Tuesday 30 April 2024

JAMUAN RAYA TEMPAT KERJA & HADIRI WALIMATULURUS @ MAGICA HALL

Syawal dah nak sampai penghujung dah..Minggu depan dah last.

Kelmarin..tempat kerja saya pun ada buat Jamuan Raya sempena syawal.



Photobooth raya...tema klasik



Tumpang bergambar la jugak...kaki hilang sebelah....hihihi


Tersama tema warna dengan Lin...Serupa tapi tak sama


Rini
Bersama Lin,.K.Zam,Rini.K.Mudz,Hasu & Arney...


Bukan berpuak tapi takut tak masuk frame...hihihi



Geng bujang trang tang tang....group intern..

Jom tengok juadah kami semua.Jamuan dibuat kat ruang foyer...dekat parkir 


Kios dessert hasil kreativiti Syahir & the gang..


Ada Yong Taufu



Roti Jala Kari Ayam & Yong Taufu


Lemang  dan randang daging 



Lontong,ketupat,sate ayam dan sate daging,lemang,rendang,
Laksa cendol,koktel,dan beberapa jenis menu lagi.
Sayangnya,masa saya rakam ni tak semua makanan terakam & ada yang masih belum sampai.




Buah- buahan

Penuh la perut dengan aneka mak nenek makanan...hihihi
Majlisnya bermula pukul 12 tengahari hingg 3 petang.


Lepas zohor terus berlarian pula ke Magica Hall  memenuhi jemputan walimatul urus rakan lama yang sudah berpindah tempat kerja..


Nasib baik Cella sudi datang pick up saya kat tempat kerja & terus ke Magica Hall..


Cantik dewannya.


Tapi sebab perut dah penuh...saya cuma ambil minuman & karipap sahaja.
Cella belum makan tapi dia pun hanya ambil sedikit nasi kerana lepas hantar saya pulang,Cella nak ke Sunway pula menghadiri open house rakannya.So...simpan perut nak makam kat sana katanya.

Bergambar dengan mak pengantin ...Lailatul Shima..
Yang belakang bersongkok tu bapa pengantin...itu yang sebenarnya bekas rakan sekerja saya....
Semoga keluarga pengantin diberkati dan dirahmati.


Esok 1 Mei...cuti kan..
Pasti ramai yang  dapat jemputan kahwin / rumah terbuka kan...


p/s maaf la tak sempat nak tinggalkan komen kat blog rakan rakan  lately ni..
Harapnya esok cuti 1 Mei saya ada la kesempatan nak BL  & tinggalkan komen...


6 comments:

  1. Sama la tema dgn di sini pun hikhik...
    Tulis kalut² kot no Mak Cella... Rendang jadi randang, makan jadi makam 😂

    ReplyDelete
  2. cantik cantik semuanya.. :D

    ReplyDelete
  3. seronok makan- makan macam ni....kenduri kahwin nanti 25hb May baru ada...kazen SA kawen

    ReplyDelete
  4. seronok office ramai staff...office ammi ko raya lah sorang2

    ReplyDelete
  5. Cantik deco photobooth tu 👍🏻

    ReplyDelete
  6. Meriahnya!
    Tempat kerja saya tak ada buat jamuan raya. Sibuk latihan sukan dan kem kepimpinan tak cuti Sabtu sampai hari Ahad.

    ReplyDelete