My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 27 October 2026

BUAT KETUPAT PALAS RENDANG AYAM CILI KAMPUNG



Weekend kelmarin saya buat ketupat palas.Dah lama teringin nak makan ketupat palas.Tiap kali balik kampung,pasti adik  jantan sorang tu akan ambilkan seberkas daun palas(pucuk palas) untuk zaya bawa balik KL.Tapi dari 10 kali bawa balik kadang hanya sekali jadi ketupat.Selwbih ya dalam banyak keadaan daun terbiar kering.Bukan susah sangat nak buat tapi nai cari mud dan kerajinan tu yang payah.hihihj


Hari minggu Ahad,bangun sesubuh pagi,rumah saya dah beraroma hari raya....


Saya buat ketupat palas...Dapat dalam 50 biji 



Mangaron santan dan pulut.



Daun palasnya banyak jer..Tapi tak.rajin nak buat bebanyak...Buat sekilo pulut sahaja...


Dah kering dah pangkal daun palas tu



Dapatlah lebih kurang 2½kg ketupat siap masak.
Lebih kirang 50 pcs.
Bilangan ketupat tu bergantung kepada saiz.
saya buat saiz sedang-sedang.Saya juga balut ketupat tu Kelantan style...Beberapa tahun kebelakangan ni saya lebih suka balut ketupat cara Kelantan.Rasa macam lebih mudah dan lebih kemas.Kalau balut Kedah style kadang saya tak pandai nak seimbangkan bucu kiri dan  kanan tu..Rasanya skill balut ketupat Kedah dah makin menipis dek kebiasaan dok balut Kelantan stlye...hihihi..
Untuk dapatkan 2.5kg ketupat ni 
Modalnya:
1 kg pulut...
½ kg santan pekat tanpa air
½kg air(+-2 cawan)
1 sudu garam & 1 sudu gula
1 helai pandan

Pulut tu Achik bagi 5kg pulut Siam masa balik Cuti Merdeka.Achik beli kat Padang Besar 


Sebenarnya sebelum masak ketupat..Saya dah siap "buka" daun palas sejak hari Sabtu .Buka tu mean kembangkan daun pucuk palas yang masih kuncup..gulung-gulungkan dan buat kelongsong yang kosong supaya daun kembang dan mudah nak isi pulut.

Baru ni saya ada nampak sorang Youtuber / tiktoker Siam dari Sik buat ketupat palas guna daun palas hijau tapi yang masih agak muda.Nampak macam best senang nak balut sebab dah sedia kembang.Nanti kalau balik kampung lagi nak try guna daun palas kembang tu tengok apa hasilnya..

Asal plan nak buat ketupat ni hari Sabtu tapi Sabtu ada urusan di tempat kerja hingga tengahari..Nasib baik juga sempat sampai pasar sebelum pasar tutup.Dapat la veli santan segar.Nak buat ketupat palas ni kena guna santa. segar.Kalau santan kotak dia tak pecah minyak & rasanya juga lain.

Kalau ada yang nak rujuk resipi dan cara buat boleh KLICK SINI....


Pepagi semalam seusai mandi & subuh...sekitar 6.20 saya dah merendang ayam.



Sekor ayam agak besar lebih kurang 3kg juga berat.Sebabnya masa singgah pasar nak beli santan  hari Sabtu dah menjelang tengahari..Yang tinggal hanya ayam yang oversize jer...ambil juga sekor.



Semangkuk cili padi..Saya tambah dengan cili kampung dari kebunan tempat kerja...Huii...kemahen pedas melahar


Bahan kisar pertama....bawang bawangan,lengkuas,serai & halia.
Patutnya masuk kunyit bersama..Tapi saya sayang blender takut kuning.Maka saya guna serbuk kunyit sahaja & masukkan kemudian.


Cili padi kisar.Agak banyak penggunaan cili padi.Hampir penuh blender...



Dah tambah kunyit....
Biar mendidih bagi kering sikit & bagi cili tu masak 




Sekor ayam tapi berat 3kg macam 2 ekor jugaklah kiranga...


Bila masuk ayam....jus ayam keluar menjadikan kuah kembali cair


Dah bak kering + daun kunyit & biar mendidih perlahan hingga naik minyak
Untuk rendang ayam cili padi ni boleh rujuk resipi & cara masak KAT SINI....


