Sunday 18 September 2022

"RUMAH USANG DI HUJUNG TANJUNG""- JOM TONTON PETANG NI

Cuti Hari Malaysia ,Jumaat 16 Sept 2022..saya menonton Selamat Pagi Malaysia(SPM)..
Ada satu slot tu bersama promo telefilm ni sempen Hari Malaysia..
Macam manarik pula .
Terus saya Google..copy  dan tepek kat sini  sebab saya rasa macam nak menontonnya..
Katanya lokasi penggamnaran telefilm ni kat Kampung Kandai,Kota Setar,Kedah.
Menurut pengarahnya,setelah mencari beberapa lokasi,akhirnya Kampung Kandai dipilih kerana di situ terdapat sebuah rumah yang memang nampak usang dan kedudukan nya pula jauh di hujung kampung.Amat bersesuaianlah dengan judul dan jalan ceritanya.
Tengok para pelakon pun hebat-hebat..ada Wan Hanafi Su..Kartina Aziz..
Macam menarik kan...
Kalau ada kelapangan..jom la..

Rumah Usang Di Hujung Tanjung

Saksikan telefilem khas hari Malaysia, Rumah Usang Di Hujung Tanjung ditayangkan pada 18 September ini, pukul 2.00 petang di TV1.

Rumah Usang Di Hujung Tanjung

Waktu Siaran: Ahad, 18 September 2022, 2:00 petang

Rangkaian: TV1 RTM

Penulis Skrip: Mazelan Manan

Pengarah: Bronko Bronzz

Produksi: Wandet Film Production Sdn Bhd

Pelakon: Wan Hanafi Su, Kartina Aziz, Zainun Ismail, Taher Sain, Zarina Zaini, Sulaiman Yasin, Yaakob Aziz, Haleeja, Fazira Shafinaz

Sinopsis Rumah Usang Di Hujung Tanjung


Mengisahkan konflik bermula apabila Pak Samad enggan menjualkan rumahnya kepada pemaju hartanah. Pak Samad mahu mewasiatkan rumah itu kepada cucu angkatnya bernama Firdaus. Berjayakah Pak Samad mempertahankan rumahnya?


Sejak remaja ,saya lebih tertarik filem-filem dan drama berkisar patriotik,kehidupan kampung dan drama masyarakat....

contohnya drama Opah..Rumah Kedai..

Siri Pendekar..

Drama Jepun yang lama yang saya suka.. Rin Hanikoma.. dan drama cina pukul 6 petwng kat TV2 sekitar tahun 90an dulu..hihihi


6 comments:

  1. Tq kak share info, nak tgk la ptg ni klu tak kemana2..
    Dah sarapan ke tu? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. .
      Jom kita tonton sama-sama..Kalau mata ni tak terlelap la🤣
      Perut dah kenyang ni🤭

      Delete
  2. Saya suka tonton lakonan Wan Hanafi Su dan Kartina Aziz. Baca tajuknya pun boleh bayangkan ada konflik dan mesej tersirat uang ingin disampaikan. Selamat menonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee...dah tonton tadi..rasa macam tonton drama RTM tahun 1980-an ja ..🤭🤭🤭

      Delete
  3. TV3 x nak ke tayangkan semula citer Rin Hanikoma tu erk...SA pun suka citer2 macam ni...dari citer pukul 7 yang ntah hape2 tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Cerita dulu banyak pengajaran dan motivasi..
      Sekarang banyak sangat cerita cinta yang mengarut tak faham hujung pangkal(sebab tertengok juga hujung2 tu 🤭sebab nak nantikan Buletin Utama) ..
      Dah la waktu maghrib..dramanya wajib pula tu terjerit-jerit dan gaduh,dengki dan tak tau nak cari nilai moralnya di mana

      Delete