Tuesday 20 September 2022

IKAN CENCARU GORENG KUNYIT HIDUP BAWANG PUTIH ALA SURIA AMANDA

 

Argh.....tolonggg
Ada manusia nak makan sayaaaa..
Hihihi herot herot mulut ikan cencaru tu minta tolong!

Kita pusing kepala dia ke atas pula...hihi..
Ni..nak bagitau...
Sambil menaip..sambil tengok pinggan nasi ni..sambil telan ayaq lioq tau..!
Belum boleh move on keenakan ikan goreng tu .
Terima kasih Suria Amanda yang sudi berkongsi resipi 
 IKAN CENCARU GORENG KUNYIT HIDUP BAWANG PUTIH  yang sungguh memawan selera.
Saya copy paste resipi Suria Amanda tepek kat sini yer..

Bahan- Bahan

Ikan Cencaru - 4 ekor ( SA guna seekor aje yang paling besar dan jangan buang jaket dia tu)

Kunyit Hidup - sejengkal

Bawang Putih - 7 -10 ulas

Garam

Cara masak

Tumbuk kunyit sampai hancur

Asingkan suku dari kunyit yang ditumbuk untuk lumur pada ikan

Then tumbuk pula 7 ulas bawang putih sekali dengan kunyit hidup baki yang ada dalam lesung batu

Lumurkan separuh kunyit tadi pada ikan..jangan lupa campur garam sekali

Goreng ikan dalam minyak yang panas, dah masak ikan angkat dan ketepikan

Bawang putih dan kunyit hidup tadi di goreng garing dan perasakan garam juga

Then gaulkan pada ikan macam dalam gambar

Dah siap...


Ni la pic dari Suria Amanda yang membikin saya penasaran...


Jom tengok saya buat jadi ka dak...
Balik kerja tadi...
Saya singgah beli bahan-bahannya..
Ikan Cencaru 3 ekor -600gm
- Kunyit hidup
Bawang putih dah ada la kan...bahan perlu tu.
Pak Mat Tempe tu...watak tambahan dalam filem "Seniman Bujang Lapok"
hihihi...
Tempe tu buat kawan dengan ikan ...


Ni..sebab resipi SA kata kunyit hidup sejengkal...
Maka saya susun la bagi cukup sejengkal🤣🤣


Ikan dah siap goreng..
Nak makan sorang ja nim.tapi sampai 3 ekor saya goreng.Ketamakan melampau.

Sama ka dak dengan ikan cencaru goreng kunyit yang dimasak SA?

Kira menjadi la kan..
Walau ikan SA tu lagi seksi...hihihi
Dia punya serdak tu ..
Ya ampun...sedap..
Syyy..nak bagi tau..
Semua serdak tu saya habiskan...Tinggal baki ikan togel dah takda serdaknya..


Serdak tu hanya diperisakan betul-betul dengan garam semata-mata tanpa perisa lain..
Tapi saya dah set dalam minda agar JANGAN terlebih masin..(sebab selalunya kalau buat ikan goreng saya selalu tak sengaja terextra masin)
Sebaik siap goreng,terus cicip serdak tu..
Mmmm.....
Alhamdulillah,sedap sangat..
Entah dari mana datangnya rasa yang cukup berperisa..walhal hanya kunyit,bawang putih dan secubit garam  sahaja..
Terima kasih SA...bagi resipi dan tips supaya goreng bahan tumbuk tu berasingan.Kalau tak bagi detail dia..harus la saya gaul semua bahan tumbuk pada ikan dan goreng..Pastu kalut bahan serdak tu hangus!
hihihi...
Makan panas-panas bersama sepinggan nasi beras perang ..tempe goreng dan ulam daun salad...
Tambah juga 2 ketul kunyit muda sebagai ulam.Alang-alang dah ada kunyit muda kan..
Eh,baru perasan,takda sambal nak cicah ulam


Terus pi cedok sikit stok Sambal Penyet Khairul Ameng yang Adah beli bulan lepas..


Licinnn....
(Kasi racun sama yang lain agar pakat masak menu ni)
🤣🤣🤣🤣🤣
tinggal tulang
Pinggan jadi kuning seperti juga jari jemari ku.Dah lama jari ni tak berinaikan kunyit hidup..hihihi
Ops...ulam kunyit muda tu...ada memorinya tau..!
Nanti kita cerita lain kali pula sebab cerita ikan goreng kunyit bawang putih pun dah panjang..
Kang jadi bedtime story pulak...hihihi...



18 comments:

  1. Harap menjangkitlah resipi ini ke dapur saya pula. Ikan cencaru goreng memang sedap! Tambah bawang putih tambahlah sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah berjangkit tu🤣
      LD lagi banyak ikan fresh..banyak pilihan ikan boleh goreng macam ni ..lagi terangkat

      Delete
  2. sihat sekali resepi ni...boleh di Cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus ni untuk lady's & girls...hihihi
      Kunyit dan bawang putih
      memang diketahui mempunyai banyak khasiat

      Delete
  3. mak dana memang jenis suka goreng ikan ke ayam ke wajib ada bumbu bawang putih dengan kunyit kak, tapi idokla siap ada banyak serdak gini... tapi bau bawang putih dan kunyit tu memang sedap kan, buat ratah dan lauk pun menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kanm..bau bawang putih goreng dan kunyit hidup memang me mancing selera kan

      Delete
  4. Hahahaha.. sy pun masa baca resepi SA hari tu, fikir2, kunyit kena susun bagi sejengkal, hahaha. Okey, nak soh Pak Inche beli ikan caru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa...kasi racun sama dia...🤣
      Lepas ni saya ingat nak buat guna ikan kembong basar tu la pulak sebab saya suka ikan kembung ...

      Delete
  5. Wah..dah buat...nanti akak cuba buat guna ikan cencaru besar plak..lagi best dan juicy...hehehe...menjadi dah tu...x susah mana pun kan...haaa...ni menu sihat tau...kunyit hidup dan bawang putih kan sesuai dalam dunia perubatan tradisional....jom kasi racun ramai- ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...jom kita tengok minggu no siapa yang kena racun

      Delete
  6. Ni kalau ade sambal kicap or sambal penyet pedas², mesti lagi terangkat nihhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...
      Nanti nak try ayam pula buat perapan ni

      Delete
  7. Xde kunyit hidup mmg xde la serdaknya.. tp nk main dgn kunyit hidup tu yg bercinta.. kuning jari2 ni.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...betul...
      Pakai sarung tangan pun...bila makan nasi lauk tu takkkan nak pakai sarung tangan .kuning jugak laaaa...hihihi

      Delete
  8. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete