Wednesday 21 September 2022

BUAT CUCUR KACANG


Cucur Kacang bersama teh 0 panas..Stok kopi cap gantang dah habis...minum teh 0 la pulak..


Minggu ni dah dua kali goreng cucur kacang ni.Hari Sabtu  baru ni masa kembar Cuti Hari Malaysia..tak kemana-mana kecuali dapur,ruang tamu,bilik tidur,bilik mandi & sesekali bilik termenung..hihi
Tu yang kerja nak masak dan nak makan saja 


Petang ni goreng lagi...Lebihan yang buat hari Sabtu tu disimpan dalam peti ais..Alhamdulillah elok tak rosak.

Buat dalam 1 cawan saja kacang hijau .
Mula plan nak buat bubur..Tapi bila dah mendidih...rasa nak makan cucur kacang pula..
Terus jadikan cucur kacang.


CUCUR KACANG/ KUIH KASTURI
1 cawan kacang hijau- rendam semalaman
1 cawan kelapa parut putih
½ sudu teh garam
½ cawan gula(ikut manis)
2 sudu tepung gandum
Minyak untuk goreng

Bahan Celup:
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
2 cawan air
½ sudu teh garam
beberapa titis pewarna kuning
1 sudu air kapur( yang jernih)
2 sudu minyak

1. Rebus kacang hingga empuk dan kering airnya.

2. Tambah gula,garam dan kelapa parut.

3. Bila gula larut dan sedikit berair,tambah tepung gandum sambil kacau cepat-cepat.matikan api dan terus kacau hingga  sebati dan kental.Biar sikit sejuk.

4. Bentukkan bebola sama besar sebesar limau nipis dan leperkan.

5. Bancuh bahan celup dan panaskan  minyak.

6. Celup kepingan kekacang yang dileperkan tadi dan goreng sambil dibalikkan hingga garing keemasan


Lebihan ni saya bulatkan semula jadi bebola dan masukkan dalam bekas.

Saya jadikan bebola sebab mudah nak simpan.Kalau simpan kepingan tu nanti dia mudah melekat.Simpan dalam peti ais...rak bawah saja bukan freezer pun.
Petang ni,bancuh tepung celup untuk celup dan ambil bebola tadi ,leperkan ...celup dan goreng..
Alhamdulillah....sedap.

Ada la benda nak mengudap pepetamg ni sementara nak tunggu senja berlabuh.

Masa PKP dulu saya pernah juga RECYCLE BUBUR KACANG untuk jadikan cucur kacang.Tidak banyak beza dari segi rasa cuma kena panaskan hingga agak kering sebelum campur sikit tepung gandum dalam adunan kacang tu.Kalau ada kelapa tambahkan juga serta adjust la rasa manis dan sedikit masin nya.Kalau tak bagitau itu recycle takdak siapa tau pun...
So,lepas ni kalau ada lebihan bubur kacang boleh juga cuba recycle buat cucur kacang...hihihi

Dulu masa sekolah..Cikgu SRT ajar buat cucur kacang tanpa guna tepung.Kacang hijau rebus+gula,garam dan kelapa diulatkan macam inti pau tu.Kemudian celup dalam batter dan goreng.Namanya Kuih Kasturi kalau dalma Buku Teks SRT.
Buat cara tu saya rasa sungguh sedap tapi saya tak berapa pandai.Mudah hancur bila goreng.Maka saya cara mak saya selalu buat dulu-dulu iaitu campur tepung dalam adunan kacang tu.Tapi jangan la banyak sampai  jadi liat dan keras pula..tak sedap la nanti.


Tahun 90-an dulu saya pernah makan cucur kacang merah kat Penang tidak jauh dari Hotel Tanjung Bungah..Penjual tu pakcik separuh umur bersama isterinya.Kata pakcik tu dia buat tak guna kacang hijau sebaliknya guna kacang merah yang biji kecil macam kacang hijau tu.

Masyaa Allah ..itulah cucur kacang paling sedap saya pernah makan....Lepas tu beberapa kali ke Penang ..saya dah tak jumpa @ sebenarnya saya salah location...atau memang saya tak perasan dah..

16 comments:

  1. Inilah salah satu kuih kegemaran saya waktu sekolah rendah. Selalu beli di kantin. Emak jarang buat, sebab kena goreng. Minyak mahal hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...dulu kebanyakan kantin sekolah ada jual kuih ni...kuih pau..kuih lapis...lompang bagai.
      Sekarang rasanya kantin sekolah banyak jual fastfood..nugget,
      fries dan tak nampak dah kuih muih tradisional

      Delete
  2. Mak saya selalu buat cucur kacang ni. Kami panggil kuih kasturi. Senang sebab mak suka buat kuih bom (tapi kami panggil onde², yg ade bijan kat luar tu). Inti kuih bom tambah kelapa sikit dah boleh jadi kuih kasturi 🤭.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...sebut kuih bom tu...rasa teringin la pulak....
      Sedap kan...kenyal-kenyal tepung pulut + lemak manis inti serta rangup bijan dia

      Delete
  3. Dulu kecik2 mak saya panggil ni kuih rengas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul4.....
      Dalam buku SRT pun tulis Kuih Rengas la...
      saya salah sebut tulis kasturi..

      Delete
  4. Ni antara kuih yg bukan kesukaan sy tapi kesukaan Pak Inche. 10 ketul pun dia mampu habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah utara kuih ni boleh kata tiap.gerai kuih ada jual...mgkin orang utara ramai yg suka macam PI

      Delete
  5. sama.kita pun panggil kuih kasturi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak nama kan kuih ni...ikut tempat..tempat saya belasah panggil coq kacang ja🤭

      Delete
  6. Aduhai akak...sedapnya..dah la fav SA ni...

    ReplyDelete
  7. Kak lin panggil kuih rengas.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak lin..ada yang panggil kuih rengas..
      Kalau kat tempat saya "rengas" merujuk sejenia pokok beracun..kalau terpegang boleh berkudis kulit..🤭

      Delete