Monday 19 September 2022

SAMBAL REBUNG BULUH LEMANG

 Semalam selain daripada masak sayur broccoli + homemade tauhu telur,saya juga masak sambal tumis.


Saya masak Sambal Tumis Rebung 


Istimewanya kali ini saya gunakan Rebung Buluh Lemang.Rebung yang diambil daripada pokok Buluh Lemang iaitu pokok buluh yang buluhnya orang buat lemang tu.Dapat kat kampung masa balik kampung dua minggu lepas.



Rebung Buluh Lemang ni baunya harum seakan bau lemang.Cuma tiada la bau daun pisang dan pulut..hihihi
Kata mak saya orang jarang nak ambil rebung buluh lemang kerana beberapa faktor:
- Miangnya sangat tebal pada kulit rebung
- Susah nak kupas kulit rebung.
- Rebung lebih nipis. kerana sifat buluh lemang lebih nipis daripada bukuh lain.
-Semakin susah nak dapat bekalan kerana pokok buluh lemang semakin berkurangan.
-Sayang nak ambil sebab nak bagi jadi buluh.

Mak saya bagi 3 faktor sahaja.Yang lain saya tambah ikut logik akal..hihihi


Plan asal saya nak masak acar rebung.Tapi tak cukup bahan.Maka jadi sambal tumis sahaja la.Saya guna separuh daripada stok rebung tu.Saya siat-siatkan agar bila dimasak nanti kuah sambal sebati dengan rebung.

Video berkabus...penuh asap🤣

SAMBAL TUMIS REBUNG DENGAN BILIS

1 Mangkuk rebung rebus

1 cawan ikan bilis kasar

¼ cawan minyak

¾ cawan cili blend halus

¼ cawan bawang blend halus

Garam,gula secukup rasa

1. Panaskan minyak & goreng bilis hingga garing.

2.Tanpa mengeluarkan bilis terus masukkan bawang blend hingga harum

3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak

4. Masukkan rebung yang dihiris-hiris,garam& gula

5. Masak agak lama  hingga air rebung kering & rebungnya menjadi lembut sebati bersama sambal.

6.Sesuaikan rasa




Siap.

Tak menyabar nak rasa.Kalau dulu Cella jadi tukang rasa..


Sambal Rebung Bulu Lemang Bersama Ikan Bilis


Goreng juga sayur broccoli ni..
Cuma sayang..malas nak goreng ikan masin...hihihi



9 comments:

  1. Zaman kecik-kecik dulu orang kampung kami selalu ambil rebung lemang buat sayur. Banyak rumpun buluh tumbuh di kebun-kebun. Biasanya kami masak lemak cili api, tambah udang kering dan suhun. Sekarang, kalau balik kampung macam tak nampak pula rumpun-rumpun itu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan tempat rumpun buluh sudah habis dimusnahkan untuk pembangunan dan pertanian.Sayangkan..
      Tapi saya pernah baca sorang pesara guru di Pahang mengusahakan tanaman buluh lemang dan meraih pendapatan lumayan hasil jualan buluh lemang.Bagus ideanya

      Delete
    2. cuba MC masak rebung tumis dgn ikan bilis, kunyit, bwg putih dan cili api....sedap, tp jgn guna rebung jeruk nanti rasa dia lain.

      Delete
  2. ini kalau lauk macam ni Mak Pah suka la ni..kalau rebung fresh SA okey lagi kak...tapi kalau yang dah dijerukkan tu memang x leh sebab kuat bau dia...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni rebung fresh direbus SA..
      Takda masam.Bau dia harum seakan bau lemang...
      Mak saya offer juga rebung jeruk.Tapi saya tolak sebab nak jalan jauh takut tertumpah..
      So kalau nak makan rebung jeruk memang masak dan makan sesiap kat sana...hihihi

      Delete
  3. Jarang nampak orang masak sambal rebung, selalu nampak orang buat mlca. Mahu bocor periuk nasi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu tak pernah makan sambal rebung..
      Bila kawan-kawan sekolah menengah dulu cakap sedap sambal rebung baru reti masak dan makan.

      Delete
  4. rebung ni takde bau busuk mcm rebung jeruk biasa tu ye kak? dana tak pernah jumpa pulak... kalau rebung madu tu pernahla masak sebab tak pahit dan tak bau busuk hehehh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak...ni rebung versi harum buluh punya🤣
      Selain rebung madu..ada banyak lagi jenis rebung yang tak pahit Dana..Yang saya tau ada rebung beting..rebung sungai,rebung buluh gading(yang buluh kuning tu) dan beberapa jenis la..Buluh hiasan yang gemuk pendek tu pun ..rebungnya sedap tau

      Delete