Kuali berebut space  atas dapur..Telinga kuali tak boleh nak letak elok ...kena senget benget baru boleh muat...hihihi
Yang sebelah tu tengah jerang santan untuk ketupat..



Minyak berladung....sebab guna santan fresh yang dah beku.Masukkan sekejapan sahaja dah pecah minyak...Kelebihan masak rendang guna santan segar yang pekat membuatkan rendang cepat pecah minyak tanpa perlu tumis..Itu yang dinamakan rendang.Maksudnya masak dengan santan hingga naik minyak.Selain tu rwndang menggunakan santan segar lebih sedap kerana ada lemak manis aslinya..Tapi kalau takda stok santan segar,saya guna sahaja santan kotak.Cuma bahan kisar kena tumis supaya nanti naik minyak.Nak harap santan kotak tu pecah minyak lambert lagi....hihihi




Skil buat ketupat palas masih ada.Rasa ketupat palas ni pun kalau bagi mak rasa..masih lulus.Cuma bab balut ketupat palas versi utara skil dah makin hilang..🤭




Nampak Adah tengah makan snap la sekali lalu...hihihi
Alhamdulillah ketupat air tangans aya masih ada rasa macam air tangan mak walau tak sepenuhnya..Ketupatnya kenyal ,padat dan sedaging kata orang tua-tua ...



Saya panjangkan sikit kepada jiran dua orang  bujang terlajak sebelah rumah ni..Dah lama tak merasa masakan depa.Dulu depa rajin masak masak & dapatlah merasa air tangan depa.Tapi sejak salah seorang dari depa diuji kesihatan,tak dengar lagi dah depa menumbuk cili dan tak dapat  cium lagi aroma masakan depa.Cuma sesekali jika ada bunyi suara mereka dinluar rumah,sesekali saya tinjau melalui cctv & nampak salah sorang  menyorong wheelchair rakannya.Tahulah saya  mereka nak ke pusat dialisis.Sebelum ni ada beberapa kali bertanya khabar mereka..Satu perkara yang saya nampak dari persahabatan mereka berdua bahawa masih ada insan berhati mulia,sanggup menjaga dan merawat rakan serumah yang sakit walaupun bukan darah daging.Menyaksikan persahabatan mereka duduk menyewa serumah  sekian lama dari sihat hingga diuji kesihatan..Masya Allah...semoga Allah kirniakan kesembuhan dan mudahkan urusan  mereka.
Begitu juga dengan mak saya nun jauh di Kedah...Semoga Allah kurniakan kesembuhan kepada mak dan mudahkan urusan Achik..Amiinn....


Monday, 26 October 2026

KEMBALI TERANG TANPA JEREBU



View minggu lepas.....
Pemandangan pergi dan balik ketja berjerebu...



Setiap hari IPU memang   atas paras 150.  Kualiti udara tidak sihat..Pernah cecah 200 hingga memaksa penutupan sekolah  selama dua hari  seluruh KL,Putrajaya dan beberapa negeri lain..


Bukan asap kenderaan tetapi asap jerebu 



Alhamdulillah...
Pagi 25 Oktober..walau langit mendung hitam tapi jerebu sudah menghilang.Mungkin asbab hujan yang agak panjang dari petang membawa ke subuh hari minggu..
Semoga  Allah lindung  agama,bangsa dan negara kita...dijauhkan dari segala bencana dan perkara yang tak diingini
 

Friday, 23 October 2026

MASAK ISI AYAM KICAP UNTUK SARAH & SAMBAL SOTONG PENUH TELUR

Masak Kicap Isi Ayam untuk bekal Sarah.Nak kasi nampak colourfull...saya tambahkan capsicum merah dan buah tomato masak pula untuk rasa umami dan sedikit masam.Hijau tu pula taburan daun sup cincang.

Masak campak campak sahaja..

MASAK KICAP ISI AYAM
isi ayam-dadu
capsicum-dadu
tomato-dadu
bawang bawangan & halia-cincang
minyak,garam,kicap daun sup

1. Panaskan sesudu minyak dan tumis bawangan + halia cincang.
2. Masukkan capsicum dan tomato.
3. Bila layu masukkan isi ayam & 1 cawan air.
4. Tambha sikit kicap untuk warna & sesuaikan rasa.


