Sunday 18 September 2022

CARA MUDAH MASAK PULUT KUKUS TANPA RENDAM-SESUAI UNTUK NAK MASAK SIKIT

  

Pulut Kukus Ikan Lengat Goreng
vs
Kopi Susu Panas


Pulut kukus  panas,-panas..gaul dengan kelapa parut dan makan pula berlaukkan ikan selayang lengat goreng..

Ni kalau zaman anak dara,kalau ikan tak potong ekor macam ni,mak saya boleh beletiaq tak cukup telinga nak dengar🤭

Sekarang dah tua..dan jauh dari mak...saya lepas geram..siang ikan tak potong ekor🤣sebab saya suka ekor tu rangup bila goreng garing.

Owh..nikmatnya pada tekak saya yang dah tua ni..

Pulut kukus dengan ikan lengat goreng ni antara yang mak saya selalu jadikan sarapan pagi zaman saya masih kanak-kanak  dan remaja.Selalunya kami makan dalam keterpaksaan kerana jemu terlalu kerap sarapan pulut terutama musim hujan.Dulu kalau mak memang tanam padi sendiri untuk stok sepanjnag tahun.Padi untuk beras biasa dan juga padi pulut termasuk pulut hitam.

Kerana itu juga walau hidup susah tapi dari segi makan minum tidak pernah terputus bekalan,hinggakan sarapan nasi goreng dan sarapan berasaskan  pulut menjadi kebiasaan berbanding sarapan lain.Rasa macam bestnya mereka yang dapat sarapan roti sapu jem...


Tapi tu lah...

Namanya manusia..

Bila selalu makan benda yang sama kita merungut.Bila lama tak makan kita mengidam.Sekarang bila umur dah semakin banyak...lagi la akan merindui makanan dan masakan yang pernah kita nikmatu di zaman kanak-kanak.

Balik kampung minggu lepas,mak saya ada masak pulut kukus makan dengan ikan selayang goreng.Nikamatnya menikmati pulut kukus ikan selayang goreng hingga rasa tak puas.Padahal saya pun selalu saja masak pulut kukus ikan selayang lengat goreng.


Kata mak,sekarang kalau buat pulut kukus,mak dah tak rendam semalaman dah.Lepas cuci terus kukus...


Ni saya kukus hari Isnin lepas..mencuba..


Wah,cantik la..pulutnya berkilat elok dan tidak berair

Tekstur pulutnya cantik tidak lembik.


Semalam pagi saya kukus lagi sekali..Jom tengok



Cuci beras pulut dan masukkan dalam loyang..
Isi air separas.lebih sikitttt sahaja dari pulut.Elok-elok tenggelam pulut saja.
**Biar terkurang air,nanti boleh tambah.Kalau terlebih..lembik tak boleh alter dah..hihihi

Saya kukus dalam kuali jam.Guna alas berlubang yang beli kat eco zaman harga masih RM2... Sekarang dah lama tak ziarah eco🤭


Saya tutup dengan penutup pengukus.Kalau tak ada penutup guna saja la apa-apa yang boleh tutup..Hihihi..Ni pinjam pic dari old post ayam kukus taucu..untuk nak tunjuk cara saya kukus pulut sebab masa kukus pulut lupa nak snap full pic .
Ni untuk yang takda pengukus la..Yang ada pengkus...kukus la dalam periuk kukus..


Nampak tak...
Ni saya guna 2 cawan pulut
Kalau mak saya ...
Mak saya cakap dia kukus dalam mangkuk aluminium saja sebab nak makan sorang.Kata mal..kukus dalam 1 cawan pulut pun boleh dua kali makan..
Kalau sorang la..


Kukus dalam  ½ jam...inilah hasilnya.
Andai kata pulut masih sedikit kering dan keras..boleh renjis atau siram air dan kukus lagi hingga masak.

** Jika nak buat pulut kuning..boleh gantikan air dengan santan bergaram dan sedikit serbuk kunyit.


Taraaa...hasilnya pulut berkilat cantik melekit tapi masih sebiji-sebiji dan tidak lembik.
Boleh makan dengan ikan kering dan kelapa parut atau nak makan dengan santan dan durian.


Ni ..kali ke dua dalam minggu ni makan pulut kukus ikan lengat lagi.

Ikan lengat ni dah dua minggu dalam freezer.Saya lengat dengan beberapa hari diulang panaskan..Kemudian susun dalam bekas tippuware dan frozenkan.Bila nak makan reheat beberapa ketika dan goreng.Lecehnya menggoreng ikan lengat ni ialah minyak akan extra mercik berbanding goreng ikan segar.Rupa ikan lengat goreng pun memang tak comey..Tapi rasa ikan lengat goreng ni..mmmmm hanya yang suka saja boleh memahami...hihihi

Untuk CARA BUAT IKAN LENGAT....rujuk sini


Saya juga buatkan air cham ala kopitiam tu. 1 uncang teh + 2 sudu serbuk kopi dan 2 cawan air..2 mug sebenarnya.Jerang hingga mendidih.Tambah susu pekat dan susu cair sesuai pekat dan rasa.Tapi biasa la kita bukan pro...rasa macam yang kat kedai tu juga yang sedap🤭


Pulut Kukus ...Ikan Lengat Goreng...vs Cham Panas

*** Ada lebihan pulut ni...saya try gaul ragi nak buat tapai...Kita tunggu,kalau menjadi nanti boleh kita up resipi buat tapai pula..hihihi.

4 comments:

  1. Saya pun teringat pesan emak saya. Kalau siang ikan muncungnya mesti dipotong sebab itu tempat laluan macam-macam benda masuk dalam perut ikan. Sama macam Mama Cella, dan hidup jauh dari emak, ikut sukalah nak siang ikan lagu mana hihihiiii.... biasanya muncung /mulut ikan memang tak usiklah. Goreng atau masak saja.
    Saya tak pernah buat pulut tapai tapi suka makan tapai pulut. Teringat tadi ada tapai pulut di pasar tani tapi tak beli pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Betul..pantang betul sesetengah mak-mak dulu ..termasuklah maknsaya..kalau tak buang muncung ikan boleh jadi isu tu..hihihi
      Tapai pulut tu tahun 90-an pernah jadi sumbee side income saya bulan puasa.Tapi lepas tu tak tau kenapa kadang saya buat tak menjadi..tapi malas tu yang lebih...

      Delete
  2. Nampak sedap..pulut ni Sa bleh makan sikit je..makan lebih angin badan sampai semput...ikan lengat tu macam mana kak...bukan tu ikan sardin ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan lengat tu ikan yang direbus dengan asam garam dan sedikit sahaja air..

      Delete