Friday 9 September 2022

MAKAN KENDURI YANG SUNGGUH SEDAP & NOSTALGIA @ KAMPUNG GUAR KEPAYANG

Balik kali sempat makan dua kenduri berturut-turut.


Kenduri ke-2 ni @ Kampung Guar Kepayang.
Kami merentas sawah padi yang luas dan sungai untuk sampai ke Kampung Guar Kepayang..

Signboard Kampung Guar Kepayang..Cantik kampungnya terletak di kaki bukit mengahadap sawah padi saujana mata memandang.Rumah kenduri betul-betul di kaki bukit tu.


Masyaa Allah...
Hidangan yang sungguh nostalgia..
Kari Ayam + Kentang.
Kurma Daging Kerbau.
Kerabu Perut  Kerbau + Taugeh.
Gulai Lemak Nangka Muda.
Ikan Masin Goreng.
Ulam-ulaman beserta sambal belacan.
Ulamannya terdiri daripada aneka pucuk kayu termasuklah pucuk senerui,pucuk samak dan beberapa jenis pucuk lain.Paling rare ialah ulam pisang kapas muda yang disiat kulit dan dihiris bulat.Tu yang dalam tray depan mangkuk sambal belacan.



Tu...pinggan saya..🤭
Penuh kerabu perut fresh ...kurma daging kerbau..ikan masin..ulaman dan sambal belacan


Pic saya snap..biasa la..gelap gulita🤣


Pinggan Achik...
Achik snap cantik la terang ...

Pinggan Aqil..nasi dan kurma daging kerbau saja.


Aqil ambilkan mihun sup panas..dan teh tarik.


Eh..tersedondon pula dengan TTK..hihihi

Di rumah jiran kenduri seberang jalan yang penuh motosikal tu ada DJ yang mengalu-alukan tetamu.Paling best semua lagu-lagu yang dimainkan nun...lagu-lagu 80-an dan 90-an yang pastinya menghanyutkan saya dalam arus kenangan zaman kanak-kanak dan remaja.Rasa nak nyanyi bersama dan rasa nak nangis pun ada..sangat rindu masa lalu yang telah lama menjauh.

Achik dan tuan rumah kenduri..Tu mak dan bapa pengantin..Pengantin lelaki sahaja nampak di belakang nun...hihihi

Lupa pulak snap gudies yang kami dapat..
Tiga botol Kicap Mudim..dan beberapa pemberian lain.
Selesai bersalaman kami beransur meninggalkan rumah kenduri dan suara DJ yang masih memancing dengan lagu-lagu nostalgia...


Kami melewati Kampung 
Kerkau...Tak tau apa makna kerkau tu tapi kampungnya cantik..sayangnya video kampung tu entah terdelet entah saya yang lupa tekan record.



8 comments:

  1. Sedap menu kampung.

    Kicap Mudim…antara kicap kegemaran saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      kicapnya pekat dan boleh guna tanpa was-was

      Delete
  2. Beberapa kali jugak berpeluang pergi kenduri kat Kedah, belum jumpa lagi yang dekat dengan sawah padi. Teringinnnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah kalau dizikirkan ..Allah makbulkan...
      Kalau ada rezeki jodoh anak-anak saya ka..🤭
      rumah saya memang dikelilingi bendang..ada tasik rekreasi jugak tau..

      Delete