Saya juga masak sambal sotong .Sotong ni kegemaran anak anak perempuan tapi lauk ni saya sangat jarang masak.

Bebaru ni masa balik ziarah mak tu ada saya masakkkan sambal sotong  dan kari ikan,ikan goreng dan ayam goreng serta ulam dan cabai tumbuk .Kemain suka Cella dapat makan sambal sotong sekor-sekor yang penuh buncit buncit semua penuh telur.
Kata Cella nanti balik KL nak suruh masak lagi sambal sotong.


Maka itu antara sebab masak sambal sotong ni..Sambal tumis adalah antara jenis .asakan yang menjadi kesukaan isi rumah ini.Gunalah apapun..asalkn sambal tumis,in sha Allah laku keras..Daging,ayam,ikan,udang,sotong,sardin,telur,bilis,tauhu,terung dan apa sahaja ..Beli sotong kali ni pun Alhamdulillah penuh telur.Agaknya memang musim sotong bertelur kot...




Wednesday, 21 October 2026

HARI NI MASAK KARI IKAN + TELUR & SINGGANG IKAN

Pagi ni saya masak kari ikan+telur...Bukan telur ikan tapi telur ayam.Sebabnya ayam takda stok...Anak jantan tu tak makan ikan...Masuk jerlah telur..hihihihi..



Merah menyala kari ikan saya.Saya guna serbuk kari ikan Baba's yang ada line merah tu. Pastu + pulak serbuk cili....Haaaa metah menyala..

Masak kari ikan kembung jer. Itupun saya kerat dua sebab ikannya besar .Bahagian kepala saya masak kari,manakala bahagian ekor saya goreng.Cukuplah untuk sekali makan..
Semalam balik kerja beli sekilo ikan kembung borek atau disebut juga ikan mabong ke apa entah.Nampak ikan nya segar jernih dan pejal.Sekilo RM22.00.Beli juga bendi sebungkus.Dah plan nanti nak masak kari ikan+bendi ni.Telir tu sekadar sampingan kot anak jantan tu nak makan nasi kat rumah.Selalunya dia banyak makan kat tempat kerja jer.


KARI IKAN
½ kg ikan kembung  -apa-apa ikan
10 cili padi
1 biji tomato masak
15 batang bendi
2 asam keping
4 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
¾ cawan serbuk kari ikan

¼ cawan serbuk cili
½ cawan minyak
garam secukup rasa

bahan tumis:
3 bawang merah hiris
3 bawang putih hiris
1 sudu teh halba campur
1 tangkai daun kari

1. Panaskan minyak & tumis bahan tumis

2. Masukkan serbuk kari & serbuk cili.+ 2 cawan air & biar mendidih hingga naik minyak

3. Masukka  ikan,asam keping dan garam.


4. .Masukkan santan cair dan biar mendidih baru masukkan bendi & tomato

5. Tambah santan pekat & biar mendidih perlahan hingga kuah naik minyak.

6. Sesuaikan rasa.

** Saya tambah telur rebus



Lauk Sarah...saya masak singgang ikan kembung...Ikan ya saya kerat buang kepala dan ekornya. Jadilah ikan kembung kontot tanpa kepa dan tanpa ekor...Senang pengasuh ya nak bagi makan dah tak banyak tulang.Hanya tinggal tulang tengah sahaja.Sarah suka lauk berkuah yang dia sebut sup.Kalau makan nak hirup kuah.Semalam saya buatkan isi ayam masak kicap cair-cair je.Maghrib semalam nampak mummy dia suap nasi lauk telur dadar.Masa makan Sarah dok buat bunyi "slrup...slrup...!"...Bila tanya bunyi apa tu?
Katanya bunyi sup!
Hahaa....takda sup...dia boleh makan sambil bayangkan hirup sup!

Maka hari ni lauk singgang ikan ni..bolehlah Sarah hirup puas-puas..Ada rasa sikit masin dan sikit masam dari buah tomato tu..

