Semalam tengok dalam group tempat kerja ,depa pakat buat Laksa Kuah Mentah.Dari Ahad malam depa dok riuh dalam group kata Syahir bawa laksa fly KT-KL...
Mula mula kena sediakan laksa..
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. π
Masak Kelupis vs Kuah Kacang Daging
KELUPIS
1 kg pulut susu
1 kg santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan(1 sudu rata) garam halus
1 sudu makan gula pasir
1 helai pandan
20-30 helai daun nyirik
1. Basuh beras pulut & toskan dalam tapis
(untuk hasil lebih kenyal, rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam) Tetapi boleh
sahaja masak tanpa rendam
2. Campur santan & 3 cawan air & masak hingga mendidih. Sebaiknya guna
kuali supaya mudah nak kacau
3. Tambah pandan, garam & gula
4. Masak sambil kacau supaya tidak meruap. Masak anggaran 1/2 jam hingga nampak
santan agak pekat & nampak berminyak.
5. Masukkan beras pulut yang sudah ditoskan.
6. Kacau tanpa henti hingga santan semakin kering & pulut bersalut santan
dan sedikit melekit.Matikan api.
7. Bila agak sejuk,cedok 1 sudu besar pulut dan bungkus seperti
membungkus lepat.Ikat dengan tali agar tidak terburai ketika direbus.
8. Masukkan dalam rice cooker dan isi air hingga kelupis
tenggelam Rebus hingga air hampir kering.Angkat dan toskan.
KUAH KACANG +DAGING
½kg kacang tanah
½ kg daging -potong kiub
( rebus hingga empuk)
1 asam keping
1keping kecil gula melaka
1½ sudu teh garam
1 batang serai- ketuk
Bahan Blend:
30 cili kering( saya guna 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih
segenggam ikan bilis bersih
1. Basuh kacang tanah dan masukkan dalam kuali bersama 3 sudu
minyak dan sentiasa kacau hingga kacang garing.
2. Angkat kacang dan biarkan suam sekejap & blend dalam blender basah + 3
cawan air hingga agak halus
3. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend Masukkan asam,garam
dan serai & masak hingga naik minyak
4. Masukkan pes kacang blend tadi dan gula melaka.
5. Masak hingga mendidih.Tambahkan daging rebus bersama air rebusannya.Masak
lagi hingga mendidih
6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik
dan pekat
7. Sesuaikan rasa
Saya sejenis yang suka lauk lauk kering.Nasi pun saya suka yang lerai berderai.Kalau nasi lembik kurang kena dengan tekak saya.
Dapat lauk kering kering atau bersambal,gaul dengan nasi panas berderai...laju suap