Anak Pokok Dabai
Mak cuba tanam pokok dabai kerana mak sangat suka buah dabai.
Benih dapat daripada kenalan masa ke Kuching Cuti Deepavali 2023.
Kenalan mak bagi biji dabai yang sudah disemai berminggu.Walau berminggu diletakkan atas kapas basah dan sentiasa direnjis air namun kemain lama nak.keluar mata tunasnya..
Ni pun lepas dah keluar mata tunas hingga nak dapat 8 helai daun ni memakan masa setengah tahun kot...hihihi
Berapa tahun la agaknya nak tunggu dia berbuah
Semoga Allah izinkan pokok dabai ni tumbuh besar dan berbuah lebat.Kalau kat Kuching kami beli buah dabai RM45/kg
Kot kalau nanti berbuah lebat...KAYO MOKCIK!!!🤣🤣🤣🤣
Bukan delapan 8🤣
Asalnya dua tahun lepas mak buang sebiji buah delima yang dah busuk kat belakang dapur dengan tujuan nal jadikan baja pokok cili.
Tak sangka salah sebiji bijinya bercambah dan tumbuh.Mak alihkan anak delima tu tanam kat penjuru pagar depan rumah...
Awal tahun hari tu mak dah nak tebang sebab pokoknya berbunha jantan.Tetiba bulan lepas masa musim panas terik,keluar beberapa kuntum bunga betina dan seterusnya berputik ....
Teruja mak!
Semoga buahnya membesar dan matang sempurna semerah batu delima dan semanis madu...
Buah dabai...saya belum pernah makan.
ReplyDeleteMoga pokok dabai dan pokok bukan delapan 🤣 tu tumbuh subur dan cepat dapat tuai hasil.
tak lama lagi boleh pencen awal la makngah dah jadi saudagar buah dabai hehe
ReplyDeleteTangan kalau mmg dah gifted main tanah - tanam - pokok ni .. campak buah busuk pun tumbuh jadi pokok hahaha..
ReplyDeleteseronoknya kalau tanaman menjadi... rasa hati berbunga2..
ReplyDeletetak pernah jumpa buah dabai, macam ye rasa dia? mahal juga harga buah dabai ni.
ReplyDeleteRindu hendak makan buah dabai tapi tidak ada di LD. Kena ke Sarawaklah nanti kalau tiba musim dabai.
ReplyDeleteSejuk tangan bonda Kakak...campak2 jer tumbuh..SA ni jangan kata campak..semai pun mati semua..hahaha
ReplyDelete