Monday 5 July 2021

SEMINGGU TINGGAL RUMAH,BURUNG PUN BERSARANG

 

Balik Kedah sekejapan sangat & memang stay kat rumah Achik.Tapi petang hari Jumaat tu terputus bekalan air.Sebab nak jimat air tangki kat rumah Achik,kami bergerak untuk mandi kat rumah saya.Lagi pun nak jenguk la juga sekejap rumah tu.Sementara Adah & Aqil mandi,jenguk belakang rumah kejap.


Tengok pokok pisang yang mak tanam  dah berbuah.

Kata mak,seminggu dua lagi dah boleh tebang pokoknya.Ni pisang emas ringan.

Tanah sekangkang kera di belakang rumah,mak penuhkan dengan ulaman.

Pokok kaduk dah terlalu tua sebab mak tak petik.Daunnya dah tak cantik sebab dah tua.Kata mak tiada siapa nak makan.Ish,kalau la saya ada,tak sempat berdaun dah kaduk ni...hihihihi.


Pokok betik  pun dah berbuah.


Mak suruh ambil sepasu pokok kucai ni bawa balik KL.Kata ada lagi sepasu dibalik semak-semak tu.Hihihihi,taknak lah saya.Nanti naya pokok tu mati.Nak makan kucai beli jer lah.Sayang pokok kucai mak.

Ni kucai spesis daun halus.Daunnya pula berrongga di dalam macam straw.


King salad...Hihihi
Ulam raja tak pernah putus...

Cantik bunganya...


Biji benih pun banyak dah masak.Kalau gugur,tumbuh lagi anak pokok ulam raja.

Pandan & serai dah mula semak.Pokok ubi pun banyak mak dah tebang.

Lagi pokok pisang di sudut lama dah mula beranak pinak.Cuma poko sirih mak kata macam nak mati dah.Hari tu kemain subur sirih tu.


Eh,sekali ternampak sesuatu kat  corner wayar elektrik tu..

Sekali bila tenung betul-betul...Laaaa...sarang burung.Rumput-rumput tu masih hijau lagi menandakan sarang tu masih baru dibina.Kata mak sebelum ni takdak pun.Ni mesti dalam sehari dua ni saja ni burung buat sarang Kata mak tak sampai seminggu mak tinggalkan,burung pun dah buat sarang.Nak bina sarang ,binalah burung oi...Jangan dok jahanamkan wayar elektrik tu dah la...hihihihi


5 comments:

  1. Rindunya dengan sawah padi yg menguning tu! Entah bila dapat balik kampung :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah...sama-sama kita teruskan doa kepada Allah....

      Jujurnya bila lalu hi way PLUS dalam kesunyian tu sangatlah tidak seronok & menakutkan Apatah lagi kalau malam

      Delete
  2. Bestnya rumah di tepi sawah. Dulu, masa tgh berendut ngan Pak Inche, kita tak pernah pun pergi Kedah lagi, terbayanglah negeri jelapang padi dgn sawah padi menguning. Rupa2nya.. pokok getah yg banyak, hihi.

    Burung tu nak kasi meriah rumah.. takut byk hasil tinja plak kat dinding ngan lantai nanti, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      jujurnya..saya pun setiap kali balik tengok pokok getah & sawah padi akan ingat SK..

      In sha Allah ada rezeki pasca covid jom kita #gengrayakedah# mai la beraya

      Delete
  3. Samalah dengan saya mama Cella. Kalau saya ada pokok kaduk memang tak sempat berdaunlah saya gondolkan hari-hari hihihiii.

    ReplyDelete