Tuesday 4 January 2022

SPAGHETTI SARDIN TAK PERNAH JEMU

 

Spaghetti Sardin yang tak pernah jemu...


Bila kekeringan idea...tak ada bahan lain atau kekurangan masa,maka pasta sardin lah selalu jadi pilihan untuk brunch,bekal atau dinner.
Even,jika ada tetamu mengejut pun.Mereke kena redho la dihidangkan pasta sardin sahaja sebagai rezeki....Kalau tak pasta...mee kering sebagai pengganti...hihihi.....


Begitu juga untuk bekal.Kalau dah pasta sardin tu...maknanya dah takda idea atau sebab nak ccepat la tu...


Kalau kebetulan sardinnya tin besar boleh masak sebungkus 500gm spaghetti atau vermicelli tu.
Kalau pasta pendek macam spiral,snail,shell,bowtei dan seangkatannya,saya guna 1 tin kecil sardin sebab pasta jenis macam tu tak muai sangat.Sepaket tu just nice untuk 4 buah perut macam kami anak beranak ..hihihi..
Kalau jenis pasta panjang macam spaghetti,vermicelli & angel hair pulak elok guna sardin tin besar ,sebungkus 500 tu memang banyak.500gm tu bila dah rebus memang banyak pun.Tak habis nak makan bertiga.Eloklah bungkus & nasiblah  siapa yang jadi mangsa untuk habiskan..🤣
Kadang security guard perumahan ni.Kadang tukang sapu kat tepi jalan tu.Takpun cleaner tempat kerja.Nasib la depa suka atau tak🤭..

Nak masak pun tak susah kan...
Panaskan minyak.Tumis selabu bawang besar cincang + beberapa ulas bawang putih cincang.Kalau nak pedas dan merah warnanya tambah cili kisar sesudu dua.Boh lada hitam tumbuk pun sedap ja.Kalau nak ada rasa Italian ,tambah sos bolognese @ buah tomato cincang beberapa biji.Tapi yang kali ni hanya sardin semata...sebab tu warna pucat.Tapi rasa dia ..sedap!
Ni saya guna 1 tin sedang sardin Yeo's.Banyak pula isinya.Ada 7 ketul sardinnya.Tapi kat tempat saya jarang jumpa sardin brand ni.
Nak rasa sikit pedas,just tabur chilly flakes masa nak makan..
Untuk makhluk pemakan macam kami ni...semua sedap ja🤣


Selalu saya suka guna pasta vermicelli sebab size dia halus sikit berbanding spaghetti.Masuk dalam air mendidih dalam 4@ 5 minit dah cukup lembut.Biar terkurang lembut,boleh teruskan proses masak dalam kuali.Lagi dia menyerap kuah lagi sedap.Saya jarang guna pasta angel hair sebab tak pandai nak agak masa rebus.Selalu over cook jadinya.Kalau overcook ...hilanglah nikmat tekstur pasta kan..


Siap ¾ kuali pasta vermicelli dimasak bersama sardin...

19 comments:

  1. Ya allah..dalam pada SA yang xde selera pagi ni sebab bendera jepun...tengok plak makanan Itali versi Malaysia...eh..eh..dan dan tu perut ni bunyi kak....aduhai....mana la nak cari time2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ..
      Tengoo time lapar memang menyanyi la perut...

      Delete
  2. Kalau mak cella hulur pd kak lin, uish berbesar hati la menerima.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai..mai..mai...
      Kalau mai mengejut memang ini la hidangan nya🤭

      Delete
  3. Teringin jugaklah Spaghetti Sardin, nak cari satu tin kecik boleh masak Jumaat. Jumaat depa kerja, depa semua tak makan sardin, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....
      Mak saya dulu tak makan sardin juga..
      La ni sejak dok beli spaghetti buat stok PKP dia dah pandai makan .Masak spaghetti sardin sendiri.Tapi mak memilih sardinlah..hanya brand tertentu mak makan

      Delete
  4. Dah, tiba-tiba teringin jugak nak rasa ni MC...
    Belum pernah masak pasta dgn sardin, kena try ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..jom try
      Mana tau kena dengan selera anak2..Boleh jadi menu bekal naik sekolah nanti

      Delete
  5. spageti antara menu yang berkhasiat dan ianya lebih baik daripada mee kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Kalau baca sejarahnya pasta2 ni dibuat dengan gandum khas..Durum kalau tak salah.
      Mudah nak simpan buat stok sebab kering..hehehe

      Delete
  6. Ok..meh sini alamat..ahnaff nak gi merasa spaghetti sardin acik tuuu.. sedap nau nampaknye tuuuu

    ReplyDelete
  7. alahmdulillah..terima kasih byk-banyak puan kongsi resepi nie,saya dulu bila cella selalu share menu nie terfikir sedap ker ek,sekali dah cuba kesukaan seisi rumah..terima kasih puan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      Kadang masakan simple mampu menawan selera kan..

      Delete
  8. Mcm pelik...tp nk kena try jgk ni, insya Allah bila ada kesempatan , saya nk try resepi mama cella ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Jom try..mana tau menjadi kegemaran keluarga..
      Bagi yamg makan sardin la.
      Guna tuna pun boleh...

      Delete
  9. Pasta vermicelli ni sama macam angel hair ke? Ammi slalu beli angel hair sbb takdelah muak makan macam spaghetti biasa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasta vermicelli ni besar sikit dari angle hair tapi kecik sikit dari spaghetti...Kira sedang-sedang la...hehehe

      Delete
  10. Ohh..ingatkan angel hair pasta tadi. Ada versi pasta lain rupanya. Nampak macam best jugak masak versi sos sardin. Tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete