Monday 3 January 2022

PULUT KELAPA IKAN HARUAN KERING

 Pagi ni sebelum subuh lagi dah isi perut dengan pulut kelapa ikan haruan kering.


Pulut kukus..Ikan haruan kering dan secawan kopi O..Pengalas perut dipagi hari.

Anak bujang tu bawa bekal biskut saja untuk alas perut.Takkan nak bawanya pulut dengan ikan kering kan..



Pulut tu dah rendam sejak hari Sabtu.Plan asal nak buat wajik.Rendamlah sekilo pulut.Tiba-tiba datang kemalasan yang tak boleh bawa bincang.Kalau dibiarkan pulut berendam begitu sahaja nanti masam pula Maka,saya gantikan air rendaman tu.Bubuh air yang baru.Masuk dalam bekas bertutup.Simpan dalam peti ais 🤣

Pagi tadi ambil dalam ⅓ bahagian dan kukus.Alhamdulillah,elok tak ada bau masam.Tak rosak pun pulut tu.Bakinya ⅔ sibiarkan bertutup dalam peti ais.Tak tahu lagi apa nasib baki tu.Kalau rajin jadi juga wajik tu.Kalau tak,tak tahulah nak jadi apa.Jangan terlupa ganti air sudah..Nak ganti dengan air biasa  pun takut suhu berubah & jadi masam pula.So, kena gantikan dengan air yang telah disejukkan dari peti ais la supaya suhunya tak berubah.



Secawan kopi O panas adalah rakan karib pulut kelapa ikan kering ni. Cuba nak kurangkan gula,minum secawan kecik saja la.Selama ni kalau bancuh kopi memang 1 mug penuh🤭

Harap2 makan- makan kurus.Minum-minum pun kurus la... Kurus yang sihat la,untuk memudahkan urusan hidup dan urusan ibadah.

Eh,bergerak...berjalan untuk tujuan kebaikan pun ibadah jugak kan. hihihi..


Konon nak kurang kan makan nasi,tapi belasah pulut🤣..

Nak kurangkan gula tapi kopi sentiasa di hati...

Camana tuuuu🤭

10 comments:

  1. Dugaan apakah ini??? Kita baru ingat nak turunkan berat lagi 5 kilo, macam payah jer ni rasa terhasut pulak dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....
      Diet ni kan macam nelayan...selalu ke laut dalam...
      Lagi niat nak diet...eh,lagi kuat godaan hantunya🤣

      Delete
  2. Klu ada sambal ikan bilis lagi lah mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Pulut lemak sambai bilis...mengaummmm

      Delete
  3. okey..SA x jeles sebab SA x leh makan pulut tu...tapi ikan masin tu alaaaaaa.....dapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang takleh makan pulut ni hikmah....Takada la menelan kanji yang mengalahkan sepinggan nasi ni...hihihi

      Delete
  4. Gandingan serasi pulut kelapa dgn kopi.. sdpnya, terasa2 kat hujung lidah ..
    Wajik pun sdp juga.. cpt la buat.. nk tiru.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....
      Tu ar....macam nak kacau juga wajik tu ...
      Makin nak kurangkan makan gula..Makin teringin nak makan manis...🤭

      Delete
  5. Boleh je mengopi tapi dikurangkan gula.
    Ammi kalau time buat IF boleh je minum kopi tanpa gula tp bila tak IF gatal je tangan boh gula

    ReplyDelete
  6. Rare makanan mama cella ni. Tak pernah makan. Tapi Kopi O tu mengancam betul. Lama tak pekena kopi o klasik kaw.

    ReplyDelete