Thursday, 20 November 2025

TAHNIAH HAIKAL!

Tahniah untuk Haikal kerana sudah selesai pengajian & selamat menyertai bidang pekerjaan .

17 November 2025 Haikal telah ditempatkan di Negeri Selangor ..Isnin 17 November tu adalah hari Haikal melapor diri.Achik ,Pakcik..Anek & Aqil ...ikutbersama menghantar Haikal.Alhamdulillah,kerana  penempatannya di Selangor,bukan nun jauh di Borneo.. Achik dan Pakcik boleh menarik nafas  meninggalkan Haikal terbang memasuki alam pekerjaan.
In shaa Allah...


SURPRISE..!!!!
Sebagai meraikan Haikal....
Dari Tawau,Adah  titipkan penyejuk tekak ni untuk dinikmati beramai-ramai.
masa depa  datang malam tu  nak guna printer untuk print dan fotostat dokumen.
Untuk makluman depa semua menginap di hotel berdekatan.Hanya anek je tidur kat rumah makngah..Masa Haikal tengah siapkan dokumentu lah Adah  berwasap dengan Cella untuk order ice cream cake ni....untuk surprise Haikal



Tapi nampaknya Aqil yang paling happy🤣🤣...
BR ini berjaya mengubat  kesedihan nak berpisah dengan abangnya....


Kami pun tumpang la rezeki Haikal untuk sama -sama menyejukkan tekak.
Semoga Allah limpahkan rezeki dan mudahkan urusan untuk Adah dan juga semua anak anak yang lain dan juga anak-anak rakan-rakan di luar sana juga...
Selamat memulakan tugas Haikal..!




24 comments:

  1. sekejap je masa berlalu Haikal dah masuk alam pekerjaan...Aqil pun dah besar,duk rasa Aqil kecik lagi
    Tahniah Haikal moga menjadi seorang pendidik yang dedikasi dan disayangi oleh semua murid

    ReplyDelete
  2. Wah, nasib baik Haikal dapat kat Selangor jer. Lepas ni boleh panggil Cikgu Haikal. Mesti jadi cikgu kesayangan ni nanti. Sedapnya BR.

    ReplyDelete
  3. tahniah haikal.. selamat maju jaya dalam menempuh alam pekerjaan.. pakcik tumpang gembira 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pakcik blogger....pelapis pakcik ni...hehehe

      Delete
  4. Alhamdulillah..Tahniah Haikal...selamat menempuh alam pekerjaan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah Haikal! Kerja elok², esok² jgn lupa belanja makngah pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH...tak ada pun jasa makngah nak dibandingkan jasa ibu Haikal pada kami,,,huhuhu

      Delete
  6. Selamat memasuki alam pekerjaan. Tahniah!

    ReplyDelete
  7. Tahniah Haikal.
    Selamat menjalankan tugas, berbakti pada nusa, agama dan bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikgu....Dah jadi rakan sejawat cikgu la ni...hihihi

      Delete
  8. Uncle tumpang gumbira!
    Amboi! Dia punya peluk BR macam tak nak kongsi dengan orang!

    ReplyDelete
  9. Tahniah haikal... cikgu ke kak? ala kalau dpt borneo pun senang la kak nk melawat nnt... hehehe... complete dh sabah & sarawak 2-2 ada... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kakmim...tu la...saya suka ja kalau anak-anak dapat Borneo ,,Cuma jangan la yang pedalaman sangat,,,risau

      Delete
  10. Selamat mendidik anak bangsa.haikal...

    ReplyDelete
  11. Tahniah Haikal dapat penempatan di Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahamdulillah.....tak jauh pun ngan Makngah

      Delete