Wednesday 4 May 2022

GAMBAR RAYA KELUARGA KAMI 2022

 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami...termasuk bonda tercinta..



Hanya kami tiga beranak.Anak bujang tak dapat cuti raya tahun ni.

Achik dah beli baju Melayu maroon...daia pakai baju Melayu hijau pula pi kerja...hihihi



Tema maroon tahun ni.


Seperti biasa pakaian raya kami ditaja oleh Achik..


Sudah hampir 20 tahun pakaian raya kami ditaja Achik..

Tahun ni Achik sponser 3 pasang baju raya sedondon...

Maroon..

Blue black...

Marble merah pink..


Family Achik...
Ni la penaja baju raya saban tahun untuk kami anak beranak dan mak.

Sebenarnya Achik kata depa dah bergambar anak beranak di rumah mereka sebelum bertolak balik kampung mak..Tu yang depa sampai lambat bawa balik lauk pauk nasi tomato  pagi raya tu...


Patut la depa lambat...depa bergambar dulu...hihihi

Maroon terang sikit dari kami..

Untungnya Achik kerana dia menjadi bunga dikelilingi kumbang...

Semoga Achik...Pakcik dan keluarga dilimpahi rezeki dan rahmat...

Achik belikan kebaya untuk anak dara dua beradik tu...
Dipakai bersama pario


Untuk saya ..Achik belikan kurung moden lace bersama batik pleated..
Achik dari dulu hingga kini stay slim..
Kakaknya kena la lebih skit kilonya🤭🤣

Adah dah macam nyonya meneer dengan kebaya dan batik...hihihi

Tuan tanah kedaung....
Cella suka sangat dengan kebaya pemberian Achik ni..
Mak kena menyorok sikit kat belakng nak kasi nampak slim sikit🤣


Dah beberapa tahun malad nak bergambar beria...
Tahun ni meraikan Aidilfitri terasa penuh nostalgi...melayan depa 2 beradik ajak bergambar kenangan.

Anak bujang nun di KL...
Kami yang pompuan berposing depan rumah kampung...

Berlatar belakang rumpun buluh madu

Depa dua beradik tu suruh posing macam-macam...ikut ja la...


Sat lagu tu
Sat lagu ni...
Kita layan ka ja la..

Achik dan hero-hero nya


Cucu-cucu mak

Empat sepupu

Dua lelaki 
Dua perempuan
Sorang lagi lelaki kat KL...kena kerja...


Dua beradik + dua beradik


Kesian Aqil kena jadi pak turut gaya posing..
Jenuh dia nak angkat kaki tinggi...hihihihi

4 comments:

  1. Salam Aidilfiri. Maaf zahir dan batin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga KA...maaf zahir dan batin

      Delete
  2. Wow! Berseri-seri kilauan cahaya di hari raya.

    ReplyDelete