Antara lauk yang selalu sangat mak aku masak...
Dua ekor ikan kembung ..
1 untuk aku....1 untuk mak aku...
Yang bulat-bulat hijau tu mak aku kata Terung Bulat..
Haaaa...yang tu aku x makan...
Mak aku jer yang makan...
Tapi ikan dengan kuah tu...
Haaaa...lalalala...sedap do..!!!
Asam Pedas ni p[un aku dah banyak kali post entrinya...
Antaranya
Asam Pedas Ikan Kembung Dengan Belimbing Buluh KAT SINI..
Asam Pedas Ikan Pari KAT SINI...
Asam Pedas Ayam KAT SINI...
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG + TERUNG BULAT
2 ekor ikan kembung
20 cili kering
1 kunyit segar
sikit lengkuas
5 bawang putih-bawang putih
1 bawang besar
sikit belacan
1 biji terung bulat
2 asam keping - boleh juga asam jawa
garam,sikit gula
Daun Kesum @ bunga kantan
1/4 cawan minyak.
1. Rebus dulu cili kering.
2. Blend cili kering dengan belacan,bawang besar,bawang putih,lengkuas & kunyit.Blend sampai halus
3. Panaskan agak2 la 1/4 cawan minyak & tumis bahan yang dah blend sampai garing dan naik minyak
4. Masukkan air agak2 dalam 2 cawan dan terung & biar sampai 1/2 masak baru masukkan ikan supaya ikan tidak hancur
5. Masukkan air asam jawa cair @ 2 keping asam keping,belimbing buluh,garam,sikit gula..Kalau x guna air asam jawa..
6. Biar mendidih hingga ikan masak & terung lembut
7. Sebelum angkat baru masukkan daun kesum supaya timbul bau asam pedas tu...
**** Jikan guna terung ...biar terung empuk dahulu sebelum masukkan asam ...
Ini kerana jika masukkan asam dahulu..terung tidak akan empuk dengan gebu kerana asam akan menyebabkan terung jadi liat...
TETAPI jika guna kacang bendi...masukkan asan terlebih dahulu dan biar hingga kuah mendidih.Ini kerana asam akan mengurangkan ledir kacang
Haaa...mak aku kalau masak memang akan siap bagi tips sekali ...
Tapi selalunya aku angguk jer...tapi aku x amik pot sangat ..hehehee
Syyyy..jangan cakap ngan mak aku tau...
No comments:
Post a Comment