Thursday 15 September 2022

NASI LEMAK DAUN SIMPOR & REZEKI HARI KHAMIS

 Cerita pagi tadi..rezeki makanan hari ini.Selalu rezeki Jumaat..

Esok Jumaat ..kita akan Cuti Hari Malaysia kan...

Rupanya hari Khamis pun ada rezeki melimpah 


Sarapan Nasi Lemak Daun Simpor lagik...
Semalam petang,Yati tumpang kereta saya separuh jalan hingga LRT.

Bila dua orang,berani la saya nak berhenti tepi jalan di kaki bukit tu ambil daun simpor ni.Kalau sorang serem dan takut la juga.Yati pelik bila saya cakap saya nak berhenti ambil daun simpor.Lepas dah ambil dia yang teruja lebih tengok daun simpor tu..tak sabar dia nak tunggu esok nak belajar bungkus nasi dengan daun simpor....padahal lebih kurang saja dengan bungkus daun pisang...hihihi

Saya minta Yati masakkan sambal tumis bilis.Nanti saya masakkan nasi lemaknya & boleh la kita pakat bungkus esok.

Ni la hasil membungkus nasi lemak daun simpor kat bilik saya.Semerbak bau kalau orang buka pintu..
Nasi lemak dah masak..sambal pun yati bawa dari rumah.Telur pun saya dah rebus dari rumah.Just nak tunjuk cara bungkus saja.10 minit dah siap.
Asal usul saya mula suka  masak  MASAK NASI LEMAK DAUN SIMPOR ...kat sini
Tapi tu la..terlupa nak snap pic nasi lemak dan sambalnya yang belum dibungkus..
Nak snap masa bungkus nasi lemak ninpun lupa..Agak kebizian pagi tadi...menyuap nasi lemak kelam kabut kerana masa sudah time untuk memulakan tugas.
Tak sempat nak bancuh kopi 0 walau air dah mendidih dalam kettle.
Makan sebungkus sahaja bersulam air kosong.
Kat ground floor depa ada potluck...Saya tak turun pun.
Sebenarnya malam tadi saya masak agar-agar santan untuk pot luck.
Buat 2 paket agar-agar tali cap layang-layang tu.

Dapat la banyak ni.
Bekas oren tu buat makan kat rumah.
Bekas jernih tu,satu bawa bawa nak makan kat bilik saya sambil bungkus nasi lemak.
Satu lagi dah pesan kat anak bujang tu,nanti bawa la agar-agar tu ke tempat kerja.
Bekas besar tu pula bawa ketempat kerja juga untuk  pot luck..
Lepas parking kereta,sebelum naik atas ke bilik saya...saya letakkan sesiap agar-agar tu kat  tempat potluck bawah.Pastu dah tak turun dah..Tak tau la apa menu potluck kat bawah.Yang saya nampak pagi tu..ada mihun singapura...nasi goreng kampung...rojak buah dan teh tarik.Selebihnya saya tak tau sebab tak tengok pun.



Lepas tunjukkan  Yati dan Ruby cara bingkus nasi lemak daun simpor ni..
Saya terus makan sebungkus.Menyuap kelam kabut macam nak pergi berperang!🤣

Sedap betul sambal tumis air tangan Yati ni.
Walau kalut,tapi sempat sarapan awal hari ni.
Dapat dalam belas bungkus juga la.
Suruh Yati bawa turun kasi Kak Saba  dan Makcik cleaner 2 bungkus.
Selebihnya hantar pi  kat tingkat 1..untuk Pn Isma,En Mahadi,Pn Ela,Dila comel,Kak Saba dan Aisyah..
Hantar kat dorang tu sebenarnya sebagai timbal balas...🤭


Sebab semalam..depa kirim makanan ni kat saya di atas kayangan ni melalui Shifa 

Jue belanja  ofis  makan laksam...


Sedap sungguh.


Jasminor pula belanja kuih muih kat ofis.Walau atas kayangan ...sampai juga rezeki ni kepada saya.
Kuih Bingka Pulut Kelapa,Kuih Akok dan Tapai Pulut..Semua menu Kelantanese..memang kesukaan saya la yang mencintai manis dan lemak...hihihi


Ops...
Sebenarnya ada lagi rezeki hari ini..Kak Izzah ambilkan saya sepinggam buah-buah ni bersama kuah rojak.


Walau tak turun potluck kat bawah...tapi Kak Izah ada ambilkan saya rojak buah ni.Kena la turun  juga kan ambil rojak buah ni.Karang merajuk pula Kak Izzah..hihihi.Masa lalu tangga,nampak  beberapa orang cleaner sedang  berehat lunch hour..Singgah bersembang dengan depa sat dan terus kongsi makan rojak ni dengan depa..Sengaja panjangkang rezeki tu semoga pahala sedekah rojak buah  Kak Izzah berganda.Begitu juga dengan rezeki kita semua agar Allah sentiasa limpahkan rezeki dan keberkatan.


10 comments:

  1. Nampak menarik bungkus nasi lemak dengan daun simpor. Cantik! Kalau di Sabah, nasi linopt boleh dibungkus gunakan 7 jenis daun pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh,,saya tak perasan pun typo linopt..sebab auto baca linopot🤭.
      Bungkus dengan 7 jenis daun pilihan tu maksudnya boleh pilih salah satu dari 7 atau memang syarat kena bungkus sekaligus 7 jenis daun?
      Pernah baca pasal nasi linopot ni tapi tak perasan pasal daun

      Delete
    2. Guna salah satu daripada tujuh jenis daun.

      Delete
  2. pagi tadi wak pun sarapan nasi lemak.
    tak bungkus pakai daun, terus ceduk masuk pinggan sebab pn is3 yang masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas makan kalau is3 yang masak sendiri kan Wak

      Delete
  3. Sedapnya nasi lemak tu.. laksam pun kegemaran sy jugak.. Aaaa.. terliur! Moga dilimpahkan rezeki buat si pemberi.. Alhamdulillah syukur ❤️

    ReplyDelete
  4. Aduh.. sy yg masih belum dapat2 lagj nasi lemak daun simpor ni, Mak Ngah. Kena carilah daunnya, kena kenal pokoknya dulu. Salah pokok ghisau keracunan, hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik bercuti ni acer pandang sepanjang hi way PLUS terutama selepas Sg Perak nak ke Terowong Menora..Yg daun lebar bunga kecil warna kuning tu daun simpor la..Tapi jangan berhenti pi petik pulak..bahaya🤣

      Delete