SINGGANG IKAN UNTUK KANAK-KANAK

2 ketul ikan
½ buah tomato masak(dafu)
2 batang bendi(kerat pendek)
garam,perisa cendawan
sikit minyak & sikit serbuk kunyit
1 sudu bawang ,garlic & halia- cincang

1. Panaskan 1 audu makan minyak & tumis bebawang & halia cincang sampai naik bauk

2. Masukkan tomato & biar lembut baru masukkan 2 cawan air.Perisakan

3. Bila mendidih,masukkan bendi dan ikan biar hingga ikan masak & bendi lembut.

4. Sesuaikan rasa 

**Kadang masakan singgang ni saya gantikan dengan bayam atau sayuran hijau yang lain.


Ikan goreng tu saja gunakan bahagian ekor sahaja.Empat bahagian kepala saya masak kari.Bahagian ekor goreng..Kalau ikan dikerat macam ni biasanya anak-anak pakat pilih ekor ssbab bahagian kepala banyak tulang.Yang seketul kontot tu  untuk Sarah.Walaupun dah ada dua ketul ikan daam singgang...tapi ikan singgang kan tawar jer...kot dia nak makan ikan goreng.Yang lain kalau taknak ikan goreng,gorenglah sendiri nak telir mata ke telir s
dadarkan untuk digukan dengan kari.
Dulu zaman anak² sekolah sekali bi telir hanya 10


Wajib ada telur rebus untuk Sarah sarapan..Saya rebus 4 biji telur.Tiga masukkan dalam kari...sebiji lagi untuk Sarah sarapan
 

Tuesday, 20 October 2026

MASAK SAMBAL DAGING + KENTANG

Gambar dalam kuali ..Semalam saya masak Sambal Daging + Kentang.
Daging beli masa balik Kedah ziarah mak patah tangan.
Tiap kali balik Kedah,saya akan beli 4kg daging + samaada paru atau tulang atau perut.Sepanjang jalan Pendang ke Tanah Merah memang ada beberapa gerai menjual daging lembu segar yang baharu disembelih dengan harga RM100 untuk 4kg.Tetapi sebenarnya kena pilih daging 3kg & sekilo lagi kena pilih untuk ambil tulang,perut atau organ dalaman yang lain.Tak boleh ambil 4kg tu semuanya daging.Selalunya saya ambil 3kg daging & 1kg paru.Tapi kali ni masa sampai getai daging dah agak tengahari.Paru dah habis..Maka saya ambil 3kg daging & 1kg perut campur.


Ni saya masak rak sampai 1kg pun daging Daripada 3kg daging tu saya bahagikan 4 bekas.Sebekas untuk sekali masak.



Campurkan dengan kentang.Selain kentang ni digemari isi rumah....kentang juga membanyakkan isi kuali tu🤭.Maklumlah dagingnya tak sampai sekilo pun.Makn pulak tidak serentak.Siapa nak makan dulu & siapa balik kerja dulu makan duluan.


Seperti biasa u tuk sambal daging saya akan masukkan bahan rahsia yang dah tak rahsia  iaitu serbuk kunyit🤭


SAMBAL DAGING
1 kg daging(+-) hiris
Minyak,garam,gula

Bahan Blend:
30 cili kering
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul kunyit
(sebab sayang blender takut kuning
saya hanya guna serbuk kunyit .Itupun lepas dah kisar cili dan bawang saya tuang dalam mangkuk baru + 1 sudu makan serbuk kunyit dan gaul rata)🤭

1. Panaskan 1 cawan minyak dan biar betul betul panas .

2. Tumiskan daging & biar jangan dikacau.Bila agak² bawahnya sedikit garing baru dikacau.


.JANGAN LETAK GARAM..daging tu kosong tau supaya cepat masak dan tidak keras.

3. Bila daging dah berubah warna masukkan 1 cawan air dan tutup kuali.Biar mendidih perlahan hingga kuah surut dan daging lembut.Jika oerlu tambah lagi air

4. Bila daging sudah agak  lembut,masukkan bahan kisar dan perisakan .

5. Masak hingga naik minyak dan sesuaikan rasa

.


Makan sebelum maghrib...Nasib baik balik tengok ada lagi lauk ni...Kalau tidak jadi batu balh batu bertangkup...!🤭
Ada berbaki sedikit lagi untuk saya..


Terus sendukkan nasi dan makan..

Sambal daging,bila letak kunyit,bau dia menyelerakan.Bila gaul dengan nasi nampak warna lebih menarik..merah keemasan...

