Saturday, 13 April 2024

MERIAH JUADAH PAGI RAYA 2024 @ KAMPUNG

 Salam Lebaran 1445(2024) memasuki hari ke 4 sudah..Semoga rakan rakan taulan dari seluruh pelusok dunia dalam keadaan sejahtera dan dirahmati Allah s.w.t

Seperti kebiasaan kebanyakan orang.. saya juga memang beraya di kampung..


Cuma sedihnya,ini merupakan tahun ke-5 penduduk kampung beraya tanpa air.Dah 5 tahun hari raya saja,bekalan air akan putus tanpa setitis pun mengalir dari paip.Tahun ini hampir setiap katanya memang tiada air.Hanya menjelang tengah malam baru ada air mengalir perlahan dan akan terhenti menjelang pagi.Maka,kaum ibu akan berjaga dan tidak lena tidur menadah air untuk kegunaan isi rumah pada esoknya.Itulah rutin mereka sepanjang puasa.Lebih sedih,3 hari menjelang raya ,malam pun tiada air.Ada lori hantar air katanya tapi YTJT.Mak mak lah paling gelisah bila tiada air,lebih lebih lagi bulan puasa dan musim perayaan


Kami bernasib baik kerana rumah kami kat pekan tiada masalah air.Dapatlah saya dan Achik memasak untuk bawa balik kampung dan menjamu tetamu di kampung.Jom jamu mata melihat antara kemeriahan hidangan pagi raya kami @ kampung.


Lemang Pulut.
Antara hidangan wajib pagi raya sejak Pakcik menjadi sebahagian ahli keluarga kami lebih 2 dekad yang lalu hingga hari ini.Maklumlah Pakcik kan orang Jerantut,Pahang.Tiadalah ertinya raya bagi orang Pahang jika tiada lemang & daging kerbau kan...😁


Ketupat Pulut  dan Ketupat Daun Buluh..Ketupat pulut mak buat 3kg pulut menghasilkan 6kg ketupat siap masak.

Ketupat Daun Buluh macam biasa kami akan order sahaja kerana tak reti buat.Lagipun bukan boleh buat dengan  sembarangan daun buluh dan kami tiada pokok buluh khas untuk buat ketupat tu


Ketupat Nasi a.k.a nasi impit..Walaupun kami orang Kedah..Lontong dan Lodeh  menjadi antara hidangan wajib.Kalau tak raya pertama...raya ke-2 akan masak jugak lontong


1 flask Nasi Beriyani..
Saya masak menggunakan Noxxa PC Achik & masukkan dalam flask supaya kekal panas.


Ayam Masak Merah....menjadi menu tahunan setiap kali raya
Kali ni masak 4 ekor ayam


Kari Daging by mak...Mak masak Gulai Daging Kerisik




Daging Kerbau Masak Pahang...by Achik...Lauk wajib Achik sediakan kerana ini fav Pakcik untuk makan bersama lemang




Ayam Pencen Rendang Hijau...
By Achik 
Menjadi menu wajib setiap tahun.




Lontong Rencah Udang...Satu flask penuh Achik masak sarat dengan udang..



Ayam Masak Briyani by Achik..


Papadom..


Acar Jelatah


Sambal Petai Tempoyak by Achik..untuk sapa yang nak makan dengan nasi putih


Laksa by Achik

Laksa Condiment..



Achik memang pandai masak kuah  Laksa Penang...Saya hanya tau masak laksa kuah lemak utara saja..Pernah ja saya masak kuah laksa utara macam Achik tapi tak sedap...hihihi



Kek Marble Coklat & Old Skol Marble ..marble chocolate by Achik...
Old Skol Marble tu mertua Adah bagi sebiji besar untuk bawa balik kampung..


Chocolate Marble & tuannya...hihihi


Pandan Gula Melaka Cake...Achik hadiahkan untuk future mother...hihihi

Kuih Raya...
- Samprit Terik
- Samprit Dahlia
- Mazola
-Oats Chocolate
- Tart Nanas
-Famous Amos
- Bangkit Kelapa
-Baulu
- Karas
-Kerepek Pisang


Minuman buat 2 tong

Green Tea...by Achik
Laku keras terutama kanak- kanak & orang muda.


