Friday 22 January 2021

MUSIM KEREPEK NGAKU SUDAH TIBA

Baru lepas goreng ngaku. Buat kudapan sambil tengok Buletin Utama... Kes Covid masih melebihi 3K.Jumlah kematian tertinggi hari ini iaitu 18 kematian. Syafakillah untuk mangsa Covid & semoga Allah melindungi kita semua dari penyakit Covid 19 d penyakit lain yang berbahaya. 



Kudapan Kerepek ngaku. Kerepek bermusim. Setiap tahun kalau iklan McD Prosperity Burger dah bemain-main di kaca TV tu maknanya ubi ngaku pun sudah mula ada dipasaran la tu. Hihihi. Maknanya dah  ada aura Tahun Baharu Cina la tu. Beberapa hari lepas, bawa Adah ke klinik sebab dalam telinganya bengkak. Balik dari klinik singgah Hero nak beli barang dapur. Terbeli la ubi ngaku ni sekilo. Hari ni nak maghrib tadi baru rajin nak buat. 


Pic lama ubi ngaku. Yang hari ni saya tidak snap pic ngaku yang memtah. Ralit mengupas tadi lupa jadinya. 


Lepas la buat kudapan sambil tengok Buletin Utama pukul 8 malam. Sejak minggu lepas tiba-tiba saya jadi patung depan TV.. Selalunya saya hanya tengok TV ni untuk Buletin Utama sekejap sahaja.Cuma kalau channel  Nat Geo saya boleh ngadap sampai termasuk sekali dalam TV.. Hihihi.. Tapi minggu lepas saya terperangkap dengan slot Samarinda TV3 dengan drama"Bougenvilla" lakonan Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish & beberapa lagi.Sejak berbelas tahun kebelakangan ni jarang saya nak tengok drama-drama ni. Tapi minggu lepas tertengok Hihihi Nasib baik dah hujung-hujung episod. 4 malam, minggu lepas saya tidur lambat sebab terperangkap drama tu. Nasib baik minggu ni malam semalam  dah habis drama tu.. Lega... & saya janji tak mau terperangkap lagi. Saya tak suka drama bersiri kerana kalau terperangkap memang susah.. Hadoi, macamana la minggu lepas saya boleh terjabak..Ni semua salah PKP.. Hihihi.. Tahun lepas masa PKP 1 saya terperangkap juga drama pukul 7 apa entah tajuknya, yang Ayda Jebat dengan Remy Ishak tu. Pun sama nasib baik terperangkap dah hujung-hujung episod. Masa tu tertengok sebab bulan puasa & pukul 7 memang kat meja makan untuk iftar. TV kat sebelah, mana tak tertengok.. Hihihi.. Takmo dah lepas ni. Jadi penat sebab & stress tak pasal-pasal.. Takda penyakit pi dok cari penyakit. 


Dapatlah kerepek dalam sebalang sederhana


Krap krup krap.. Sambil teguk teh hijau yang tak hijau ni.. Hihihi.. 


6 comments:

  1. Kemarinn g pasarraya billion Kat sp ni Ada juai ngaku terus teringat mak cella...nah Hari ni Tayang kerepek๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ nyesal Tak beli (Naz)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Ada juga orang ingat bila tengok ngaku.. Hihihi
      Kenang daku dalam doamu

      Delete
  2. Replies
    1. Try Wak, buat kerepek sedap.. Rabus macam keladi pun sedap gebu. Tapo sedap lg kerwpek la lemak

      Delete
  3. Rajinnya 'mengaku'. Jumpa setahun sekali jew ni time dekat nak raya Cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa rajin. Ada masa nak goreng keropok leping pun malas. Hihihi

      Delete