 




 

Monday, 19 October 2026

BUAT DONAT SUSU & DONAT GULA

 Sudah agak lama tidak mendonat.Tetiba tekak rasa teringin pulak nak makan donat.Kebetulansaya tidak ke mana-mana.Naik rumah  balik kerja oetang hari Jumaat hingga petang hari Ahad masih belum pijak bumi.Kadang naik kayangan hari Jumaat..Isnin pagi la baru kembali ke bumi

Buat donat klasik atau kita sebut donat gula..
Seperti biasa saya lebih suka guna gula caster berbanding gula icing atau gula yang dikisar/blend.Kalau gula icing/gula kisar bila sadur nampak berbedak cantik bersalju tapi gulanya mudah cairdan melekit pada kuih.Kalau guna gula caster,biji biji gulanyang halus berkristal nampak cantik dan tahan tidak melengas..




Saya juga sadur dengan susu tepung menjadi  donat susu yang pernah viral tahun lepas kalau tak silap..Kalau kat luar boleh tahan juga harga donat susu ni...
Seperkara lagi tentang donat ni...selain menggunakan susu tepung untuk sadur donat susu ni ..saya memang menggunakan susu tepung dalam resipi donat saya.Kalau semak old post memang resipi donat saya menggunakan susu tepung sebagai salah satu bahan.Kalau takda susu tepung memang saya akan tangguh buat donat sehingga ada stok susu tepung Susu tepung pula saya hanya memilih susu tepung jenama Every Day.Pada saya susu tepung ni yang paling sedap berlemak.Nak buat biskut raya ke mesti nak brand ni..Waima nak minum susu panas pun saya paling sukan susu telung brand ni.Apapun ini selera tekak saya..Lain orang mungkin lain citarasanya..

Saya share juga resipi donat yang saya buat ni.Saya copy je dari old poat tepek sini.


RESIPI DONAT
1/2 kg tepung gandum
1/2 pkt mauripan
sikit garam
2 sudu gula
2 sudu margerine
2 sudu susu tepung
1 cawan air suam

Hiasan:
Gula caster/ gula icing

1. Campur semua bahan untuk dough iaitu tepung,mauripan,susu,gula,garam,margerine & gaul rata.

2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli.Air kena ikut sesuai..Jika dah cukup lembut  tak perlu habiskan.Jika x cukup lembut,tambah sedikit lagi air

3. Canai & terapkan dengan acuan.Jika tiada acuan boleh guna mulut gelas & lubangkan tengahnya dengan jari telunjuk.

4. Tabur tepung dalam dulang baru letakkan donut yang dah dibentuk.

5. Biar lebih kurang 1/2 jam hingga dough kembang.

6. Panaskan minyak yang banyak dengan api perlaan & goreng donut hingga garing.


7.Golekkan dalam gula caster @ kalau guna gula icing ayakkan atas donut.

8. Untuk donat susu..sadurkan dengan susu tepung yang dicampur sedikit gula icing..





Donat yang siap diterap..Saya terap guna mulut gelas sahaja untuk dapatkan bentuk bulat yang sama saiz.Lubang tengahnya just tekan dengan jari telunjuk....hihihi
Bukan takda acuan donut tapi nak jiga guna mulut gelas tu...hihihi



Saya gelek dan suaun dough donat ni atas kertas nasi lemak.Kertas nasi lemak ni memang saya ada stok kat rumah.Buat bungkus makanan...buat alas makanan macam ni pun senang..tak payah nak guna dulang bagai...hibihi




Walaupun dah buat donat ..rasa manis berlemak susu bagai...tekak ni mengada nak makanan yang savoury pulak...Buat la nasi goreng bodo,...rencahkan dengan baki sambal bilis petai semalamnya tu....



Sunday, 18 October 2026

SAMBAL BILIS + PETAI HIRIS

 Selamat berhujung minggu bagi negeri-negeri yang cuti Sabtu Ahad & selamat memulakan awal minggu bagi yang bercuti hari Jumaat & Sabtu...

Semalam saya tanya chatgpt tentang jerebu..Sekali chatgpt tanya saya"awak ni sebenarnya bekerja di Kedah ke di Kuala Lumpur?"

