Friday, 6 November 2020

CUCUR JAWA

 Antara kuih yang tidak memerlukan banyak bahan untuk dibuat. Hanya tepung beras, tepung gandum, gula, sikit garam & air. Tidak, memerlukan sebarang acuan tetapi mempunyai bentuk & rupa yang sekata. 


Kuih ni kami panggil Cucur Jawa. Tidak tahu kenapa dipanggil Cucur Jawa. Cuma seingat saya Mak Tah, Mak Lang & Long saya memanggilnya sebagai Cucur Tuang. Alasannya kerana kuih ini dibuat dengan cara menuang adunan tepung ke dalam minyak panas. Seingat saya juga Cucur Jawa atau Cucur Tuang ni dulu-dulu hanya akan dibuat oleh emak saya jika emak memasak Kuih Karas. Baki adunan yang sudah tinggal sedikit biasanya tidak sesuai lagi untuk "diayak" menjadi kuih karas itulah yang diubah suai menjadi Cucur Jawa ini. 
Emak saya pandai membuat Kuih Karas, tetapi ini merupakan antara kuih yang saya langsung tidak pernah mencuba. Sebaliknya Cucur Jawa ini saya sudah belajar menyediakannya sejak umur belasan tahun

Saya masak Cucur Jawa ini beberapa hari lepas  bersama sarapan Nasi Goreng. Sebabnya lepas makan nasi goreng rasa pulak nak makan kuih manis. Selalunya saya sediakan  batter Cucur Jawa ni  pada waktu malam, jika hendak dimasak waktu pagi. Jika hendak makan waktu petang saya akan sedikan bancuhan  waktu pagi. Tujuannya dibiarkan beberapa jam supaya kuih lembut & gebu dengan urat-urat yang cantik dalam kuih. 
Tetapi kali ini saya terus sahaja masak tanpa peram bancuhannya. Hasilnya tetap menjadi, tetapi bancuhan yang diperam juga pada saya lebih baik hasilnya



RESIPI CUCUR JAWA

1cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula perang
1/2 caran gula putih
1 1/4 cawan air suam
sikit garam
minyak masak

1. Campur dua2 tepung dan gaul dengan garam dan dua2 jenis gula.
2. Bancuh dengan air suam sikit demi sikit hingga sebati
3. Biarkan semalaman atau beberapa jam supaya kembang
4.Panaskan 1/2 cawan minyak hingga panas dalam kuali yang dalam
5. Perlahankan api bila minyak sudah panas.
Tuang sesenduk adunan & ia akan membentuk seperti ropol sekeliling kuih,
Biar garing & terbalikkan.Toskan minyak & siap...


9 comments:

  1. Jangankan kuih karas, cucur jawa pun sy tak pnah buat, belum ada hati barangkali. Tak tahulah kenapa orang jawa yg dapat claim nama kuih ni, hihi.

    ReplyDelete
  2. Tak payahlah bersusah payah membuat ya SK jika ada orang menjualnya & jika mampu membelinya. Kalau beli boleh terus makan & ada banyak pilihan untuk membeli.. 🤭
    Saya pun tidak tahu kenapa Jawa yang dapat nama. Apapun kuih ni memang sedap pada tekak saya.

    ReplyDelete
  3. Salaam Banyak Kali Coba take pernah jadi. Flat. Tak dapat spaceship punya shape .

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Kadang adunan tu sudah betul G. Mungkin suhu minyak juga memainkan peranan. Kalau terlalu panas tidak jadi ropol. Kalau tidak panas, tidak kembunglah pula. Penyelesaian terbaik,beli sahaja lah.. Lagipun kalau beli boleh control makan.. Makan tak banyak. Hee

      Delete
    2. Dulu time, very rare to get. So kena buat sendiri. Now dah jauh...takdapat nak membeli.,

      Delete
  4. Banyak betul nama cucur Jawa ni kan... ada orang panggil topi mexico juga. Di Sabah, dipanggil kuih penjaram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cikgu.. Baru baca..
      Owh, di Sabah dipanggil penjaram yer.. Ingatkan penjaram tu kuih peniram

      Delete
  5. Sukamakan, belum pernah buat lagi... Tgk resepi cam senang tapi cikbunga plak tak senang 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahan x banyak cikbunga... In sah allah menjadi

      Delete