Friday 16 September 2022

MEE SIPUT CICAH SAMBAL TUMIS- KUDAPAN CUTI HARI MALAYSIA

 Selamat menyambut Hari Malaysia..


Jemput mencicip Mee Siput Cicah Sambal Tumis..Juga meneguk secangkir kopi 0 panas di pagi Cuti Hari Malaysia 2022.


Kerangupan mee siput goreng ..bila dikunyah memang menggegarkan pipi 🤣( mee yang over rangup @ pipi yang makin hilang anjal.dimakan usia?🤭)

Rasa lemak-lemak mee siput goreng bercampur dengan pedas berperisa sambal tumis bilis.Disulam pahit manis kopi cap gantang meransang deria rasa.


Sebenarnya malam tadi,sambil melayan mata saya buka   YOU TUBE KAT SINI...

Nampak cara buat mee siput dan bila tengok mee siput digoreng tu...terliur.


Teringat ada stok mee siput pemberian kawan anak bujang saya iaitu Haziq
Kalau perasan,saya selalu juga cerita Haziq selalu kongsikan rezeki...burasak la..lepat loi...daging dendeng la bagai.Beberapa minggu lepas ada saya masak bayam brazil tumis belacan tu pun pemberian Haziq..Sebenarnya kiriman dari emaknya.
Sebetulnya saya tak pernah kenal mak Haziq..tapi saling berkirim salam terutama bila emaknya kirim apa-apa makanan.


Ni la rupa mee siput kering.Kali pertama makan mee siput goreng cicah sambal tumis pada tahun 90-an.Makan kat KL.Mee siput mendapat nama katanya kerana bentukknya seperti sanggul.Sanggul tu  ada orang  sebut siput. Sebab bentuk sanggul macam siput..Wallahu'alam.

Kat kampung  saya di Kedah takda mee siput ni rasanya.Tapi kami ada mee sanggul.Juga sejenis mee  leper, nipis dan dibentuk seperti sanggul sebelum dikeringkan.Biasanya mee sanggul tu dijadikan mee goreng selepas dicelur.Ada juga menjadikan bubur manis sebagai pencuci mulut.


Mengambil tips dari youtube tu...katany nak goreng mee siput minyak kena banyak dan betul-betul panas,barulah mee akan mekar dan rangup.
Alhamdulillah bila dilepaskan dalam minyak yang sudah panas dalam kuali,mee siput ni kembang mekar bagai keropok 

Saya goreng dua keping.

Kemudian,masak sambal tumis.Semata-mata nak feel makan mee siput ni..hihihi

Bancuh kopi dan duduklah mengudap depan TV.
Nikmatnya  cuti....hihihi...
Kadang rasa nak saja isi borang pencen awal...hihihi
Tapi bila fikirkan komitmen..nak bayar rumah...kereta..anak belajar..itu ini.......huhuhu
Terus pujuk diri...
Semangat..!
Semangat..!
Semangat...!
Selamat Hari Malaysia..!

10 comments:

  1. Waa first time tengok menu ni. Selamat bercuti 🌸

    ReplyDelete
  2. Mee siput ni PH pernah makan; cicah sambal dan buat goreng juga.
    Mee sanggul tu dulu arwah mak suka buat bubur. Arwah Pak suka. Tp sy lagi suka versi goreng.

    Semangat MC 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan saya orang Baling juga..Dia kalau buat laksa ..wajib buat juga mee samggoi .Pastu makan laksa campur mee sanggul goreng tu..Dia kata kalau tak buat macam tu tak puasa makan

      Delete
  3. Sedap tu kudap-kudap mee siput cecah sambal tumis.
    Ramai kawan saya pencen awal. Saya masih boleh bertahan, dan asyik mengira tahun-tahun terakhir saja. Moga kita terus bersemangat untuk menumbang bakti kepada pembangunan negara tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu seronok bekerja sebagai satu terapi.Selepas PKP Covid 19 ni semangat merudum..Bukan salah covid tapi diri sendiri..huhuhu
      In shaa Allah..semoga Allah mudahkan urusan kita semua

      Delete
  4. Pertama kali makan mee siput goreng dan cicah sambal tumis adalah waktu belajar di UUM. Kawan dari Johor bawa bekalan dari kg. Masa mula² dia pelawa makan, mcm endah tak endah tapi bila dah rasa..wowww..teringat² sampai sekarang. Hihihi
    Moga terus semangat kak 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Jaja...
      Saya pun makan dari kawan Johorean...

      Tengah mengumpul semangat..SemogAllah buangkan rasa malas dan gantikan dengan semangat membara serta mudahkan urusan..

      Delete
  5. Masa Iman sekolah agama dulu, ada ustazah jual mee siput. Banyak2 mee siput sy makan, sambal mee siput ustazah tu la yg paling sedap rasanya.
    Hurmm.. layan betul tu, mee siput dgn kopi o panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya ada lagi tak ustazah tu.Kalau la ustazah tu baca..harus dia hantaq sepinggan kat rumah SK tu

      Delete