Hahaha..chatgpt pun bingung sekejap.Agaknya sebab kadang tanya tentang Kedah..kejap tanya tentang KL...heeee


Semalam saya masak sambal ikan bilis+ petai hiris..Dinamakan petai hiris sebab biji mata petai tu saya hiris-hiris dulu sebelum dijadikan sambal.Biasanya biji petai dibiarkan sebiji-sebini tapi kali ni setiap biji petai saya hiris kepada empah slices..Nampak la meriah sikit..hihihi


Petai ni beli merentas negeri..hihihi
Beberapa hari lepas iaitu hari Isnin ketika OTW balik dari ziarah mak patah tangan tu..Saya & Cella bertolak dari Kedah pukul 1.30 tengahari.Singgah R&R Tapah lebih kurang 4.30 petang,Cella nak ke toilet..Saya tak turun pun,hanya duduk dalam kereta sementara Cella ke toilet.Tetiba di kejauhan lorong parkir menuju toilet tu mata ternampak orang berjual beli petai.Terus call Cella minta dia tengok,kalau agak patut dan padan beli la petai tu.Bab memebeli petai ni Cella dah biasa sejak zaman sekolah selalu beli petai sebab dia peminat petai.
Jadi saya memang percaya saja kepada dia untuk menilai petai yg sesuai diabeli atau sebaliknya..


Ini la rupa petai tu yang dah menginap 5h4m dalam peti ais..Nak masak masa weekday macam tak selesa nak makan ...Tunggu weekend baru masak..selesa sikit nak makan.Lepas makan minum kopi O buat penyerap aroma🤭





Gambar kat dapur agak gelap.Maklumlah takda cahaya...diliputi jerebu..hihihi
Kali ni,petai tu saya gandingkan dengan bilis sahaja.Bukan sebab tiada udang tetapi tekak teringin nak makan sambal petai dan bilis ninkerana teringat nostalgia dulu-dulu.Dulu kami tak pernah masak petai dengan udang.Hanya masak sambal petai bersama bilis.Cabai kering dan bawang digiling menggunakan batu penggiling.
Dulu zaman kanak-kanak ,kalau dapat makan sambal petai,sangat nikmat sebab jarang dapat makan petai.Kami tiada pokok petai,tapi tokwan ada beberapa batang  pokok petai besar tapi jarang berbuah.Kalau berbuah pun orang lain yang dapat hasilnya.

Bila dah pindah ke tanah mak sendiri,rezeki makin melimpah.Benarlah hijrah itu membawa kebaikan...Pokok petai di tanah mak berbuah.Kemudian,ayah pula mengambil langkah menanam  lebih 10 batang pokok petai.Sejak pokok petai tu berbuah boleh katakan kami mewah makan petai.Kalau perasan dalam posting-posting zaman Cella,kakak dan abangnya masih sekolah,kami kerap balik kampung & kebanyakan masa kami balik ada jer pokok petai yang berbuah & pastinya ada menu  sambal petai !




Sungguh..!

Masa memasak sambal petai ni..baunya sahaja membawa saya  hanyut bersama memori zaman silam.Memasak sambil mendengar Radio klasik bagai berada di zaman kanak-,kanak dan zaman remaja.Tambah lagi kalau DJ pula Azlan Omar..Pilihan lagu-lagunya sangat kena dengan jiwa saya.. Melakukan kerja dapur sambil mendengar radio klasik merupakan salah satu kebahagiaan saya.Mungkin kerana sudah sabati sejak zaman remaja.Masa kami pindah rumah dari kampung lama ke rumah mak sekarang ni ,masa tu saya tingkata satu..awal remaja.Masa tu pulak rumah kami jauh dari rumah orang.Jiran-jiran jauh dan surau pun jauh masa tu.Jadi,bila waktu pagi mak ayah pergi kebun,saya hanya berteman radio memasak,membasuh pinggan mangkuk,menarah rumput dilahalaman rumah,menanm pokok bunga dan sewaktu dengannya.Malam pula selelepas maghrib adalah rutin membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah.Haaaa...masa ni saya curi-curi buka radio dengan volum yang paling rendah.Tak ada kerusi dan meja,saya hanya study sambil meniarap atas bantal tepi kelambu.Sorok radio bawah selimut letak tepi telinga..Kadang ayah masih boleh mengesan & memang kena marahlah.Kalau tak kena gaya ,ayah akan cabut bateri kering radio tu & sorokkan bateri atas alang runah Menderita teruks saya selagi tak dapat dengar radio tu kerana hanya radio itulah teman setia saya Dek keakraban itulah,sehingga kini boleh katakan semua lagu-lagu yang diputarkan oleh radio klasik saya masih bisa menyanyi bersama setiap kali lagu diputarkan..Dulu, mak mal larang anak gadis menyanyi di dapur.Katanya,nanti dapat suami tua.Tapi ternyata tidak berlaku kepada saya...hahahahSetiap lagu itu pula mempunyai cerita dan pastinya terbayang suasana dan apa aktiviti sedang dilakukan pada masa lampau.Itu yang kadang boleh berjam jam didapur tak sedar masa berlalu...hihihi



