Monday 26 September 2022

JERING REBUS CICAH KELAPA

 Kembali lagi bersama makanan nostalgia sepanjang minggu ni..in shaa Allah


Jering Rebus Cicah Kelapa
Hari tu nampak Cikgu Ami kat LD hidangkan menu ni..
Terliurnya..


Kali pertama makan jering rebus ni masa darjah empat kat rumah Teh Bariyah di kampung kami.Tapi bukan makan sebagai kudapan..sebaliknya sebagai ulam.Makan pun  sahaja tanpa cicah kelapa..Balik cerita kat mak suruh mak buat tapi mak tak buat...
Maknkata nanti air kumbahan bau hancing...hihihi
Ya la dulu rumah kampung,semua sisa makanan dan basuhan dilakukan di atas pelantar yang kami panggil jemoran.Sisa makanan dan air basuhan dialirkan bawah pelantar dan  menjadi tempat ayam itik berkais dan berkubang...
Masa tu tak ada rasa geli ke kotor ke sebab semua rumah kampung macam tu..
Kadang ayam itik mencuri masuk dalam rumah dan berak atas lantai...Jenuh la nak basuh.Ambil sabut "jemput" pula taik ayam itik,barulah dibasuh.Kalau kena taik ayam candu( yang hitam dan cair) dia punya bau......hoooooo boleh pengsan...hihihi.
Itu antara kenangan yang anak-anak sekarang tidak melaluinya dah..


Kali pertama tahu makan jering rebus cicah kelapa ni masa masih belajar kat KL ni la..Ada rakan dari Kelantan bawa ke kelas.
Mula pelik bila dia kata dia bawa jering rebus cicah kelapa.Dalam hati dok fikir ..ish,dia bawa jering datang kuliah?
Bila dia buka bungkusan surat khabar yang di alas plastik...Eh,tak da bau la .
Bila makan bercicah kelapa campur garam dan gula...ya ampun sedapnya.Saya rasa lebih sedap daripada ubi rebus..Sejak tu kalau kawan tu bakik Kelantan..memang kirim.Tapi tak la selalu..sesekali la.


Semalam saya melayan tekak menyediakan jering rebus cicah kelapa manis ni..Saya pernah beberapa kali dah buat jering rebus ni...
Hanya rebus jering yang sudah tua lebih kurang 1hingga 2 jam...ikut jumlah  banyak atau sikit  jering..
Kena jering tua tau..jering muda tak mau...jering cambah pun tak sedap dia tak empuk cantik..
Kalau dapat jering yang tua dah pecah kulit kat pokok tu lagi elok..
Dia empuk bukan la gebu macam ubi..tapi lebih kepada kenyal
Nak Cuma sekarang susah nak na


16 comments:

  1. tak pernah makan jering rebus cicah kelapa ni, tapi kawan-kawan dari pantai timur selalu cerita kisah kesedapannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun masa pi Kelantan memang nampak dijual kat Pasar Siti Khadijah tu sebagai kudapan

      Delete
  2. Makanan yg sy tak pernah makan, tapi, kalau disuakan, sy tak takut mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau jumla jering tua boleh try buat SK...tapi nak rebus tu agak lama juga...hihihi

      Delete
  3. Sy tak makan jering w/pun di kampung ada byk pokok jering. Paling sy ingat kutip jering cambah utk arwah mak & Pak buat ulam.
    Kawan sy di Pahang suka buat sambal jering. Nampak sedap je dia makan tapi tak pernah cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...PH tak makan jering yer...
      Saya makan belaka🤣🤣

      Delete
  4. VM tak pernah lagi makan macam ni, selalu makan dgn sambal belacan dan nasik.. boleh mencuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buah muda sedap buat ulam..
      Kalau buah tua isi dia keras...selalu dibuat jering cambah supaya rangup..
      Jering rebus ni boleh simpan lama kata.ya kalau letak dalam peti ais,,(frozen..tiada bau yang kuat)boleh guna untuk buat sambal tumis,berlado,lemak cili api dan juga rendang jering rebus

      Delete
  5. Pertama kali saya makan jering rebus dengan kelapa parut ni sewaktu berkunjung ke Brunei. Sementara menunggu feri sampai ke dermaga, sempat sembang-sembang dengan seorang makcik yang jual jering rebus. Makcik tu bagi saya sebungkus. Katanya tak payah bayar. Dia suruh saya cuba makan. Masa tu rasa ajaib betul, sebab tidak ada bau jering langsung dan sedap pula!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      selalu makan petai jering...memang aroma & meninggalkan bau di tandas..tapi ajaib kan jering rebus tiada bau dan berkumuh pun tiada hancing petai,/jeringnya

      Delete
  6. x pandai makan jering or petai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung tak makan sebab petai jering mahal dah la ni...hihihi

      Delete
  7. Ui.. sdpnya jering rebus.. dulu2 sllu beli tp xprnh buat sndri sbb kat rmh ni kak lin sorg je mkn.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops...k.Lin pun peminat juga yer ..
      Sedap kan jering rebus ni

      Delete
  8. SA x makan jering..ada jiran hantar sepiring sebijik macam ni...sudahnya tak makan...hehehe...x tahan bau dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan jering rebus ni masa rebus ja bau jering..Bila dah siap masak dah basuh.. bau dia dah macam ubi rebus je..Tak tau la kot hidung saya dah tak dapat detect bau jering dah sebab sedapp🤭🤣🤣🤣

      Delete