Tuesday, 25 June 2024

BUAT SENTUL vs BUAH STEY/ KECAPI

 
Dua minggu sebelum Raya Haji hari tu,saya ada balik kampung sat dengan Adah ..Sebabnya Adah craving buah berangan..Tapi takmau buah berangan kat KL ni...🤭..

Dia demand nak buah berangan yang dia pernah makan kat Pekan Jitra...yang dekat foodcourt apa tu  dekat McD tu...

Balik,maka Pakcik & Achik  dia layankan la...bawa dia pi cari buah berangan idaman dia...

Alhamdulillah....semoga tak kempinan bumil tu..



Kebetulan masa tu balik musim buah sentul...
Ada yang suka buah sentul ni??
Kalau ada bumi di luar sana yang kecur liur....mohon maaf ya sebab musim sentul baru sajaha berlalu..
Buah sentul ni dari berbunga dan berputik agak lama juga nak matang/masak.Tapi bila dah masak,hanya bertahan dipokoknya sekitar 2 minggu sahaja.Kalau tak dikait pun dia akan gugur sendiri dan membusuk dibawah pokok..


Ni pula kami panggil buah stey....
Adik beradik buah semtul juga..
Cuma buah lebih bulat dan warna dia kuning pucat berbanding sentul  yang kuning oren.

Buah stey ni lebih diminati sebab isi dia lebih tebal dan lebih manis.Ulas macam manggis tapi isinya tidak lekang dan nak makan hanya lulur/lulum macam tu ja..
Biasanya orang makan buah sentul dan buah stey ni dengan cara kupas nipis kulit luar dan makan lapisan dalam dengan cicahan/colek 

Musim buah sentul dan buah stey hampir sama...Mei-Jun


Ni pokok Stey depan rumah mak kat kampung...lebat berbuah,tapi saya yang tak pandai nak nak snap pic bagi jelas...hihihi


Pokok sentul ni pula depan pintu pagar nak masuk rumah mak kat kampung.Pokoknya memang jenis pokok balak..besar dan tinggi...
Kalau yang rendah boleh kait buahnya...yang tinggi jadi rezeki tupai dan kera...

Inilah bandingan pokok dan buah SENTUL vs STEY/KECAPI

Saya ada muatkan video pokok dan buah ni kat 

Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

8 comments:

  1. Suami saya pun selalu sebut pasal buah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah nadir ni Syaz...
      Tentu banyak nostalgia untuk anak anak kampung kelahiran 80-an dan sebelumnya n

      Delete
  2. Bestnya ada pokok sentul dan stey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar sentul kampung Wak..Kalau sentul siam lebih kormesial & ada harga

      Delete
  3. oooo sepupu sepapat.. ingatkan yg sama hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sama tapi ada beza..Bila letak bersebelahan baru nampak beza...kann

      Delete
  4. Nampak buah sentul ni... banyak kenangan zaman kanak-kanak kembali menerpa!

    ReplyDelete
  5. Pokok ni tinggi kan..dulu kecik2 baling kayu nak jatuhkan dia

    ReplyDelete