Sun Valley Granedine + Mango Sunquick.
Sirap SUN VALLEY GRANEDINE DARI BORNEO Adah bawa balik dari Sabah & saya minta Adah campurkan dengan mango Sunquick kerana mengambil cadangan idea daripada  KOMEN CIKGU AMIE ...kat sini.
Terima kasih cikgu Amie atas idea yang diberi..Alhamdulillah sangat sedap...Dua gandingan air green tea dan granedine  memang laku keras dalam cuaca panas membahang pada hari raya pertama.

Takdan nak amik video proper...Sekali lalu sahaja.Ni pun dah ada yang tak sempat top up bekasnya...

Tetamu juga bertali arus seusai solat sunat Aidilfitri kerana kebetulan rumah mak berdekatan surau kampung..Alhamdulillah..
Nanti kita share suasa kunjungan tetamu dalam next entri..

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin



12 comments:

  1. Tiap tahun tak sabar nak tengok kemeriahan raya di rumah Pak Ngah. Dapat jamu mata pun jadilah! Yey! Tak lama Mak Ngah nak timang cucu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celah mana pulak mai "Pak Ngah" tu SK? jangan dok doa🤭🤣🤣🤣🤣

      Delete
    2. boleh tumpang doa tak ni..kot2 ada Pak Ngah baru hehe
      (gurau2 je ye kak..)

      Delete
  2. sedapnye makanannya.. ujian air ni ujian yg akn dialami oleh org yg xde telaga untuk mane2 negeri.. cuma ngri lain atau kwsn lain kadang2 shj.,. huhuhuhu.. semoga akan diperbaiki lagi nnti.. ameeennnn

    ReplyDelete
  3. semoga Allah panjangkan usia untuk berjumpa ladi Ramadhan dan Syawal pada tahun depan.. Ameeennnn

    ReplyDelete
  4. Rugi tak pi beraya rumah depa ghitu 🤭
    Daging kerbau beli mana MC? Kalau kot Perak Sy tau la depa rajin sembelih kerbau...
    Masalah ayaq ni tak tau nak kata apa la, kat kg saya pun sama. Dari Sy kecik sampai dah 40+ tak selesai² :( Time raya pulak memang menjadi²...

    ReplyDelete
  5. Huuuuiiiiii.... Banyaknya! Kalau try semua, penuh perut uncle!

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya akak & family.Maaf zahir dan batin salah silap duk bergurau selama ni...
    meriah sangat menu raya,rajinnya acik macam2 yang dia masak..saya pula tak ada langsung gambar juadah raya.Balik solat raya rumah dah kena serbu dengan tetamu terus lupa nak ambil gambar

    ReplyDelete
  7. aduh sedapnya semua menu raya akak... bila takde air memang masalah besar betul kan kak... rumah dana masa raya ke 2 air kecik sampai coway tak boleh nk tarik air. Udahnya beli air mineral 3 karton ngn ais sebab selalu raya ke2 kami kene serbu. Mujurla mlm harinya tu elok dah coway... yelah air pun dh mula besar tak halus je

    ReplyDelete
  8. Aduhai... dapat bayangkan betapa sukarnya nak buat kerja- kerja dapur kalau tak ada air!
    Rugilah kalau Mama Cella tak balik kampung setiap kali raya tiba. Meriah sangat suasananya dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan!

    ReplyDelete
  9. Tertarik dengan nama ketupat daun buluh... mcm mana rasanya.. tiber tiber nak tahu sangat hahahaah :D
    alhamdulillah ada masalah air pun boleh sediakan juadah pagi raya .. keberkatan di situ :D

    ReplyDelete
  10. Sedapnya daging kerbau..SAa suka daging kerbau tempatan buat rendang...eh..eh...kakak nak dapat cucu ye...wah...makin meriah la nanti...

    ReplyDelete