillah semua berjaya selesaikan ibadah puasa 6.
Tahun ni memang saya berazam nak habiskan puasa awal-awal Syawal..
Syukur 



2 comments:

  1. Alhamdulillah, kalau berganding bahu macam ni, taklah penat sorang2 nak menyediakan semuanya.

    ReplyDelete
  2. Sedap tul tgok rendnag tu ha...

    ReplyDelete