Tuesday 3 October 2023

MASAK PULUT KUNING & RENDANG AYAM

 Jumaat lepas adalah hari terakhir Cella menimba pengalaman bekerja  dalam cuti semester..


Saya masakkan pulut kuning dan rendang ayam untuk dia bawa ke tempat kerja.
Anak jantan tu pun bawa bekal yang sama...termasuk juga saya memang bekal pulut kuning 


Pulut kuning dan rendang ayam..
Untuk bekal..

Juga untuk rakan sekerjanya 


Pack sesiap supaya senang depa nak makan..


Saya masak rendang ayam versi tumis dan  ayamnya digoreng dahulu.


RENDANG AYAM GORENG
1 ekor ayam potong 16
( lebih kurang 2kg++)
1 kotak santan Kara + 1 cawan air
2 asam keping
1 keping kecil gula melaka
( boleh ganti 2 sudu gula perang)
2 sudu kerisik
4 sekawan untuk tumis
( kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga)serba 2 pcs
minyak,garam,daun limau purut

Bahan Blend:
30  cili kering- rebus
1 labu bawang Holland
5 bawang putih
2 batang serai
5 hiris lengkuas

1. Gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng hingga masak.Ketepikan.

2. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend.Masak hingga naik minyak

3. Masukkan ayam goreng dan santan + 1 cawan air .Tambah garam,gula melaka,asam keping serta daun limau purut.Masak hingga mendidih.

4. Masak hingga agak kering + tambah kerisik.Perlahankan api sambil kacau hingga kuah mengering dan naik minyak.Sesuaikan rasa



Rendang ayam ni saya masak waktu malam sebelum tidur..Esoknya panaskan ja semula sambil kukus pulut

Saya masak 1½ kg pulut.

PULUT KUNING
1½ kg pulut.
2 asam keping
2 sudu kecil serbuk kunyit
½kg santan pekat segar
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
1 pandan

1. Cuci dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.Rendam semalaman @ sekurangnya 4 jam

2. Basuh pulut untuk kurangkan sisa serbuk kunyit dan kukus hingga masak.Anggaran. ½ jam.

3. Tambah gula dan garam dalam santan pekat.

4. Bila pulut masak,angkat dan tuangkan dalam bekas besar.Gaulkan dengan semua santan dan kacau rata sambil ditekan -tekan pulut hingga santan meresap dan nampak berkilat.

5. Alas pengukus dengan kain maslin dan tuangkan pulut atas pengukus.Kukus semul pulut bergaul santan TANPA menutup pengukus.

6. Kukus hingga naik wap lebih kurang 10 minit dan pindahkan dalam bekas.Sedia dinikmati


Siap..
Saya pernah terima pemberian pulut kuning comel yang hanya dimasukkan dalam paper cup 
( muffin paper cup) yang diletakkan seketul rendang daging dan sebiji tomato ceri di atasnya.Comel sangat dan cukup untuk 2 - 3 suapan sahaja.Sesuai untuk jamuan dan juga pemberian sebagai gudis.Tapi  bila masak pulut kuning asyik lupa nak buat macam tu


17 comments:

  1. Mak Ngah, santan utk pulut tu boleh ke jika nak guna santan kotak?

    Memang bagus bagi pulut dalam porsi kecil letak dalam muffin cup tu sebab sy biasa nampak orang makan 2, 3 suap aje, kemudian tinggalkan begitu jer. Pernah juga masa tu pergi kenduri kawan pejabat, tuan rumah bagi pulut, pulut tu sampai dah berkulat tak dimakan. Rupanya member tak suka pulut tapi ambil sebab dia isi dalam gelas comel. Bagi aku pun takpe, kata hati saya 不.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah sekali try guna santan kotak SK...
      Tapi hasilnya tidak cantik k
      tidak berkilat kerana santan tak pecah minyak dan nampaknkedan putih.Tak tau kot orang lain buat jadi elok @ mungkin ada tips lain kalau guna santan kotak yang saya tak tau

      Tapi bab ambil pulut tak makan tu sayang la kan...hihihi

      Delete
    2. Oh, kena guna santan segar jugak la ni.

      Delete
  2. wahhhh sedapnya kak oi... dana suka makan pulut tapi itulah sejak jaga makan ni kdg teringin rasa sikit je bt syarat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang alah dengan pulut..Tapi saya Alhamdulillah bab pulut tiada alahan.Makanan lain ada juga yang saya alah..

      Delete
  3. lama dah ammi tak memulutkuning ni. nak tunggu si bujang kat asrama tu balik hujung bulan nantilah kita buat. buat sekarang confirm masa makan terbayang muka dia sbb dialah hantu pulut kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni cam tu la kan...
      Makan apa pun akan ingatkan anak

      Delete
  4. Oh, terakhir kukus tanpa penutup. Saya terbayang pulut kuning nampak berkilat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat dalam jumlah sikit ,& tak simpan lama,pada tekak saya ...lepas gaul santan tak payah kukus semula lagi sedap swbab lebih lemak.
      Kukius semula tu kalau nak bagi tahan lama supaya santannya oecah minyak..Kukus tanpa tutup tu agar pulut tidak lembik dek wap air yang menitis

      Delete
  5. Replies
    1. Dalam gambar ja tu uncle...
      五...apapun terima kasih uncle

      Delete
  6. omg..sedapnya kak.. lama x makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena makan MA....kena jaga perut ....agar kenyang不

      Delete
  7. Fav kak lin ni.. apa sj base pulut, mmg kak lin suka.. sllunya kak lin hentam je guna santan kotak.. mkn sndri je pun.. 五

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna santan kotak untuk pulut tu ada tips dia...share la k.lin..
      Sy pernah try...tapi pulut jadi keruh dan macam berkeladak sikit..
      Mungkin ada tips @ step dia yang saya tak tau..
      Share la k.Lin..nanti saya try lagi

      Delete
    2. Mmg kalau guna santan kotak, pulut kurang berkilat.. tp sbb nk mkn sndri, kak lin hentam je.. ada org kata buh minyak sikit, xtau la.. 五

      Delete
    3. Nanti kita try letak minyak sikit..Kalau ok sudah bagus...santan segar bukan selalu kita ada stok kan..
      kalau frozen pun lelama bau tengik jugak

      Delete