Thursday 22 October 2020

SOTO AYAM HUTAN

Dah masuk minggu ke-3 dah kat KL,. Rindunya lahai kat Ganu. Rindu kat bilik aku weiiiii.... Apa khabar la bilik aku tu. Harap2 semuanya masih seperti asal.. Huhuhu

Semalam nyer semalam mak aku masak Soto Madura. Request aku la mengikut list menu yang aku dah sediakan. Hahahaha.. Ada 3 lagi menu yang belum mak aku tunaikan. Cookies, Bubur Pulut Hitam & Ayam Masak Merah. Hahahaha.. 

Soto Madura Ayam Hutan
Haaaa... Exotic kan.. Kan... Kan.. 
Asalnya aku request nak Soto Madura jer. 
Kat Ganu ada jer jual soto 
TAPI semua makan ngan mihun, kue toew 
Tak pun mee kuning. 
Makan ngan nasi impit memang aku lum jumpa. Bila tengok ada menu Soto, aku orderlah soto ayam. Depa boleh tanya palak nak mihun ke kue teow.?
Aku cakap la, nak soto biasa, nasi impit.. 
Depa cakap soto nasi impit xdop dik, hok adanyar mihung, meeng & kue teow jah.. 
Hahhaha makanya adik pilih la mihung. 
Kempunang la adik nok makang soto ayam nganga nasik ipik... 🤣🤣🤣🤣
Takpe, adik list kang utok rekues kat mok adik bila kelik KL adik nok makang soto ayang op.. op.. 
Housemate aku kata aku pandai tiru dealek Ganu.. Hahaha kener arr belajar dealek Ganu supayer senang skik nop amik hati mokcik & pokcik2 yang jua kepok ter🤭


Puas hati aku dapat ulang makan bermangkuk-mangkuk Soto Madura idaman hati ni. Bukan ayam besyer2 tau, tapi ayam hutan.


Malam tu lagi mak aku merebus nasi impit ni.. Banyakkkkk

Malam rebus, pagi dah sejuk, boleh la makan. Panaspun boleh jer makan tapi dah pernah try... Lembik la kalau makan masa panas macam makam bubur nasi la plak. Kena tunggu sejuk baru cantik nak potong cube

Ni la ayam hutan tu
Actually ayam hutan ni mak aku cakap dah 3 purnama kat kutub utara.. 
Hahahahha... Membeku dalam freezer la.. 
Mak aku cakap ayam hutan ni pakcik yang bagi masa balik Raya Haji hr tu. Tapi x dimasak sebab mak aku cakap mak aku dah lupa akan kewujudan ayam hutan ni dalam freezer. Agaknya nak jadi rezeki aku
Kalau mak aku jumpa sebelum aku balik KL, haruslah aku x dapat merasa... Alhamdulillah Allah simpankan rezeki untukku

Ayam hutan ni kecik jer
See... drumstick dia besar skit jer dari ibu jari mak aku
Tak tahu lah ayam tu kecik @ jari mak aku yang besar🤣🤣🤣🤣🤣🤣


Ni la lebih kurang saiz ayam hutan tu bila digabungkan semua 6 bahagiannya.Tapi warna  isinya sedikit gelap, tak macam ayam biasa yang kita belinkat pasar. Kata mak aku sama macam isi burung. Mmmm yer la kot. 
Eh, mana Pakcik dapat ayam hutan ni? 
Haaa.. Masa balik Raya Haji hari tu memang Achik ada masak ayam hutan. Pakcik kata beli dari kawan Pakcik. Pakcik kata ada kawannya membela banyak ayam hutan. Asalnya ayam hutan tu sikit sahaja tapi kerana membiak dengan baik jadilah banyak. Kata Pakcik, orang yang bela ayam tu pun x tahu berapa bilangan ayamnya kerana ayam-ayam tu dilepas bebas dalam kebun getah. Pepandai la ayam tu mencari makanan sendiri & tidur di atas pokok bila waktu malam. Ayam tu x lari masuk dalam hutan ke? 
Mmmm.. Lupa nak tanya. 
Tapi kalau dah lepas dalam kebun getah, buat apa lagi ayam tu nak lari ke hutan. Bukan ke kebun tu pun dah cukup hutan.. Hahahaha.. 
Lagipun sekarang ni mana la ada hutan sangat kan.. Kang kalau ayam tu cuba melarikan diri ke dalam hutan, silap-silap x jumpa hutan terus masuk bandar.. 🤭🤭



