Thursday, 8 July 2021

NGETEH @ HOME

 Pagi tadi sementara nak tunggu taklimat online..Layan dulu roti canai..Bukan uli sendiri..tapi beli yang frozen

Ramai dah rindu mamak bila lama sangat PKP.Sebenarnya depa rindu roti canai ka rindu kat mamak tu...?
Hihihi...
Dulu zaman muda,saya selalu juga ngeteh @ mamak.Bila mula jejak middle fourty dengan tak sengaja dah tak ngeteh @ mamak.Sekarang lagi la memang semua rakyat Malaysia dah tak dapat nak ngeteh mamak dah.


Beli roti canai frozen ni untuk Cella & abangnya buat sarapan @ makan malam masak balik Kedah tinggalkan depa hari tu.Tapi depa tak masak makan pun.
Eh,roti malabar sama ke ngan roti canai?


Tak perasan pun nama dia roti malabar..Ingat roti canai.Sekali masa post dalam family group..Achik kata mula dia baca 
MALASBAKAR ROTI
不不不不不

Rupa dia sama ja.


Sapu minyak sikit kat kuali.Kena masak masa masih beku.Kalau dah defross susah nak handle..lembik

Balik-balikkan...

Siap.....ni ada yang nak makan kosong vs teh macam kat mamak..Boh la roti & teh dalam bekas aluminium sebab nak feel mamak kan...


Heeee.....mak-mak kena up la skit.Jadikan roti tampal.Cicah kari daging & sambal bilis.Teh panas jangan lupa..Kalaulah kari tu adalah kari kambing.....lagi la aum...



4 comments: