Friday 6 May 2022

BALIK KEY EL-RAYA KE 4


Setelah 5hari dan 5 malam di Kedah...tiba masa nak kena balik KL pada hari Khamis...Raya ke-4.
Kalau boleh nak ja balik balik Sabtu atau Ahad untuk menikmati toll free lagi.Tapi memandangkan anak dara bongsu nak kena balik Trengganu pada Jumaat malam...maka Khamis pagi kami bertolak balik KL...
Bertolak pukul 8.50 dari rumah Achik.Pukul 9.00 pagi masuk Tol Pendang..
Alhamdulillah PLUS lancar hingga ke Juru...
Selepas tol Juru,kereta agak banyak tapi masih bergerak...

Lepas Sungai Perak...


Mendaki Bukit Berapit menghampiri Terowong Menora.

Dah lepas Tapah,arah utara pula jem.

Setelah menempuh 7 jam perjalanan,sampailah rumah..Alhamdulillah..7 jam itu lebih pendek berbanding 10 jam balik Kedah sebelum raya.

Seperti biasa...kalau kami nak balik KL terutama musim cuti raya dan musim covid hari tu..Achik akan sediakan bekal untuk kami.Kata Achik kalau jem terlalu ramai di R&R boleh makan bekal.Kalau tak ramai,nak makan juga kat R&R...bekal.dah boleh jadi makan malam.Tak payah fikir nak masak dah.

Alhamdulillah ...kami tak berenti makan kat R&R..
Bekal pun tak makan Banyak minum air saja.Akhirnya bekal jadi dinner.Terima kasih Achik...Semoga Allah ganjarkam dengan pahala melimpah untuk Achik dan kelaurga...


1 comment: