Sunday 20 February 2022

LUNCH @ BANGI RESORT HOTEL

Semalam...Sabtu

Lunch @ Bangi Resort Hotel.
Bersebelahan Bangi Golf Resort..Pernah la sekali dinner kat Bangi Golf Resort tu..Ingatkan kat situ...Rupanya Bangi Resort Hotel kat depan sikit..
Tapi kerana parkir kat BRH tu fullhouse maka kami tumpang parkir kat BGR..


Nasib baik disediakan suttle bus .Kalau tidak,peluh juga ketiak nak jalan dari parking tu..



Cantik view hotel ni..
Semua pic ni kredit to Suhairi...Kalau saya yang snap takkan la secantik ni🤭

Suhairi...jurugambar.
Kerja dia ambil gambar jika ada even...tengoklah gajet dia..harga boleh buat down payment Axia...hihihi
Tapi gambar dia jangan cari..memang tak jumpa.
Ni kali ke 10 kot nak snap gambar dia tak dapat juga..Puas Shifa dan Ros nak tarik mask dia tak dapat..hihihi

Seriau pula tengok sudu garfu kat tangan dia...Risau jadi Kasim Selamat...!

Syyyyy....suhairi ni bujang teruna lagi tau walaupun dah 40++


Bagi yang suka bergambar ..tempat ni sesuai

Bagi yang suka makan macam saya ni....takda la saya peduli sangat view dia...hihihi


Orang pro ambil gambar memang cantik.

Gambar tangga pun cantik...hihihi

Jom masuk...


Sebenarnya ..lunch  merangkap majlis perpisahan Kak Reen yang akan memulakan tugas di tempat baru...Genting Higland katanya...

Semoga Kak Reen sukses di tempat baru dengan jawatan yang baru.
Tapi wajah Kak Reen tak nampak sedih pun kan..🤭
Mana nak sedih...dia dapat seutas gelang tangan emas dan sekeping jongkong emas kot semalam..😍


Nampak ada pic ni ja untuk makanan..Saya yang food lover ni lebih suka kalau dapat pi hitea🤭


Tema songket...tapi kita tak ada songket ori..Pakai songket pelesu ja 🤭


14 comments:

  1. Confused pulak 2 tempat ni..beza resort dan golf. Tempat pun dekat dekat. Gajet orang pro begitulah mama cella. Demi gambar cantik. Kalau dapat syoknya lahhh..tapi kita main gajet handphone je mampu..hehe..lawak pulak tak sedih sebab dapat gelang emas.Songket pelesu pun bolehlah..bukan dia check ori ke tidak. Hehehe..gurauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fiza...
      Memang confuse kejap...dah la sebelah menyebelah..Dengan tak reti temgok waze🤭
      Saya hanya mengharap signboard dan daya ingatan sahaja...hihihi

      Delete
  2. penuh cahaya keimanan muka puan blog ni sampai memancar2 sinarannya.. hahah

    ReplyDelete
  3. Yg diraikan tu seronok agaknya dapat duduk di tanah tinggi pula :D
    Songket pelesu pun cantik je nampaknya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opkos seronok yang dirai tu...dok tempat sejuk sesuai dengan tuan badan yang memang suka speaking London bila berurusan🤭
      Pelesu pun cantik..kalau ori lagi la cantik kan🤣

      Delete
  4. Walaupun suka makan tapi sentiasa langsing, apa rahsianya??

    ReplyDelete
  5. tak penah tak sedap makanan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap..
      Tapi saya dessert lover...kalau dapat hitea lagi syok...hihihi

      Delete
  6. wah cantik-cantik semua gambar, kalau yang minat ambil gambar kamera dslrnya memang regenya beribu malah puluh ribu pun sanggup beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la Dana....
      Handphone dia pecah dia ikat getah ja..tapi camera & lens dia bertukar ganti

      Delete