Thursday 29 September 2022

CEKODOK UBI KAYU REBUS NOSTALGIA YANA

Hari ni nak share salah satu makanan nostalgia.Tapi bukan nostalgia saya.Sebaliknya tu haaa...seperti tajuknya..


Cekodok Ubi Kayu Rebus.Kisahnya bermula...


Bila Ita bagi seketul ubi kayu yang besar kepada saya..Saya rebus.
Alhamdulillah empuk walaupun ubinya besar dan nampak dah tua.Tapi saya rasa macam ada pahit-pahit sikit la.Ita dah pesan ubi ni sesuai parut masak kuih saja.Kalau rebus takut tak sedap sebab ada sikit rasa pahit.Saya ajak Yana makan bersama tapi dalam masa sama saya bagitau ubi ni sikit pahit..Yana makan dengan penuh nikmat.Katanya dah lama dia tak makan ubi kayu rebus.

Walau dah makan tapi bakinya masih ada.Saya taknak bawa balik sebab dah tau takda sapa nak makan sebab anak bujang tu kalau takda sambal tumis dia tak makannya ubi rebus cicah gula dan kelapa ni.Nak buat sambal saya malas..hihihi.
Kata Yana....kalau dulu emaknya akan buat cekodok ubi rebus ni.Ini antara makanan yang menjadi kenangan Yana ketika berkumpul di rumahnya..
Wah,macam menarik,Saya pun tanya resipi.Yana tak la bagi resipi detail..Sekadar menyebut...
-Lenyek ubi
-Tambah telur,garam dan gula.
- Tambah tepung gandum dan gaul rata 
- Sudukan dan goreng la..
"Sedap kak..." kata Yana dengan mata berkaca..

Yana merupakan student ipta yang sedang menjalani ujian amali di tempat saya.




Saya hanya buat berdasarkan cakap mulut yang dikongsikan Yana..
Tiada sukatan pun.Cuma saya guna gula perang sebab saya memang guna gula perang untuk bancuh air atau masak.Gula putih dah lama tak beli.

Ni la rupa bila semua dah bercampur rata..

Dah siap goreng.

Ada macam rupa cekodok pisang kan...

Pada saya rasa cekodok ni ala-ala macam getuk la juga tapi versi lebih lembut.

Berbalik kaitan kuih ni dengan Yana...
Berbual dengan Yana,saya mengambil kesempatan bertanya negeri asal dan keluarganya...
Kata Yana ibunya baru berumur 44 tahun..Oh,masih muda. Yana juga baru 21 tahun,pangkat anak dengan saya tapi kalau ditempat kerja tak boleh la nak panggil saya 
"makcik" kan..hihihi.
Tapi kata Yana mak dan ayahnya sudah bercerai..
Owh.....!!!!
Mereka dibesarkan oleh emaknya ibu tunggal.
Mak dia pula baru meninggal tahun lepas..
Allahu....
Innalillah....
Saya semakin ingin tahu..
Kata Yana dia hanya dua beradik....Yana anak sulong.Adiknya lelaki sebaya umur dengannya..
Sebaya,kembarkah?
Bukan..kata Yana dia lahir awal tahun manakala adiknya lahir hujung tahun dalam tahun yang sama..
Habis sekarang Yana tinggal dengan siapa?
Menurut Yana mereka memang tinggal berdua beradik..kalau masa belajar tinggal kat kolej kediaman la..

Siapa yang menanggung mereka?
Kata Yana adiknya yang menanggung makan minum dan segala perbelanjaan pengajiannya.Adiknya yang berumur 21 tahun itulah satu-satunya dahan tempat bergantung kerana Yana berketurunan Orang Asli dan dikampungnya di kampungnya hanya beberapa keluarga beragama Islam termasuk Yana..
Adiknya bekerja sebagai penarik kayu balak.Katanya,adiknya memilih kerja menarik kayu balak kerana hanya itu boleh memberi pendapatan yang agak lebih bagi menyara mereka dua beradik.
Saya  bukan menonton  drama/telefilem,tapi saya sedang mendengar realiti kehidupan yang sedang dilalui seorang gadis bernama Yana....yang umurnya hanya setahun senior dari anak bongsu saya...

Allahu...😭
Lebih setengah jam berbual dengan Yana...banyak yang menjentik hati saya....
Cekodok ini pastinya sangat mengusik hati Yana...

Jika kita rasa ujian untuk kita besar....pernahkah kita tahu ujian orang lain?Pasti lagi banyak ceritera tentang Yana yang saya belum tahu..
Jika ada kesempatan ingin saya berbual lagi dengan Yana.

Ya Allah...Mudahkanlah urusan Yana dan adiknya.Kurniakanlah limpah rahmatmu kepada mereka berdua dan kami semua..🤲

Saya berkongsi sebahagian cerita ini ..tiada niat yang tidak baik,melainkan sebagai renungan untuk diri saya dan juga untuk kita semua..


14 comments:

  1. Mama cella potong bawang pepagi...hehehe..kesiannya Yana, lumrah kehidupan kan...semoga allah permudahkan buat Yana dan adiknya...

    ReplyDelete
  2. aduh akak ni buat kita sebak lagi pepagi ni. Kalau arwah emaknya umur 44 dah ada dia umur 21 muda betul tu. Dia pun boleh panggi dana makcik sebab dana dah baya emak, usia 40 an juga. Moga Yana dan adiknya kuat utk menjalani kehidupan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Dana....
      pangkat anak-anak kita...tu yang rasa tersentuh

      Delete
  3. Kasih Allah melalui kasih adiknya...apa sahaja dugaan hidup tujuaan kita menuju ke jalan Allah...

    ReplyDelete
  4. Allahu.. berat dugaan yg di tanggung yana & adiknya.. waktu kak lin kehilangan arwah ayah, umr kak lin da 39.. itu pun, xtertanggung sedihnya.. bayangkan yana semuda ini.. mg yana & adiknya tabah n kuat hadapi dugaan n dpermudahkan segalanya buat mereka.. aamiin.. 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...saya pun terfikir kita yg tua ni pun tak kuat..Hanya Allah yang lebih mengetahui hikmahnya

      Delete
  5. Sedihnya. Mudah-mudahan dipermudahkan perjalanan hidup Yana dan adik lelakinya yang sanggup berkorban untuk Yana.
    Memang betu Mama Cella, ujian Allah tak sama.
    Bersyukur selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat diri kita...sesusah-susah kita masih ada emak hingga kini kan cikgu..
      Kalau hilang ayah tak sedih sangat..
      Tapi kalau anak.yg hilang emak...rasa sayu sangat

      Delete
  6. Allahu Akbar, umur setahun jagung lagi tapi pelbagai ujian Allah bagi pada Yana & adiknya. Mudah-mudahan jalan hidupnya nanti dipermudahkan dan diluaskan rezeki buat mereka 🤲
    Betul sangat, bila kita rasa kita susah, sebenarnya ada lebih susah dari kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn....
      Semoga Allah angkat doa-doa yang dikirim untuk Yana...Amiinn

      Delete
  7. Begitulah di kolej, setiap kali ada ura2 pelajar nak berhenti, pasti ada kisah di sebaliknya.

    Semoga Yana dapat menyudahkan pengajian dan mengubah takdir, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn..
      Pastinya SK lebih banyak berjumpa bermacam kisah para pelajar di kolej kan...Semoga semuanya dimudahkan urusan dan didalam rahmat Allah

      Delete