Saturday 21 May 2022

MASAK KUAH KACANG + DAGING

 Masih dengan menu raya..tidak jemu-jemu

Hari Khamis...semalam punya semalam ..
Nasi Impit dengan Kuah Kacang + Daging 

Seperiuk kuah kacang + daging..Sememeh periuk kalau  masak kuah kacang(padahal boleh lap kannnn...🤭)

Masya Allah sedapnya ya ampun....(puji masakan sendiri)😁😁
Masak dalam rice cooker sebab boleh tinggal-tinggalkan & tak risau terhangus bagai.Lagi satu ebab utama sebab malas nak bersihkan percikan kalau masak kat dalam kuali.Masak dalam rice cooker...lebih cepat dan mudah pecah minyak sebab tutup sentiasa 
Saya gunakan daging lembu bahagian lembut.Daging segar   yang beli kat Kedah masa balik raya dua minggu lepas.

KUAH KACANG +DAGING


½kg  kacang tanah
½ kg daging -potong kiub
( rebus hingga empuk)
1 asam keping
1keping kecil gula melaka
1½ sudu teh garam
1 batang serai- ketuk

Bahan Blend:
30 cili kering( saya guna 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih
segenggam ikan bilis bersih

1. Basuh kacang tanah dan masukkan dalam kuali bersama 3 sudu minyak dan sentiasa kacau hingga kacang garing.
2. Angkat kacang dan biarkan suam sekejap & blend dalam blender basah + 3 cawan air hingga agak halus
3. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend Masukkan asam,garam dan serai & masak hingga naik minyak
4. Masukkan pes kacang blend tadi dan gula melaka.
5. Masak hingga mendidih.Tambahkan daging rebus bersama air rebusannya.Masak lagi hingga mendidih
6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik dan pekat
7. Sesuaikan rasa

Jangan lupa rebus nasi impit ...hihihi

Masih ada 1 bekas kuah kacang daging ni  saya frozenkan.Terliur nak makan dengan lemang pulak ni...
Hari tu naka bujang tu janji nak masak lemang lagi dengan kawan-kawannya....terliur dah  ni....hihihi


2 comments:

  1. lagi xabis bulan syawal selagi tu la nak menu raya je kan.. hihi

    ReplyDelete
  2. Suka jugak masak sambal kacang (saya panggil sambal) yg ada daging, biasanya sy letak daging tetel, lemakkkk, hahaha.

    ReplyDelete