Tuesday 3 March 2015

FISBALL HALAL....MAKAN TANPA WAS-WAS.....!!!!!

Fishball Halal...
Dimasak sup...
Dihidangkan sebagai lauk makan tengahari semalam




Sup fishball ni dijamin halal kerana fishballnya mak aku buat sendiri...
Sebenarnya dah lama pun x beli fishball...
Sebab pernah sekali tu beli pastu bila makan aku muntah...
Sejak tu dah x beli
Pastu hari tu kan dalam suratkhabar & kat TV plak cakap ada apa benda tu plasma darah b*b* dalam fishball....!!
Hmm... lagi la ...
Memang x beli la...
Jika dah sah halal baru boleh makan..
Walaupun ada tanda halal....tapi mak aku kata bila kita rasa was-was...memang x boleh makan la...
Tapi aku bukan kata x halal ye...sebab mak aku kata  hanya JAKIM yang boleh tentukan..
JAKIM tu apa...?
Mak aku kata cari kat "google"
Selepas mencari aku jumpa INFO PASAL  JAKIM tu kat sini....






Tapi kalau balik kampung mak aku kata beli fishball kat Petronas tu sebab orang Islam yang buat...




Ha...yang kat atas ni pun fishballnya orang Islam yang buat...
Mak aku...!!!!!
Hahahaha..
Sebelum ni mak aku dah pernah buat...

HOMEMADE FISHBALL kat sini

SINI pun ada juga...

Tapi sebelum ni mak aku banyak buat pakai ikan kembung jew...
Yang hari ni nyer mak aku kata guna ikan tenggiri...

SUP FISHBALL HALAL... (hahaha)


















15 biji halal fishball
1batang carrot
1 mangkuk brocolli
1 batng sadri
2 sudu minyak
4cawan air
daun sup
garam,lada sulah

Bahan tumis :













1ketul halia-mayang halus
1 bawang besar-dadu halus
3 bawang putih-dadu halus
tulang & kulit ikan ( sisa yang dah buat fishball jangan dibuang)

Bahan Fishball:
1 keping ikan tenggiri
secubit garam
1/4 sudu teh lada sulah serbuk
2 sudu tepung ubi.

***Kikis isi ikan tenggiri daripada kulit dan tulangnya.Kemudian guna blender kering & blend secara pulse hingga isi ikan halus.Tambah garam,lada & tepung ubi..Bulat2kan anggaran sebesar guli..

Cara buat sup:

 1. Panaskan minyak & tumis bahan tumis...Tumiskan sekali kulit & tulang ikan.
 2. Bila garing masukkan air & biar hingga mendidihh....
3. Buangkan tulang & kulit ikan & masukkan sayur-sayuran & fishball.
4. Bila fishball sudah timbul...menandakan fishball sudah masak.Masukkan garam & lada sulah & tabur daun sup.....siap

No comments:

Post a Comment