Wednesday 7 July 2021

UBI REBUS vs KOPI CAP GANTANG

Baru habis BDR..Berehat sebentar bersama kit-kat.Tapi kit-kat takdak.


Yang ada ,ubi rebus vs kopi cap gantang.Patut ni lunch hour.Tapi hari ni time management tak cantik.Agak kelam kabut.Puncanya dah bangun pukul 4.30 boleh terlelap kat kerusi sampai pukul 5.30...haru hara la jadinya.Bekal anak bujang pun tak masakkan hari ni.Dia kata dia balik awal hari ni lunch kat rumah.Tu yang boleh layan mata terlelap semula kat kerusi tu..Sedar-sedar dia dah buka pintu nak pi kerja....hihihi


Subuh tadi rebus beberapa ketul ubi kayu kuning & seketul ubi kayu putih.Ubi yang mak bekalkan untuk bawa balik KL.Rebus dalam rice cooker ja sambil  BDR secara online.

Sambal bilis  minyak boleh buat mandi...hihihi

Ubi kuning lebih menarik warnanya & teksturnya lebih liat.Ubi putih lebih gebu & rasa lemak-lemak bila dikunyah.Keduanya ada keistimewaan sendiri.
Apapapun ubi,akan lebih sedap dimakan bersulam hirupan kopi 0 panas.

Bancuh kopi cap gantang.Ni stok beli kat Kedah.Ada lagi yang dah buka bungkusannya stok order kat shopee..Setakat ni tekak saya hanya suka kopi cap gantang & cap raga from Kedah.Kopi lain yang ngam dengan tekak saya ialah kopi 434 Kluang .Kopi lain pun minum juga,cuma jarang-jarang.Tapi kopi mahal  cap perempuan (sebutannya starbuck) tu saya belum try sebab tiada yang sudi nak belanja.hahahaha...
Alhamdulillah,perut dah penuh.Nak gerak masak lunch pulak...




4 comments:

  1. Setakat ni saya ada dua jenis kopi dalam simpanan. Kopi Cap Kuda Terbang kiriman Pak Herman dari Padang, dan Kopi Cap Lampu hasil pembahagian bakul makanan PKPD yang lepas. Datang sini ada Kopi Cap Gantang pulak! Macam-macam jenama ada ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cap kuda terbang tu macam pernah tengok la
      Gambar kida warna merah bersayap.Tapi tak ingat product apa

      Delete
  2. Parut ubi kuning tu buat kek dik yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaaa....yang kuning dah habis...sebab hari tu mak nak bagi banyak saya jual mahal.Ni tinggal ubi putih sahaja

      Delete