Ni la size ayam hutan tu
Aku pernah jer tengok ayam hutan yang masih hidup. Masa tu Pak Long bawa balik 2 ekor ayam hutan untuk nenek bela. Seekor jantan seekor betina. Tapi hanya tinggal ayam jantan sebab ayam betina tu ikut jantan lain🤣🤣🤣🤣
Betullllll... nenek kata ayam hutan betina tu gi umah orang & langsung x mo balik rumah nenek. Akhirnya nenek bagi jer terus kat orang tu.Tinggal la ayam jantan tu sorang-sorang.. Eh, ayam sorang ke?? 🤔
Cerita pasal ayam hutan ni ada pernah tulis dalam post
Baru jer aku pun baca semula setelah cari kat old post😁😁😁


SOTO MADURA AYAM HUTAN
Nasi Impit /Ketupat nasi
Kuah;
1 ekor ayam hutan
1 kotak kecik  santan kotak
minyak masak
garam,gula

Bahan blend:
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 ketul halia
1 ketul kunyit- mak aku kata serbuk pun...bole
1 bungkus rempah sup serbuk
1 btg serai

Bahan Tumis:
1 batang kayu amnis
7 bunga cengkih
2 bunga lawang
5 buah pelaga
1/2 biji buah pala
10 biji lada hitam

Bahan Tabur/Hiasan:
daun sup
tauge mentah
limau nipis
isi ayam goreng

Sambal Kicap:
15 biji cili padi
2 bawang putih
gula,garam,cuka
**** Mak aku pesan...goreng dulu cili & bawang putih..pastu blend ngan kicap ,gula,garam & cuka....selain lebih sedap..dengan menggoreng dulu cili tu..x la sakit perut nanti.

1. Blend semua bawang2,halia,kunyit  bersama rempah sup...
2. Panas minyak & tumis semua bahan blend
3.Bila dh naik minyak..masuk kaki ayam.. kalau guna ayam ..masukkan isi ayam...Bila isi ayam dh masak angkat & goreng.pastu koyak2 isi ayam tu tabur atas soto...
4. Masuk 5 cawan air & serai..biar didih..
5. Masuk plak garam,gula &  1 cawan santan
6. bila dh masak..hidang la ngan nasi impit & bahan lain

Step by step ada dalam old post
SOTO MADURA.... KAT SINI...




Sambal kicap memang wajibbbb


Bismillah......... 



Soto Madura ini tersangatlah syedapnya.. Pekat lemak, pedas & aummmmmm

8 comments:

  1. Selain dari nasi impit, mi hoon boleh je makan dgn Soto . Ditambah chili kicap Dan pergedil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa.. Mema g kat sana makan ngan mihun pun tapi xde begedil la... Cili kicap ada... Kalau kat KL panggil Mihun Sup ni.. Heeee

      Delete
  2. Assalam , Cella
    Aunty tak pernah makan ayam hutan tapi kalau di rumah aunty memang kami akan masak soto madura cuma disebabkan ibu aunty tak makan ayam, soto kami guna daging dan tulang lembu.

    Oh, ya.. kalau mak Cella tetiba teringin nak buat soto ekspress, boleh cari rempah soto Mak Pon, sedap yang bestnya terus lebur masuk periuk takyah lagi susah2 kopek bawang semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Rasa ayam hutan ni kiter rasa macam ayam pencen oun ada. Maknkiter cakap rasa macam ayam kampung.
      Wahhh,aunty pun suka soto madura wk.. Sedap kan... Kiter pun lagi suka soto madura nak banding soto sup jernih tu. Kalau daging mesti lagi sedap kan.. Maknkiter cakap kat sini ada rempah soto Mak Siti jer.. Mak Pon tu camaner... Kalau aunty cakap sedap tu mesti sedap sebab aunty kan banyak makan kat banyak tempat

      Delete
  3. wah rare ni! macam mana rasa ayam hutan ye? mesti lagi fresh dari ayam cucuk kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa isi dia macam fibre skit. Tapi kuah dia memang sedap sesangat.. Isi dia lebih kurang macam rasa ayam pencen.. Heee sebab swlalu jg mak masak sup ayam pencen

      Delete
  4. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete