Thursday 22 September 2022

KUIH LAPIS TEPUNG UBI

 

Kuih Lapis Tepung Ubi bersama secawan teh 0 panas.

Kuih Lapis Tepung Ubi ni sangat sedap pada tekak saya kerana ianya lemak manisnya sederhana dan yang istimewanya ia sangat kenyal.

Lagi satu keistimewaannya ialah lapisannnya yang cantik.Walau nipis tapi boleh dikoyakkkan selapis selapis.


Kalau perasan tu..
Permukaan atasnya hujung sana tu tidak rata.Itu kecuain saya.Selepas kuih dah masak saya nampak macam ada sikit titisan air.Saya terus bentangkan sehelai tisu dapur atas permukaannnya dengan tujuan mengelap titisan air tu.Tempat titisan air tu memang tisu menyerap.Tapi tempat permukaan yang elok kering tu tisu melakat kerana kuih masih panas.Jenuh saya koyak tanggalkan tisu yang melekat tu hingga sedikit permukaan kuih cedera terkoyak...
Uiii,masa nampak permukaan kuih terkoyak tu..macam nak jerit..hihihi.
Nasib baik kuih nak makan sendiri.Bayangkan kalau kuih orang tempah..Nyesal tak sudah ...

Sudah banyak kali saya buat Kuih Lapis Tepung Ubi ni.Semak dalam oldpost ..antaranya KUIH LAPIS TEPUNG UBI YANG SANGAT SEDAP.....tahun 2017.

Tapi saya rasan Kuih Lapis Tepung Ubi ....tahun 2019 ni... lagi cantik lapisannya kerana saya menggunakan warna hijau pekat dan pink.Lapisannya lebih jelas.

Resipi saya c&p dari oldpost 2019.Tapi kalau ada yang nak cuba boleh rujuk oldpost 2017 yang lebih detail step by step.

KUIH LAPIS TEPUNG UBI
1½ cawan tepung ubi
½ cawan tepung gandum
3 cawan santan ( 1 kotak santan + 2 cawan air)
¾ cawan gula
½ sudu teh garam
½ sudu teh pewarna hijau
½ sudu teh pewarna merah

1. Blend tepung ubi,tepung gandum,garam,gula ,air dan santan hingga sebati
2. Bahagikan kepada 2 bahagian
     1 bahagian biar plain - putih
     1 bahagian lagi dibahagi lagi kepada 2
         dan warnakan  hijau dan merah.Maksudnya putih lagi banyak dan merah & hijau sama banyak.
3. Panaskan kukusan dan sapu loyang dengan minyak.
4. Kukus loyang kosong 5 minit supaya panas.
5. Tuang selapis adunan putih ikut tebal yang diingini..
- contkhnya 1/2 cawan...nanti lapisan lain juga sukatan yang sama.

( saya sukat setiap lapisan hanya 1 senduk kecil kerana saya guna loyang kecil)
6. Kukus anggaran 2- 5 minit bergantung ketebalan lapisan dan tuangkan lapisan seterusnya...Buat hingga adunan putih habis
7. Ulang pula lapisan hijau.
8. Bila habis lapisan hijau...sambung pula lapisan merah hingga habis
9.Lapisan terakhir tambah sikit lagi pewarna merah supaya warna lebih pekat
10. Lapisan terakhir juga kukus lebih lama anggaran 10 minit..
11. Angkat dan biar sejuk sebelum potong.


Saya masak Kuih Lapis Tepung Ubi ni pada Cuti Hari Malaysia.
Sebenarnya masa tu teringin nak makan kek  millecrepe yang lemak berkrim tu tapi malas nak turun ke bumi untuk pi cari @ kedai kek.So,makan kuih lapis ni pun feeling makan millecrepe la..hihihi
Tiga hari cuti tu memang saya macam dapat booster rajin nak masak.Tiga hari berturut memang duduk cerok dapur saja...🤣


Tips untuk dapat lapisan yang cantik ialah kena kukus setiap lapisan tu biar benar-benar masak.Tidak lama pun, sekitar 2 minit setiap lapisan jika lapisannya nipis.Tapi jangan terlalu lama.Kalau terlalu lama sangat lapisannya menjadi gelembong.Bukan saja kuih lapis ni,malahan kuih talam apapaun rasanya kalau kukus lama sangat permukaannya akan gelembong dan tidak lagi licin.

*Sukatannya hanya untuk loyang yang agak kecil dan agak rendah saiz 6".Jika loyang besar,gandakan sukatan.

Kalau guna loyang 4 segi,lebih cantik potong nipis tapi lebar.Saya guna loyang kecil dan bula maka,saya potong macam pizza dapat la 8-10 keping.


Mengudap Kuih Lapis Tepung Ubi ni sengsorang sambil feeling salji turun kat luar( sebenarnya hujan gerimis)..hihihi
Dari zaman sekolah rendah saya suka feeling
ada rumah ladang kat New Zealand...padahal bukan pernah pergi pun NZ tu...hihihi

14 comments:

  1. Saya paling seram kalau buat jenis kuih talam termasuk kuih lapis. Itulah satu yang sangat-sangat dijaga iaitu bahagian permukaannya. Api tak boleh terlalu kuat supaya permukaan tak berombak, kena jaga titisan wap supaya nampak licin dan halus mulus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..
      respect dengan pembuat2 kuih talam yang saban hari mengadap semua ni

      Delete
  2. Tq kak selalu share resepi yg sedap2..skrg klu nak msk saya masuk blog akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Jika ilmu yang baik...silakan panjangkan...

      Delete
  3. salam kenal....cantiknya kejadiannya..tq share resepi, leh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ma....
      Terima kasih...belum sempat untuk timbal balas

      Delete
  4. aduh, dah bertimbun kumpul resepi kat sini, buatnya tak jugak. Mambang rajin, sila mai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumpul dulu...
      nanti mambang mai...haaaa jenuh orang kat rumah nak makan..hihihi

      Delete
  5. Aduhaiiiii....macam mana la nak masak kuih ni..SA ni bukan sejenis yang sabar...rasa nak cuba tapi x berani..nak buat dia boleh selak selai2 tu yang x reti tu...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh selak selai selai tu kunci dia kena cukup lemak dan kukus setiap lapisan hingga betul-betul masak..in sha Allah menjadi

      Delete
  6. Ank dara kak lin suka sgt kuih lapis ni.. resepi kak lin da ambk dr umi cella tp buatnya ntah bila.. bz manjang hal dunia.. 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau benda boleh beli..beli ja kak lin...kalau buat makan banyak nanti...hihihi

      Delete
  7. Buat telioq ja MC ni...
    Nak buat malaih, apakan daya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemalasan dan kerajinan silih berganti..mana tau nanti time datang rajin tu terbuat ka...hihihi

      Delete