My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Monday, 25 June 2018

POPIA NESTUM BY KAKAK

Popia Nestum..
Made by kakak
Kakak buat hari Khamis alam Jumaat untuk bawa balik Kolej
Tahun ni bapak rajin kakak
Hari tu kat Kedah kakak buat Hanoy Cornflakes
Ni balik KL buat Popia Nestum plak..
Gigih lak tu kakak ajak aku gi Hero nak beli Kulit Popia..susu tepung bagai
Balik Hero kaka terus buat Popia Nestum ni
Mmmm...aku tahu kakak mesti suka Popia Nestum tu sebab dah selalu makan kat Kolej
Sebab kat kolej kakak memang ada jual Popia Nestum ni..
Bukan jual kat cafe..
Bukan jual kat stall
Tapi jula DALAM LIFT..
Haaa....rare kan
Jangan x caya..
Aku ada bukti..
Pernah snap pic masa sebelum puasa hari tu masa hantar kakak balik kolej



Ni la Kotak Jualan Popia Nestum dan Popia Cheese kat dalam lift nak naik bilik kakak..
Bukan ada tuan dia pun...
Just letak  dlam kotak dan ada 1 botol untuk masukkan duit..
Idea yang bagus kan.....
Kakak cakap rami jer student jual mavcam2 buat konsep camtu..
Tak takut orang curi ker..?
Haaa....tu dia dah tulis " Jangan Mencuri,Allah Maha Melihat"
Kadang kalau time hantar kakak nampak dalm lift tu ada gantung jajan
Ada bun
Ada gula-gula bagai
Masa ni aku pun ada beli 1 paket Popia Cheese rm3
Kakak beli Popia Nestum rm2
Walaupun kiter bayar...tapi aku cuak juga sebab tuan dia bukan nampak kiter asukkan duit dalam tu.
Beberapa kali aku tayang-tayangkan duit rm5 dan masukkan dalam botol tu
Manalah tahu dalam lift tu ada CCTV....aku nak tunjukkan yang aku memang bayar..
hahahaha...
Agaknya sebab selalu makan Popia Nestum ni lah kakak nak buat sendiri nak makan puas-puas

POPIA NESTUM
1 paket kulit popia - saiz besar
1 biji telur- untuk gam
1 cawan nestum segera
1 cawan susu tepung
1/2 cawan gula icing
Minyak untuk goreng


1. Kulit Popia

2. Kulit popia tu kena gulung dulu. Pic gulung dah terdelete.
 Ambil sehelai kulit popia dan gulung gun achopstick atau lidi sate.Sapu telur dihujung gulung supaya x terbuka.JANGAN terlalu kemas .biar ada longgar-longgar skit supaya bila goreng ada ruang dan bila gaul nestum nanti akan masuk dalam ruangw tu


3. Lepas gulung bolehlah gunting serong.

   **** Yang jual dalam lift tu dorang x gulung tapi just cut segi empat saiz 2 ajari dan goreng garing dan gaul nestum


4. Biarkan sekejap supaya kering dan senang nak goreng


5. Goreng dalam minyak yang banyak tetapi api sederhana supaya garing cantuk

6. Sementara tu campurkan nestum,susu tepung dan gula icing dan gaul sebati.
    Kemudian baru gaulkan popia yang dah siap goreng


Dah siap....


 1 Paket Besar 500gm kulit popia dapat banyak ni..
 Lebih kurang 2 balang sederhana...
Mak aku cakap kalau nak buat untuk jual lebih sesuai xyah gulung..just cut macam yang dijual dalam lift kat kolej kakak tu
Sebab kalau just cut...dapat la banyak sebab popia mengembang
Kalau gulung lebih sedap tapi dapat x banyak lah...
Kakak bawa dalam botol yang tinggi tu..
Amik seperuh dari botol pendek tu penuhkan dalam botol panjang
Tinggal ciput jer kat umah...
Mmm..tapi aku x suka sangat Popia Nestum ni
Au lagi suka Popia Cheese
Nanti nak buat jugak la Popia Cheese

Sunday, 24 June 2018

KETUPAT ADABI SAMBAL KACANG

 Diary Raya lagi..
#rayakansebulan#

 Ketupat Adabi Sambal Kacang...
Menu raya...
Tapi bukan untuk hidangan raya pun
Untuk kakak bawa balik kolej...
Biasalah...setiap kali nak balik kolej lepas raya kakak mesti bawa menu raya balik kolej..
Agaknya dorang ada makan2 jamuan raya kot


