Wednesday 28 September 2022

SUP DAGING +UBI KELEDEK YANG SEDAP

Untuk makanan nostalgia saya kali ni...


Saya masak Sup Daging +Ubi Keledek.
Dulu zaman kanak-kanak hingga remaja,kami jarang makan kentang.Kedai kat kampung tiada yang jual kentang.Kat pekan nat pun jarang jumpa kentang.
Kalau masak sup atau kari, tidak kira untuk juadah sendiri atau kenduri kendara...ubi keledek itulah "kentang" kami.Agaknya sebab tu omputih panggil sweet potato...🤭🤣
Kalau kari ayam + keledek...kari daging +keledek..kari ikan + keledek adalah lauk kebiasaan waktu kenduri kesyukuran dan juga kenduri kahwin.

Sup Daging + Ubi Keledek.
Daging segar pemberian Pakcik masa balik kampung dua minggu lepas.Asal balik kampung,Pakcik pasti akan beli sekilo dua daging lembu segar atau daging kerbau untuk kami bawa balik KL..
Kali ni dapat 2kg🤭
Achik dah beli sekilo..Pakcik tambah lagi sekilo..Sikit saya dah masak kicap kat sana dan bakinya bawa balik KL..

Seketul daging saya dah jadikan sup + ubi keledek.Saya masak tak banyak sebab makan dua beranak saja dengan anak bujang tu..

SUP DAGING + UBI KELEDEK
¼kg daging- hiris
1 ketul.keledek oren
1 sudu rempah soto
( boleh ganti serbuk rempah sup)
1 bawang Holland
5 bawang putih
1 ketul halia
5 cili padi
daun bawang+ daun sup dan limau nipis
sikit minyak

1. Panaskan minyak dan tumis daging hingga berubah warna.

2. Masukkan air anggaran 4 cawan dan renih bersama bawang holland,bawang putih dan halia hingga daging empuk.Masukkan rempah soto/rempah sup.

3. Tambah keledek dan terus masak hingga keledek empuk.Masukkan juga cili padi ketuk

4. Perisakan dengan  garam dan dan perahan jus limau nipis.

5. Sesuaikan rasa


Sup daging + Ubi Keledek adalah masakan yang biasa dimasak orang kampung saya dan beberapa kampung sekitar terutama ketika Raya Qurban.Ada sup jenis tumis dan ada yang menyediakan sup versi rebus bersama hirisan bawang,serai,lengkus dan halia sahaja tanpa rempahan lain dan tanpa tumis.Sup jenis rebus tanpa tumis itu biasanya dihidangkan dengan air asam kerisik atau air asam tomato.Daging lembu segar bersama tulang lembu dimasak bersama ubi keledek untuk memberi rasa kuah yang sedikit manis dan berperisa tanpa menggunakan serbuk perasa.Biasanya keledek oren digunakan.Saya tak pasti kenapa keledek oren menjadi pilihan sama ada kemanisannya atau warnanya yang menarik.Yang pasti menghirup sup daging dan makan keledek tu sudah cukup mengenyangkan..


19 comments:

  1. Pakcik dan Achik selalu jadi inspirasi sy utk sentiasa berbuat baik dengan adik-beradik. Seingat sy, sejak TTK dulu, selalu cerita tentang kemurahan hati pakcik dan makcik. Tapi tu la, sy belum lagi mampu sampai jadi macam depa yg tersangat baik dan pemurah.

    Oh, cakap pasal keledek, sy pulak sebaliknya. Tak pernah masak kari atau sup letak keledek. Nanti nak cuba la, kot2 orang Kedah kat rumah tu suka, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ..
      Walaupun mereka juga bukanlah sempurna tetapi saya juga banyak mengambil contoh yang baik drpd mereka.walaupun sy kakak tapi sy blm mampu memberi contoh yang baik🙈

      Hahaha..kalau PI tanya resipi dari negeri mana..saya tak bertanggungjawab🤣🤣

      Delete
  2. Sedapnya...cuma x pernah lagi la campur keledek..boleh la cuba nanti...

    ReplyDelete
  3. tak pernah dana masak sup, kari dengan ubi keledek kak. Tapi kalau masak lemak putih biasa campur keledek, mesti sedap kan kuah sup tu ada rasa manis dari ubi keledek tu. Nak cuba lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..
      penggunaan keledek untuk dapatkan rasa kuah yang sedikit manis semulajadi

      Delete
  4. wah..mcm sedap je bunyi nya,... mlm semalam makan sup cendawan, time batuk2 n x sihat ni..sup panas memang layan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup cendawan pun sedap baik yang jernih ataupun pekat cicah garlic bread tu

      Delete
  5. Suka baca tentang hubungan baik umi cella dgn achik & pakchik.. bkn sllu dpt jumpa hubungan baik yg mcm ni.. untung byk dilahirkan dlm fmly umi cella.. mg hubungan baik itu kekal sampai syurga.. aamiin.. 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Amiinnn atas doanya...
      Semoga semua rakan-rakan maya juga dikurniakan segala kebaikan yang didoakan ..

      Delete
  6. Kami panggil ubi keledek ni ubi ketela MC:)
    Sedap dibuat masak sup @ kari tapi suami & anak2 tak gemar sebab dah terbiasa dgn kentang. Sy pula suka sebab rasanya manis-manis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi PH ..
      Dulu-dulu pun kami pakat panggil "ubi tela"..La ni ja pakat sebut ubi keledek🤭

      Delete
  7. Tentu tentu lah enak rasanya manis Dari keledek Dan air daging TU....org utra kadang buat gulai pun campur keledek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi...
      Kalau kat Sik...kenduri menu semua sedap

      Delete
  8. Mesti sedap berganda ni Mama Cella. Biasanya kalau campuran dalam sup yang ada rasa manis seperti keledek, memang hasilnya ...uummpphh!

    ReplyDelete
  9. semoga dimurahkan rezeki Pakcik tu...
    tak pernah makan keledek jadi sup..biasanya jadi kuih je

    ReplyDelete