Saturday 10 September 2022

BELI SOMTAM VIRAL @ KUBUR PANJANG

 

Somtam Viral yang sangat sedap...
Kalau pinjam ayat SK ...
Somtam ni pedas 
" namatey" tapi kesedapannya juga memang namatey

Sebelum singgah beli somtam,Achik bawa ronda beberapa buah kampung.

Ni kat Kampung Nam Dam..Katanya Nam tu dalam bahasa Siam maknanya Air...Dam tu pula dalam bahasa Siam maknanya Hitam...Kampung Nam Dam bererti Kampung Air Hitam jika diterjemah dalam bahasa Melayu.
Masa balik kenduri Kampung Guar Kepayang...Achik bawa ronda-ronda ke Kampung Paya Rawa...Pokok Asam,Kampung Nam Dam dan terus keluar ikut Pekan Kubur Panjang.
Kita akan melewati perkampungan Melayu dan perkampungam masyarakat Siam.
Untuk membezakan orang Melayu dan Siam biasanya dari pakaian.Kalau bertudung tu walaupun berbual dalam bahasa Siam mereka adalah Melayu  Islam.
Kalau rupa orang Melayu tetapi kebanyakan berbaju lengan pendek atau sleeve less dan berkain batik agak singkat...kebarangkalian besar adalah orang Siam.Namun jika sudah lama tinggal di sini atau sudah lama berkawan,kita akan mudah mengenali dan membezakannya..
Saya ada mempunyai saudara mara sebelah arwah ayah saya @ Kampung Pokok Asam dalam mukim Kubur Panjang ni.Kebanyakan generasi lama fasih berbahasa Siam sehingga ada yang lebih fasih berbahasa Siam berbanding bahasa Melayu Kedah.Kalau mereka berbahasa melayu pun dia punya dialek bebeza dengan dengan bahasa Melayu Kedah biasa.Generasi muda semakin kurang yang pandai berbahasa Siam tetapi masih ada yang dapat menguasai dengan baik.Beruntung mereka dapat menguasai lebih satu bahasa.Saya hanya boleh mengira dalam bahasa Siam dan hanya boleh mengingati maksud dan beberapa  perkataan yang mudah-mudah sahaja.Itupun sebab terikut dan mengikut rakan berbangsa Siam ketika zaman sekolah menengah dahulu.Rugi sangat kerana masa tu tiada kesedaran untuk memperlajari bahasa Siam secara serius 



Masa lalu Kubur Panjang tu la Achik singgah kat Gerai Somtam Viral ni.
Lokasi tidak jauh dari simpang tiga  depan Balai Polis Kubur Panjang arah ke Pendang.

Sebungkus hanya RM6..
Melambak...Balik tuang dalam pinggan memang penuh sepinggan.Kaya dengan bahan dan rasa.
Boleh request nak biasa atau extra pedas.
Warna memang sangat menarik.Tomato merah..udang keringnya juga sekor-sekor terasa sedap.




Saya pilih extra pedas..Memang namatey la pedasnya.Sedapnya juga ya ampunnnn...
Esoknya saya ada tengok jual kat Pasar Malam Yan.Sebungkus RM7 tapi portionnya ada la segenggam...
Makanya tidak syak lagi Somtam Viral Kubur Panjang ini pada pandangan saya...TERBAIK..!
Penjualnya juga ramah...Cella sempat tanya beberapa perkataan dalam Bahasa Siam dan penjual menjawab dengan ramah sambil mempelawa datang bersama kertas dan pensel untuk dia ajarkan...Heeeee..kalau dakat-dekat...sayapun nak..hihihi
Jom saya belanja video masa saya dan Cella beli somtam dan punch buah..
Saya hanya rakam separuh gambar..Tapi mai la dengar ...Saya belanja audio kakak penjual tu berbahasa Siam

Haaa...jelas kan...
Kalau yang pandai berbahasa Siam...boleh faham tu apa yang dikatakan...Kebetulan masa saya membeli,penjual tu cakap ada kawannya sedang telefon.


Cella beli punch buah.RM13.00.
Satu somtam RM6 + puch buah RM13.00
Jumlahnya RM19.00
Cella tanya kalau RM19 tu dalam bahasa Siam...sebut apa...
Kata penjual tu..
"Sib Khau"
Heee..sib saya tahu la sepuluh...khau sembilan..
Rupanya agak mudah nak mengira dalam bahasa Siam kerana jika hafal 1hingga 10 ..maka yang lain juga sambung sahaja guna semula angka awal..
Contoh 13...
Sib Sang..
Sebab sebelum ni saya hanya boleh mengira 1 hingga 10 sahaja dalam bahasa Siam..🤭

Selain somtam,punch buah..ada juga beberapa jenis makanan lain turut dijual termasuk Laksa Siam.

Punch buah dia nampak menarik.Saya tak rasa pun.Cella & Aqil saja makan dan habiskan dalam kereta.


6 comments:

  1. Teringat masa mengandungkan Ahnasofea. Teringin makan somtam. Terasa² kat tekak macam yang pernah makan kat UUM dulu. Tapi yg dapat kerabu mangga je 🤣. Tak sama rasa somtam sini ngn sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Jaja...somtam sini tak sama..
      Cuma kalau mengidam lagi try pi Suraya Restoran @ Kampung Baru

      Delete
  2. Ni dekat tak dengan Aloq Setaq? Mana tahu rajin nak jalan2 masuk kampung nanti kalau pi sana, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak reti nak habaq la pulak .
      Bila-bila balik acer try search location Balai Polis Kubur Panjang..kot boleh agak jauh dekat dia

      Delete
  3. terus rasa nk mkn somtam...first time mkn terus suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tiap kali tengok pic tu pasti meleleh ayaq lioq

      Delete