Ketupat Mini Adabi..
Haaa...siap mantion brand..
Kikiki..mesti la sebab mak aku soh kakak gi beli..
Kakak ajak aku teman beli kat Hero
Berkali2 mak aku pesan...beli ketupat mini ADABI..
Setiap kali nak beli ketupat segera..
Mak aku mesti soh amik Ketupat Mini ADABI..!
Kenapa ..?
Mak aku cakap sebab ketupat ADABI lebih harum dan wangi..
Pastu mesti pilih ketupat MINI..
Mak aku cakap sebab senang nak rebus dan cepat masak..
Pernah sekali aku beli tapi aku x baca kat pack dia..
Rupanya dalam tu ada 4 pack besar.
Dah bukan Mini lagi dah..
Mmm...3h 2m mak aku bising sambil rebus ketupat tu
Mak aku cakap dolu2 mang xde pack mini tu
Memang dolu2 mak aku cakap semua ketupat segera pack besar2..
Baru beberapa tahun kebelakangan ni jer maka aku cakap ada piliham ketupat mini..
Mak aku kata kalau dolu memang biasanya mak aku kata buat sendiri jer..
Camana buat sendiri..?
Mak aku cakap isi beras dalam plaatik bungkus lauk tu separuh penuh dan staple atasnya..
Pastu seluruh permukaan plasti tu mak aku cakap kena cucuk2 dengan lidi sate @ cucuk funa garfu supaya air dapat masuk ketika direbus..
Dah masak kena biar sejuk dan dipotong cube..
Kata mak aku lagi dolu2 kalau raya memang mak aku akan anyak sendiri sarung ketupat daripada pucuk daun kelapa..
Nenek akan buat Ketypat Palas dan mak aku kata mak aku akan buat Ketupat Daun Kelapa..
Tapi...naper sekarang mak aku dah x buat letupat daun kelapa..?
Mmm...mak aku cakap sebab........


Sambal Kacang..
Mak aku yang cakap ni Sambal Kacang
Bukam Kuah Kacang ker..?
Mmm...mak aku cakap sama jer
Tapi kalau versi mak aku...Kuah Kacang agak cair
Kalau yang pekat kental tu namanya Sambal Kacang...
Oooo


KUAH KACANG CEPAT DIMASAK

1/2 kg kacang tanah
2 keping gula nisan
1/2 cawan gula pasir
2 asam keping
3 sudu teh garam
1 cawan minyak

Bahan Blend:
20 cili kering- rebus
2 serai- hiris
2 hiris lengkuas( jika suka)
2 bawang besar

1. Basuh kacang dan tapis hingga kering.
    Masukkan 3 sudu minyak dalam kuali dan tuang kacang tanah tadi..Goreng hingga nampak kacang garing.
   Agak-agak 10 minit..Api mesti kecil supya nanti kacang rangup garing.Kalau api kuat nanti nampak kulit
  dah hangus tapi isi belum masak...Kacang jadi x garing.
  Alihkan dalam bekas dan biar sejuk sikit supya kacang rangup dan senang nak blend
  ( goreng macam nak makan ngan nasi lemak pun ok)

2. Blend kacang dengan beberapa cawan air..
   Yang ni untuk 1/2 kg bahagi 2 baghagian dan setipa bahagian blend dengan 2 cawan air setiap 1 bahagian
 Jangan risau..x kan rasa lemau pun....rasa dia tetap sedap

3. Blend agak-agak sederhana halus...
    Kalau terlalu kasar nanti kuah x pekat kalau terlalu halus nanti x rasa tekstur kacang lak..

4. panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga garing

5. Masukkan kacang blend..dan masak hingga mendidih

6. Masukkan garam,gula melaka dan asam keping..

7. Masak hingga naik minyak dan sesuaikan rasanya..


** Untuk step by step dan tips lebih jelas boleh tengok MUAH KACANG CEPAT DIMASAK kat sini....

Tu entri Kuah Kacang dan Nasi Impit untuk bekal kakak juga masa Raya Puasa tahun 2017..
Haaa...kan dah cakap setiap kali nak balik kolej lepas raya mesti mak aku buatkan menu raya



Aku suka makan nasinimpit dengan kuah kacang..

Bekal kakak nak balik kolej hari Jumaat



Ketupat Adabi
Sambal Kuah Kacang
Cookies
Popia Nestum
Àkaq Nyoq yang Pakcik bagi
Popia Simpul Kasih..pun Pakcik beli khas untuk kakak
Biskut..
Mmm...apa lagi ntah ..
Dah macam nak pergi umah mak mertua..
Hahahaha.....


Masa mak aku hantar kakak aku x ikut
Sebab aku nak gi kenduri Pakcik Nad school mate aku
Tapi sudahnya aku tertidur sampai petang...
Dah la hujan lebat giler..kilat sabung menyabung
Mak aku plak malam pukul 8 malam baru sampai..
Mak aku cakap perjalanan balik yang selalunya 1 jam dah jadi 3 jam sebab hujan dan ribut dan jalam jem teruk..
Mmm...memang aku dah cuak bila hujan lebat..
Risau mak aku drive sorang..
Dok umah sorang lagi la aku takut ..

