Friday, 13 November 2020

SAYUR KAILAN BAWANG PUTIH

 Asyik up lauk & kuih sahaja.. Selalu terlupa kepada sayur. Hari ini ambil hati sayur pula. Agar sayur tidak kecil hati.. 


Sayur Kailan Bawang Putih. Minggu ni dua kali masak sayur kailan ni

Kali pertama masak penuh la bawang putihnya seperti bunga tanjung yang berguguran di pohonnya. Tiba-tiba teringat bunga tanjung. Bunga tanjung yang dulu-dulu. Sekrang ni ada sahaja pokok bunga tanjung ditanam ditepi-tepi jalan. Tetapi tiada siapa pun yang peduli. Anak-anak gadis sekarang tidak lagi menghargai bunga tanjung. Sedangkan dahulu bunga tanjung menjadi rebutan ramai. Di kampung saya sepohon pokok tanjung yang besar, tinggi & rendang. Bukan di rumah emak saya tetapi di tebing berhampiran telaga Pak Lang Li & Mak Lang Mahani. Telaga mereka dekat dengan kawasan parit laluan air paya & sebab itu airnya tidak kering. Kalau dulu-dulu bulan Dsember hingga bulan Mac memang musim kemarau panas hingga banyak telaga dikampung kering kontang.Masih teringat, dahulu kalau di utara musim kemarau, pasti Pantai Timur musim banjir. Sekarang cuaca sudah tidak menentu. Dahulu kalau kemarau, memang kemarau betul. Nasib baik ditengah-tengah sawah yang luas ada satu kawasan paya. Di situlah telaga akan digali & semua penduduk kampung meredah sawah yang luas tetapi kering seperti padang bola menuju ke kawasan paya untuk dapatkan air minuman & mandi hanya sehari sekali sebab paya tu jauh.Binatang ternakan juga akan berkampung di sana kerana hanya di situ yang ada sumber air & rumput. Tapi telaga Pak Lang Li ni lagi jauh daripada hendak ke paya, cuma teduh sebab ada pokok . Saya selalu ikut sepupu perempuan yang hendak membasuh kain baju ditelaga Pak Lang Li. Masa tu saya dalam umur 8 tahun selalu menemani sepupu saya yang sudah remaja  ke sana. Sambil menunggu sepupu siap membasuh, saya akan mengutip bunga-bunga tanjung. Kemudian ambil benang batang pisang dan karang bunga tanjung menjadi kalung. Harum semerbak baunya. Tetapi sekarang jangankan anak-anak muda, saya yang sudah tua pun sudah tidak suka mencium bunga tanjung. Terasa tajam sangat baunya. 

SAYUR KAILAN BAWANG PUTIH. 
10 batang sayur kailan-bersihkan
1 labu bawang putih-dadu halus
1 sudu teh garam
4 sudu minyak masak
2 sudu sos tiram
1 sudu teh tepung ubi

1.Jerang 1/2 kuali air +garam hingga mendidih. 
2. Rebus kailan sepokok-sepokok lebih kurang 3 minit. 
3. Angkat kailan & toskan. Susun kailan rebus dalam pinggan
4. Panaskan minyak & goreng bawang putih dadu hingga keemasan. Angkat bawang putih beserta 1/2 minyaknya. 
5. Dalam kuali sama masukkan sos tiram +1/2 cawan air. Bila mendidih + tepung ubi yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pekat. 
6. Curahkan sos tadi atasa kailan rebus & tabur bawang putih goreng bersama minyaknya


Dapat kailan yang comel-comel memang saya akan masak sayur kailan rebus sos tiram ni. Kadang tiada sos tiram, saya bantai sahaja kicap + 1/4  kiub ayam. Pun sedap. 

Ni kali kedua masak sayur kailan minggu ni. 
Bekalan bawang putih kekurangan. Tidaklah lagi nampak meriah seperti bunga tanjung. Hanya umpama bunga-bunga kopi yang kekeringan. Masa dikampung bunga kopi juga menjadi pujaan saya. Putih bersih berbau berjambak disepanjang ranting kopi sangat menggamit memory. Kalau pokok kopi berbunga lebat, bangun pagi, buka sahaja pintu, haruman bunga kopi menerjah masuk. Oh, saya rindukan suasana itu. 


Walaupun sayur kailan ini simple sahaja tetapi saya rasa sangat sedap. Lagiglagi bahagian batangnya. Rangup, manis berjus. 

12 comments:

  1. Depan laman rumah akak ni ada tanam pokok bunga tanjung.Tanam dah lama tapi tak pernah sempat berbunga pun sbb suami akak kalau pokok rimbun sikit je dah dicantas,jadinya pokok tak pernah membesar.Ada org kata pokok bunga tanjung ni tpt kak ponti bergayut...😂😂.
    Sedap nampaknya kailan masak bawang putih tu,nak try juga nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok bunga tanjung kalau dibiarkan memang besar tinggi rendang macam pokok balak akak.. Kang jenuh pulak nak upah orang pangkas kalau tinggi.
      Tak pastilah kalau dioangkas selalu dia berbunga ke tak.
      Tapi kalau malam-malam berbau bunga tanjung seremmmmmm... Hihihi

      Delete
  2. sedapnya, kalau gabuung dengan tomyam atau sup ekor, perghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Syaz...
      Terliur pulak Sup Ekor.
      Kat KL ni tengah hujan lebat ni. Kalau dapat hirup Sup Ekor.. Huh berpeluh

      Delete
  3. Jadi, memang betullah lirik lagi bunga tanjung tu kan, pokok bunga tanjung sombong sebab pokoknya tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun teringat lagu Bunga Tanjung nyanyian Sharifah Aini tu la SK...
      Sangat sombongnya, pohonmu berdiri, tegap rimbun, gagah perkasa.. Camtu la rasanya lirik tu.

      Ending lagu tu sadly kan..
      Bunga yang harum dipohon gagah tapi tiada yang sudi memetik & akhirnya bertaburan di atas bumi.
      Macam ada maksud tersirat pulak dalam lirik lagu tu. Saya suka lagu dulu-dulu indah liriknya

      Delete
  4. Pantai Timur Ada kuih bunga tanjung biasanya muncul bulan puasa tapi Tak penah mkn.sauur kailan ni emak2 je yg suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul la... Baru tringat pernah sekali beli dan makan. Tapi rasanya yang saya beli tu buah tanjung namnya bulat bujur & rasa manis melekat..

      Mak-mak memang suka la sayur rangup macam ni.

      Delete
  5. Saya pun terkenang pokok bunga tanjung yang rendang di tepi jalan berhampiran rumah makcik, tempat saya tunggu bas sekolah. Sementara menunggu bas datang, kami panjat pokok tanjung dan petik buahnya yang sudah masak. Kami makan. Merasa jugalah mengutip bunga tanjung yang kecil-kecil dan sangat wangi itu, dijadikan gelang. Sekarang masih boleh melihat bunga tanjung tapi hanya ditaman, dan sedikit di tepi jalan. Buahnya pula, walaupun sudah masak merah tak ada orang sudi petik. Agaknya orang tak tahu buah tanjung boleh dimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah....
      Buah tanjung boleh makan yer cikgu. Saya ingatkan kuih buah tanjung sahaja yang boleh makan. Kat tempat kerja saya sekrang memang ada pokok tanjung & selalu juga berbuah.Bila masak warnanya oren. Saya pernah terdetikbuhanya baoleh dimakan sebab nampak ada tupai makan. Bau buah tu juga seakan bau buah ciku. Nak try makan lah nanti

      Delete