Tuesday 22 February 2022

MASAK ASAM PEDAS AYAM + BELIMBING

 Musim belimbing..


Baki belimbing yang Ros bagi tu,saya masak asam pedas sama ayam.

Tapi ni hari Jumaat rasanya saya masak ni.Masak waktu malam..Esok makan..Uiii..nikmat..!


Masak asam pedas belimbing  dengan ayam.Saya lagi suka belimbing masak asam pedas dengan sardin.Tapi sejak anak bujang tu kena chalazion...saya dah berehat sebentar daripada masak sardin.Kalau tidak sebelum sebelum ni selang sehari dua hari,saya akan masak sardin.
Now dah jadi seriau pulak nak masak sardin walaupun tak pasti sardin menyumbang atau tidak kepada pertumbuhan chalazion tu.

Mula ingat nak copy paste ja resipi ASAM PEDAS AYAM DENGAM BELIMBING BULUH tahun 2014 ni...tapi tengok bahannya banyak pula..Agaknya masa tu saya rajin lagi..

Now,saya masak ala kadar saja...main campak lebih kurang ja..


Asam pedas pun saya suka masak awal beberapa jam sebum makan supaya rasa lebih meresap.Ni saya masak malam.

9 comments:

  1. Eh, kita pun masak asam pedas semalam. Nantikan entrinya, hahaha.

    Tapi, yg ada belimbing buluh ni lebih mengancam nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok...dah baca entri asam pedas pari permintaan PI...hahahaha

      Delete
  2. Terus kecur dibuatnyaaa adoiiii... belimbing ada lagi tu, kalau rajin nak masak asam pedaslah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara musim ni Lin...Kadang susah juga nak dapat belimbing kalau bukan musimnya...eh,belimbing bermusim ke?

      Delete
  3. kecur pulak liur...
    letak belimbing buluh dalam kari sardin pun yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ammi..
      Saya pun lagi suka masak dengan sardin.Tapi tu la..nak stop sekejap makan sardin.Tinggu anak bujang elok baik chalazion nya.

      Delete
  4. Wah, rasa masam semula jadi ni. Sedapnya Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera mak-mak seangkatan kita cikgu...suka masam-masam dan pahit-pahit sikit kan...

      Delete
  5. Belum pernah makan asam pedas campur belimbing. Letak banyak banyak kaw rasa masam dia. Saya pun suka masak sardin letak belimbing buluh. sodap!

    ReplyDelete