BISKUT RAYA LEPAS RAYA

Mak aku tengah buat Biskut Raya lagi tu...
Ni cerita Pagi Jumaat semalam
Kakak dah nak balik kolej..
Kakak dah request nak cookies 1 balang
Kakak request bukan order.
Hahaha...
Pagi2 lagi lepas subuh satu rumah dah bau cookies .



 Haaa...tengok lah kalau orang xde skill susun cookies dalam tray nak bakar..
Jauh beza ngan mak aku buat
Tapi atleast aku mencuba kannnnn....?

Skill mak aku susun..lain la skit kan.
Nampak la beza antara aku ngan mak aku
Bukan aku x boleh buat
Tapi sajer la...xnak lawan guru..
Hihihi


 1 balang untuk kakak bawa balik kolej


 1 untuk  kawan abang
Abang cakap kawan abang  dah beli 2 balang untuk raya hari tu
Tapi abang kata kawan abang citer ..1 balang lagi hilang..
Haaaaa...bukan hilang macam MH 370 tu..
Tapi hilang "dicuri" dan dimakan anak buahnya..
Hahahaha...sweet jer kan ...!
Aku la rasa sweet jer bila anak buah curik2 makan biskut bapa saudara..
Tapi bapa saudara dia kempunan la x dapat makan.
Sebab tu abang cakap kawan abang tu order lagi 1 hari Khamis tu

Yang 1 balang lagi kawan aku Hidayah nak
Hidayah pun dah oreder masa sebelum raya hari tu..
Tapi hari Khamis dia pm aku minta juga2 mak aku buatkan 1 balang untuk kakak iparnya sebab kakak ipar dia mengidam..
Haaa...ada ker orang ngidam nak makan cookies?
Whateverlah kan..
Janji masyukkkkkk...!


Yang ni mak aku cakap nak bagi jiran sebelah umah ni...
Ala...jiran bujang lelaki yang selalu aku citer masak kuah kacang sedap tu la..
Harap2 tahun ni jiran aku tu masak lagi la kuah kacang yang sedap tu dan hantar kat umah aku semangkuk..
Hahahahaha.....
Mak aku cakap asalnya nak bagi sebelum balik kampung nak raya tu..
Tapi sebab dah xde stok..
Ni dah terlanjur buat untuk kakak dan kawan aku ngan kawan abang..
Mak aku cakap boleh bagi kan sekali pada jiran sebelah ni
Sebab masa bulan puasa setiap weekend asyik bagi  bau jer..
Heeee....yer lah...asyik bagi bau cookies jer..
Hari ni  boleh la bagi cookies..


Pastu boleh buat sekali untuk rumah
Haaa...jangan ingat ninkatbkampung plak
Sebab bekas kuih tu memang sama ngan kat rumah sini...kat kampung dan juga kat umah Achik...Sama brand..sama size...sama harga..
Trivago..
Hahaha....ok..sambung citer biskut raya
Tapi untuk rumah sendiri mak aku buat cukup2 untuk penuh bekas kuih ni jer..
Sebabnya Nad ada jemput kawan2 datang kenduri kahwin Pakcik Nad kat erea rumah aku ni...depan sekolah agama tu
Kawan2 aku..Cak...geng2 senior aku cakap dorang nak datang kenduri Pakcik Nad petang lepas Jumaat.
Pastu dorang cakap nak datang beraya rumah aku..
Mmm..tapi aku dah cakap mak aku xde sebab nak gi hantar kakak..
Hihihi....dah la semua lelaki..xkan nak ajak dorang masuk.
Dah la aku sorang2 pompuan..dorang semua lelaki...mak aku lak xde..
Mmmm...dorang cakap xper dorang x buat bising..
Tapi memang tak la aku nak benarkan dorang datang  time mak aku xde..
Janji nak jumpa jer lah ramai2 kat kenduri tu..
Tapi sudahnya lepas mak aku hantar kakak..
Aku TERRRRR.....Zzzzzz sebab hujan lebat
Sedar2 jer mak aku call nak bagitau mak aku balik lambat sebab nak gi dobi cadar..
Tengok jam dah pukul 4.45
Tengok handphone berderatttttt wasap masuk..
Aduh.....apa jadi ni...tidur dari pukul 1 sampai pukul 4.45..
Malam Nad call paksa aku suruh datang juga kenduri Pakcik dia walaupun dah malam sebab dekat sini jer..
Pastu Nad ikut aku plak datang beraya kat umah
Nad kata sebab dia nak makan cookies..
Hahahaha...itu jer..!!
Sebab Nad suka sangat cookies tu..
Mak aku pack kan 1 bekas untuk Nad bawa balik..
Bagitulah citernya..
Ok...bye..!