Monday 14 February 2022

MASAK RENDANG AYAM CILI PADI

 Hari ni bawa bekal nasi impit sama rendang ayam


Ni,balik tadi pun makan lagi nasi impit rendang ayam ni

Walau rupa tak cantik tapi rasa dia Alahamdulillah sedap...hihihi masuk bakul angkat sendiri...


Asalnya rendang ni hijau sebab guna cili padi hijau.
Guna bahan simple sahaja.

RENDANG AYAM CILI PADI
25 ketul ayam
3 asam keping
1 gula nisan/gula melaka
½ kg santan
2 sudu kerisik
5 daun limau purut 
1 daun kunyit

Bahan Blend:
1 mangkuk cili padi hijau
(+-200gm)
2 bawang holland
5 serai
1 ketul lengkuas(besar ibu jari )
1 ketul kunyit(besar ibu jari)

1. Masukkan ayam dalam kuali bersama bahan blend.Masak hingga mendidih

2. Bila air ayam dan mula kering baru masukkan santan,asam,garam,gula nisan dan masak hingga mendidh sambil sesekali dikacau supaya tidak hangus dasarnya 

3. Tambah garam,asam keping,gula nisan, daun limau purut dan kerisik.

4. Masak api perlahan hingga terbit minyak.Sesuaikan rasa dan tabur daun kunyit hiris


Masa masak pun masih hijau.Malang stok kerisik pemberian mK sudah habis.Minta anak bujang tu beli terkena pula kerisik hangus yang memang hitam legam.
Mulanya berbelah bagi nak guna atau tak kerisik tu...
Akhirnya deside masukkan juga..


Kehitaman sudahnya rendang ni...
Nasib baik hitam-hitam si tampuk manggis...Walaupun hitam tetap habis...
hihihi


Nasi impit pun nasib baik juga tak lembik.Risau dah nak guna brand Adabi..Tapi guna juga....hihihi...

Hasil dari sekor ++ ayam dapatlah dipanjangkan bila dijadikan bekal.Bagi cleaner sikit.Balas bekas Kak Mel bagi soto hari tu sikit...
Agaknya berkat panjangkan sedekah.Maksud saya sedekah penjual ayam tu.
Minta anak bujang belikan sekor ayam kat pasar hari Jumaat minggu lepas.Kata anak bujang tu dia minta penjual tu potong 18.
Masa saya cuci ayam untuk simpan dalam peti ais,memang terasa macam banyak pula bahagian isi/dada.Sekali anak bujang tu cakap,dia nampak penjual tu tambah.Katanya setiap yang beli ayam,penjual tu tambah beberapa ketul.

Kata saya..agaknya itulah cara penjual ayam tu bersedekah pada hari Jumaat.Mungkin juga ada orang lain yang amanahkan untuk sedekah.Selalu juga tengok kat youtube,orang bersedekah dengan cara membeli jualan seseorang dengan jumlah yang banyak dan meminta penjual tu sedekahkan kepada orang lain.Banyak cara untuk bersedekah kan...Ada yang sedekahnya disampaikan secara terang-terangan supaya menjadi inspirasi kepada yang lain.Ada yang bersedekah secara senyak kerana hanya mahu Allah sahaja yang tahu.


Rendang ayam cili padi makan dengan nasi impit.Anak bujang tu la pulun sungguh makan.Dah macam makan masa raya 
Tahun ni raya kat mana?


5 comments:

  1. rendang cili padi mmg selalu jadi pilihan ammi sbb tak muak bila makan. kalau rendang tak pedas nanti jadi mual

    ReplyDelete
  2. Teringat dulu anak murid bagi Rendang Cili Padi ni, sy mintak resepi buat tak jadi. Rupanya, cili tu dia tak tulis cili padi, tapi cili aje, Sy guna cili kering, memang tak jadilah rendangnya.

    ReplyDelete
  3. 1st time mkn rendang ni masa adik ipar msk.. mmg sdp sgt.. kami org mlk biasa buat guna cili kering je.. 😬

    ReplyDelete
  4. Allahu.... inilah makanan kegemaran saya. Kenapa Mama Cellah makan tak ajak-ajak ni huhuhuuuu.

    ReplyDelete
  5. Adududu..terliur tengok. Memang sedap lah rendang ayam cili padi. Pedas dia tu menyengat. Alhamdulillah..dapat juga berkongsi rezeki dengan orang lain juga.

    ReplyDelete