Tuesday, 11 February 2014

GORENG PISANG atau PISANG GORENG...?

Petang tadi nyer makanan....minum petang la kot sebab dah petang...tapi belum lunch lagi hari ni....
Balik sekolah dah petang...Dah dekat pukul 5....Ada kelas tambahan...hari ni Math..
Pukul 3.30 kelas dah habis..tapi sebab mak aku yang balik lambat...Pastu singgah Pejabat Pos nak bayar bil letrik..Masuk hari ni dah kali ke 3 gi pejabat pos nak bayar bil tapi x bayar pun..Sebabnya...minggu lepas hari Khamis dah gi tapi orang punya la ramai sampai penuh dalam tu...Mak aku kata bayar je hari Jumaat mungkin orang xramai..tapi Jumaat x gi pun..Semalam hari Isnin singgah lagi..Omak ai..(bukan mak you tau) lagi la ramai..parking dah la penuh..orang pun sampai berdiri kat luar Pejabat Pos...Aku dah masuk tapi terus keluar semula sebab x sanggup nak tunggu...Mak aku kata hari Isnin memang selalunya bank & pejabat2 lain akan  ramai orang sebab hari Sabtu & Ahad kan cuti...So,ramai orang kena tunggu hari Isnin

Nasib baik juga la petang tadi orang x la tersangat ramai macam semalam...Tapi masih kira ramai juga la..Aku tekan nombor dapat nombor 475....masa tu baru panggil nombor 443...kena tunggu 32 orang lagi...dah la mak aku tunggu dalam kereta je...Jangan x tau...bayar bil adalah tugas aku..Aku dah biasa ambil nombor..pastu tunggu la untuk bayar bil..Kadang2 ambilkan borang pos laju untuk mak aku...
Nak panggil apa ni..?
Goreng Pisang ke...Pisang Goreng....?
Kalau selalu kita nampak kat gerai tepi jalan ...selalunya tulis "GORENG PISANG PANAS-PANAS...!!!"
Tapi cikgu kata sebutan yang betul ialah "PISANG GORENG..."
Sebabnya....
Goreng Pisang adalah menunjukkan perbuatan menggoreng pisang tu....
Sementara Pisang Goreng adalah merujuk kepada Pisang yang telah digoreng.......
Haaa...tiru cakap ajuk dari cikgu....
Cikgu kata ..kita boleh guna perkataan "goreng pisang" untuk tujuan menunjukkan kata kerja..
Tapi kalau nak bagitau makanan yang aku makan petang tadi..itu adalah Pisang Goreng....
Ah...apa2 la...
Tapi selalu juga tau ada soalan berkaitan goreng pisang & pisang goreng ni dalam Bahasa Malaysia Pemahaman....hmm...ye la...
Apapun pisang goreng  yang digoreng oleh mak aku ni dah selamat masuk dalam perut dah...Pisang Sematu yang pakcik bagi hari Ahad minggu lepas masa balik kampung cuti Raya Cina tu..
Tapi kenapa ada cili plak....
Cili tu untuk Sambal Kicap cicah ngan Pisang Goreng tu...Kakak yang buat..tapi aku x makan pun sambal kicap tu sebab takut  tengok biji cili yang banyak tu... mesti pedas gilerr nyer....Aku makan pisang goreng dengan air teh O panas jew...Mulanya aku nak buat Teh O Ais...Dah siap pesan kat mak aku lebihkan gula dalam teh O aku nyer sebab nak letak ais..Mak aku dah buatkan dah teh O tu setengah gelas untuk aku isikan ais..Sekali tu,bila aku keluar bilik air nampak dah jadi segelas teh O suam...Rupanya kakak xtau aku nk letak ais..Kakak dah tambah air masak sejuk dlam teh O panas tu...huhuu....

Mak aku kata hari ni buat pisang goreng tradisional....x buat banana fritters dah...hahaha
Penerangan mak aku pasal nak buat sambal kicap tu sebab kakak baru first time buat sambal kicap ni...

 PISANG GORENG SAMBAL KICAP...

10 biji pisang sematu
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu minyak
sikit garam
sikit gula
air untuk bancuh
minyak untuk goreng

1. Pisang dibelah 2 atau kalau nak nipis dibelah 4.
2. Bancuh semua tepung dengan sikit garam,sikit gula & air.
3. Tambah 2 sudu minyak supaya tepung jadi rangup.
4. Panas minyak yang banyak dalam kuali..
5. Celup pisang sekeping demi sekeping & goreng sampai garing.
6. Cicah la dengan sambal kicap.

*** Pesan mak aku..bukan semua pisang sesuai untuk buatt pisang goreng..ada pisang yang hanya sesuai dimakan mentah sahaja contohnya pisang emas & pisang rastali ...kerana jika digoreng pisang ni akan lembik & berair...Pisang yang sesuai digoreng..kata mak aku la...pisang tanduk,pisang sematu,pisang awak & lain2.Pisang2 ni biasanya lebih keras & tidak sedap sangat nak makan mentah buat pencuci mulut...sebab tu sesuai goreng atau buat kuih lain..
Tapi mak aku kata kalau nak buat juga x dosa pun..hahahahaaha

SAMBAL KICAP
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 sudu cuka makan
1 sudu gula
sikit garam
1/2 cawan kicap
minyak
1. Panaskan sikit minyak & goreng cili padi & bawang putih sampai masak.
   - Awas, cili akan meletup2..Kalau xnak meletup..sebelum goreng cucuk kan cili padi tu dengan pisau
      supaya bila digoreng udara dalam cili dapat keluar melalui bekas cucuk pisau tu..tidaklah cili tu kembung
      & meletup2...kan belajar Sains..yang udara akan mengembang bila dipanaskan... :-)
2. Tumbuk cili & bawang yang dah goreng tu sampai halus.masukkan kicap,gula,garam & cuka & kacau
     sampai semuanya larut..Kalau banyak lebih senang blend..Kalau sikit ..sesuai guna lesung batu ...



1 comment:

  1. Goreng pisang adalah sejenis makanan.
    Maka ia juga betul. Sepatutnya lah.
    Tapi dalam dunia ni banyak jer benda yang tak patut.

    ReplyDelete