Sunday 15 October 2023

PERNAHKAH ANDA MENCUBA PENGAT CEMPEDAK?

Alhamdulillah,tahun ni Allah kurniakan kita semua rezeki musim buah-buahan yang agak panjang.Buah-buahan bermusim seperti durian,cempedak,manggis dan rambutan berpanjangan dengan harga yang sangat berpatutan.

Selain sedap dimakan segar,buah-buahan tempatan juga boleh dipelbagaikan menjadi aneka menu dari lauk pauk,kuih muih dan juga manisan yang lazat 


Dua hari lepas saya memasak salah satu pemanis mulut yang agak jarang dikenali iaitu  Pengat Cempedak..


Pengat Cempedak kalau kat kampung saya dikenali sebagai Serawa Cempedak.Semua jenis pengat pun dipanggil.serawa.


Pengat Cempadak boleh dimasak menggunakan cempedak segar dan juga Cempedak Kering.



Beginilah rupa Cempedak Kering.
Dulu mak saya rajin buat cempedak kering.Buah cempedak masak ranum yang tidak termakan,mak belah  buangkan bijinya dan jemur berhari-hari hingga kering.
Cempedak kering boleh dimakan  begitu sahaja...Boleh dicelup tepung dan goreng macam goreng cempedak segar dan juga boleh dijadikan pengat...Agaknya kalau dimasukkan dalam kek buah pun sedap agaknya..belum pernah try..




         cempedak kering 
          pic dari oldpost :KAT SINI

Walau namanya cempedak kering Tapi tetap la juga sedikit lembab kerana kandungan gula yang tinggi dalam isi cempedak.Kemudian,cempedak kering tu mak akan susun berlapis-lapis dalam bekas tin atau bekas plastik.Setiap lapisan cempedak mak akan tabur gula sebagai pengawet agar cempedak kering tahan lama..Rasa cempedak kering tidak jauh beza dengan Pisang Salai cuma berbeza aroma.
Menurut mak saya,cempedak kering sedap dijadikan serawa dan dahulunya menjadi kegemaran arwah tokwan saya(bapa emak saya) ketika hayatnya masih dikandung badan.
Namun,sejak setahun dua kebelakangan ini emak dah tidak lagi membuat cempedak kering.Kata emak,sebab tiada siapa pun antara anak cucu mak yang nak makan.Emak dah meerajuk agaknya....hihihi



Dua hari lepas saya beli 2 biji cempedak saiz kecil..Sekilo RM6.


Walau kecil...isinya penuh ..
Cuma salah sebiji ni walau ulasnya penuh tapi isinya nipis..Biji sahaja yang besar.Tak berbaloi pula nak goreng..

Bila dicicip..isinya sangat manis dan sedap.


Terfikir pula saya nak masak Pengat Cempedak.


PENGAT CEMPADAK
20- 30 ulas cempedak.
3 cawan air
2 sudu sahu biji- basuh
1 kotak(250ml) santan Kara
1 keping gula melaka
½ sudu teh garam
1 helai pandan

1. Dalam periuk,masukkan cempedak(saya tak buang pun bijinya)pandan dan air.Masak hingga mendidih dan masukkan sagu.

2. Bila sagu jernih,masukkan gula melaka dan garam.Masak lagi hingga gula larut.

3. Masukkan santan dan kacau rata.Jika terlalu pekat tambah sikit air.Masak hingga mendidih sekali lagi dan sesuaikan rasa.

* Pengat lebih sedap dibiarkan beberapa jam sebelum dimakan supaya lebih sebati dan pekat.



Belum dimasukkan santan dan gula..Bau harum cempedak memenuhi ruang deria bau.



Manis,lemak dan harum...Pengat Cempedak.
Kalau dikampung saya,apa juga jenis pengat/serawa akan dihidangkan dengan pulut.



Tapi saya suka gandingkan dengan biskut cream creaker.


Kali ini saya gantikan cream creaker dengan biskut mini yang keras masin ni..


Cukup sedap ditekak saya..

Berulang makan walau tahu ianya manis...Semoga sahaja tidak memudaratkan kesihatan....🤲



Pengat Cempedak nostalgia...
Biji didalamnya juga empuk dan gebu..


13 comments:

  1. Uncle mengaku...

    tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try uncle...musim cempedak ada lagi ni...hihihi

      Delete
  2. Saya tak pernah makan/masak gini. Agaknya sebab jarang dapat cempedak. Jadi bila ada, memang buat cempedak gorenglah.

    Menarik pasal cempedak kering tu. Pengetahuan baru buat saya 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dulu dulu awet makanan yang paling senang dengan cara jemur

      Delete
  3. Selalu mkn cucur cempedak je... pengat mmg x pernah lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la try sekalai kakmim..kot sesuai selera

      Delete
  4. Tak pernah, kalau Pengat Nangka, selalu. Satu lagi, tak tahu pulak ia boleh dikeringkan. Banyak ilmu cempedak sy belajar hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya saya pernah baca dalam posting cikgu amie ...beliau buat kek cempedak

      Delete
  5. Uish.. rare ni.. xprnh tau cempedak bole buat pengat.. bole dikeringkan lg.. mak pelbagaikan hidangan cempedak myb sbb mak ada pokok cempedak.. bijak la mak ni!! 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la...orang dulu banyak mengawet makanan dengan cara dikeringkan

      Delete
  6. mcm2 pulak cara makannya ye kak

    ReplyDelete
  7. Sumpah SA x pernah jumpa..tau pun cempadak goreng je...

    ReplyDelete