Semalam dah cerita pasal buah perah. Ni sambungan pasal Jeruk Buah Perah pula.
Perit Lembu Masak Lemak Cili Api + Jeruk Buah Perah.Sedap pada tekak saya. Tapi seperti biasalah makanan exotic ni biasanya saya syok sendiri mamakannya. Anak-anak tiadak sudi menyentuhnya. Nama sahaja perut lembu pun mereka sudah menggeleng kepala. Tambah lagi buah perah. Memang tidak lah jawapannya..
Masak Lemak Cili Api Perut + Jeruk Buah Perah ni cukup rasa lemak pedasnya pada deria rasa saya. Perut lembu tu baki perut lembu qurban yang membeku didalam freezer. Emak saya sudah siap proses membersihkan & siap merebus sebelum saya bawa balik KL.Walaupun saya peminat makanan exotic tetapi untuk mencuci perut lembu tu.. Heeeee belum lah rajin. Saya memang tahu proses mencucinya tetapi sebab sudah tahu emak akan lakukannya, memang saya lepas tangan lah. Agaknya, itulah sebab kadang-kadang saya mendapat balasannya.. Hihihi
Saya ada post gambar ini by whatsApp kepada Apul yang banyak membantu saya mendapatkan buah perah ini.
Nak hantar untuk dia rasa, huh bukan dekat & bukan kenal pun. Hanya berurusan untuk dapatlan buah perah ni sahaja. Cuma saya nak bagitahu buah perah ini juga sedap dijadikan lauk.
PERUT LEMBU MASAK LEMAK CILI API + JERUK BUAH PERAH1/2 kg perut lembu siap direbus
20 biji jeruk buah perah
1 asam keping
1 kotak kecil santan
2 helai daun limau purut
1 batang serai-ketuk
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
Bahan Tumbuk:
20 cili padi merah vietnam
1 ketul kunyit
2 bawang merah
1. Masukkan perut lembu rebus, bahan tumbuk & 2 cawan air & masak hingga mendidih
2. Tambah jeruk buah perah, asam keping, garam, gula & serai. Bila mendidih lagi baru masukkan santan pekat d daun limau purut.
3.Perlahankan api & masak perlahan hingga nampak agak pekat & sesuaikan rasanya. (apabila sejuk kuah akan semakin pekat.)
lama tak makan lauk ni, sedapnyaaa
ReplyDeletePerut pun ramai juga peminatnya kan Syaz
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAduh, tentu pedas berdesing kuah masak lemak ni kalau guna cili padi merah vietnam tu.
ReplyDeleteMasa remaja dulu sy pun Tak berapa makan perut lembu, tapi skrg, kecil tapak tangan perut kutadahkan, hihi
Memeang pedas berdesing SK
DeleteTapi dah balance ngan lemak masam, kurang skit pedasnya
Adeeehhhh! Sesungguhnya perut lembu masak lemak cili api ini salah satu menu favorit! Uwaaaa... jamu mata sajalah!
ReplyDeleteKita yang dah mak-mak ni suka jer kan cikgu. Bebudak sekarang mereka ada pilihan untuk tidak mahu mencuba
DeleteSedapnyaaa... ni kalau makan, mau berulang nasi... aunty tak pernah lagi masak dan jumpa buah perah ni... nampak menarik..
ReplyDeleteLin, jangan beraunty lagi, lin.. Nanti saya perasan muda hihihi.
DeleteBuah perah ni jarang dijual terbuka kecuali di Pahang memang ramai peminatnya.
Perut lembu fresh
ReplyDeletemasak serai ratah je sepoyok.juadah peberet hariraya biasanya 5,6 kg tuk ratah je
Uihs.... Jadi juadah raya yer.. Mesti jadi rebutan tu. Rare
DeleteKalau perut lembu tempatan,
ReplyDeletemasak hitam2 gitu aje .
Betul WP. Saya selalu juga nampak kalau Javanese memang masak hitam-hitam gitu katanya lebih sedap. Teringin nak cuba tapi tidak pandai cara prosesnya macam tu
DeleteAduh sedap bak hang ni...😋😋😋😋
ReplyDeleteSedap kan perut lembu. Rugi siapa yang tidak mahu mrncuba.. Hihihi
DeleteSedap perut lembu.. saya jawa, perut lembu masak sambal tahun (mcm masak lemak, tapi guna banyak lengkuas n cili padi) pedas berdesing.. hihihi. Dari kecik memang dah pandai mkn perut lembu. Kami jawa tapi xpernah lagi makan kulit lembu yg hitam² tu sebab mak sy mesti basuh perut lembu tu bersih² sampai putih. Basuh guna kapur makan je kak.. then kene kikis bersih² semua hitam² tu. Tp mcm akak juga, kalau sy pun mcm tak sanggup nak proses sendri..hahaha
ReplyDeleteCikjaja,
DeleteSaya pernah tengok sambah tawon tu tetapi belum pernah cuba masak. Nampak macam sangat menarik, lebih-lebih lagi yang guna belulang kulit lembu tu.
Perut hitam tu ada peminatnya tersendiri. Ada yang suka perut putih, ada yang suka perut hitam. Bab memproses tu, belum la lagi rajin... Hihihi
Akak dgn anak2 suka perut lembu ni tapi suami memang taklah menyentuhnya.2 hari lepas ada nampak org jual ,dah putih bersih ,bila tengok resepi makcella ni menyesal pulak tak beli...hihii.
ReplyDeleteKan kak..
DeleteKita mak-mak kadang nak masak makanan kesukaan kita fikir juga ada yang tidak suka nak kena masak lauk lain pula. Tapi sesekali dah jumpa, grab sahaja.Masak sardin sahaja untuk mereka, kita makan perut masak lemak.. Biar mereka nyesal tidak makan perut. Hahahaha