Ok...masa untuk reward myself🤭
Lauk ni kena ada ikan masin sikit baru best..Tapi saya malas nak goreng ikan masin.Sayang nak baukan rumah🤭
Masyaa Allah...rasa sambal ikan bilis petai ni saling tak tumpah macam sambal bilis petai yang saya bayangkan makan masa dulu-dulu!

Sebenarnya saya ada je masak satu lagi lauk nostalgia kenduri dulu-dulu..nanti kita cerita dalam next posting..hihihi







Saturday, 17 October 2026

NASI GORENG KANGKUNG & SCRAMBLE EGG

Pagi ni saya sarapan Nasi Goreng Kangkung .Juga sebiji telur mata serta secawan kopi O panas.



Nasi goreng tu versi Nasi Goreng Kampung.Kangkung tu sebagai ulamnya...jangan ada yang pelik pula tengok makan kangkung mentah..Kena cuba sebab bagi penggemar ulaman,ulam kangkung mentah ni sedap yerLagi pula kalau kangkung muda,segar dan organik



Ni Ni antara kangkung terakhir yang ada kat tepi sink dapur...Hari Rabu bawa balik seikat kangkung hasil kebunan tu..Dah lama plan nak petik kangkung ni tapi minggu ni memang bz dengan tugas hakiki yang  memerlukan fokus mental..Duduk berkurung mengadap laptop,kertas dan seteko teh panas air tangan Bayu..Walau berlima orang dalam bilik mesyuarat  yang dingin tapi tetap terasa juga bahang memerah otak dan memerlukan fokus dari pagi sampai petang 
Rupanya di luar sana rupanya Bayu menuai kangkung bersama rakan lain.
Bila nampak posting dalam group kerja,saya minta simpankan seikat untuk saya..
Balik rumah saya rendamkan dalam bekas berisi air supaya kekal segar dan letak tepi sinki dapur
Dapat 3 kali masak.Sekali saya masukkan dalam mihun gorwng,sekali lagi dalam nasi goreng dan  sedikit lagi bakinya saya +dalam nasi goreng dan jadikan ulam sarapan pagi ni..


Dah masuk hari ke-4 masih segar walau tidak masuk dalam peti sejuk.Hanya rwndam pangkalnya dalam bekas berisi air dan tukar setiap hari...Cara inilah juga yang digunakan dulu dulu  oleh emak  ketika kampung kami belum ada elektrik dan rumah belum ada peti ais..Sayur kangkung,maman,bayam,sawi di simpan macam ni untuk awet beberapa hari.Biasanya rendam dalam baldi atau besen letak kat pelantar rumah atau tepi telaga..



Sarapan sorang-sorang kerana yang lain-lain masing masing ada urusan....Nun  diluar rumah IPU  jerebu masih  ditahap tidak sihat sekitar 178 Tapi sayup sayup dengar guntur berdentum.Mungkinkah tanda akan turun hujan semulajdi atau mungkin juga hujan buatan untuk menanganj jerebu..



Tidak lama  kemudian Sarah berlarinkeluar dari bilik dengan suara nyaring memanggil tok mummy dan meminta nak makan telur..Selepas mandi bersama mummy nya,saya hidangkan roti bijirin ni bersama scramble egg...Suka vetul dia makan telur Masaklah scramble ke...dadar ke...atau rebus sahaja pun sudah cukup menyelerekannya...Alhamdulillah...